Search This Blog

Saturday 3 February 2024

Kuiz JF-Think@PRO

KUIZ JF-Think@PRO adalah salah satu platform proaktif Pembelajaran Profesional Berterusan bagi profesion Penolong Pegawai Farmasi/ Pharmacy Assistant/ Pharmacy Technician yang menjadi pemangkin keutuhan kompetensi anggota profesion. Ia juga dapat menggalakkan anggota profesion memantapkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang tugas secara profesional.

Kuiz ini juga dibangunkan bagi memenuhi keperluan pencapaian mata CPD bagi Penolong Pegawai Farmasi/ Pharmacy Assistant/ Pharmacy Technician. Kuiz ini terbuka kepada profesion Penolong Pegawai Farmasi/ Pharmacy Assistant/ Pharmacy Technician yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Kesihatan Malaysia, Jabatan Kerajaan selain Kementerian Kesihatan Malaysia, Badan Berkanun dan juga swasta.
 
Bagi menjawab soalan kuiz yang diberikan, para peserta boleh mendapatkan sumber informasi berkaitan topik yang diberikan daripada laman web rasmi Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia serta lain-lain bahan terbitan bercetak atau melalui internet.

Mata lulus bagi kuiz ini adalah 80% untuk melayakkan anda mendapat 1 mata CPD. Sijil penyertaan akan die-melkan secara automatik kepada peserta sekiranya berjaya memberikan jawapan yang betul 80% dan ke atas.

Sila pastikan alamat e-mel yang dimasukkan adalah betul dan tepat bagi membolehkan sijil penyertaan dihantar dengan jayanya.

Untuk menyertai kuiz ini sila klik pada pautan yang disediakan di bawah:


Selamat Maju Jaya!!!

Friday 15 November 2019

JEMPUTAN MENYERTAI ROMBONGAN PERUBATAN TABUNG HAJI MALAYSIA SEBAGAI PETUGAS HAJI (PERUBATAN) BAHARU MUSIM HAJI 1441H/2020M.

Assalamualaikum & Salam Malaysiaku Tercinta,

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Tabung Haji Malaysia (LTHM) telah pun mengedarkan surat jemputan sebagai Petugas Perubatan Tabung Haji kepada ketua jabatan masing-masing bagi Rombongan Perubatan TH ke Tanah Suci Musim Haji 1441H/2020M akan datang. Surat tersebut juga diwar-warkan melalui Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia ( http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/8 ). Sehubungan dengan itu, semua Penolong Pegawai Farmasi KKM yang layak serta berminat menyertai rombongan tersebut diharapkan dapat memberi perhatian dan tindakan segera terhadap jemputan tersebut. Tahniah kepada yang telah bertindak lebih awal.

Berikut disertakan dokumen permohonan yang berkaitan ;
Dokumen Maklumat Permohonan Rombongan Perubatan TH Musim 1441H/2020M

Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 19 November 2019.

Sekian dimaklumkan. Selamat berjaya kepada yang berminat. In Shaa Allah.
Jumpa lagi.....

Thursday 5 September 2019

SEMINAR, MAJLIS APRESIASI DAN AGM KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI KERAJAAN SEMENANJUNG MALAYSIA (KKPPFKSM)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia (KKPPFKSM) akan menganjurkan satu (1) siri seminar, majlis apresiasi dan AGM KKPPFKSM seperti ketetapan berikut:-

Tarikh  : 28 - 29 September 2019
Tempat : Hotel Regency Kuala Lumpur

Sila klik pada pautan PENDAFTARAN untuk membuat pendaftaran awal.

Friday 21 June 2019

SURAT PANGGILAN KE KURSUS STRATEGI MENANGANI CABARAN PERUBAHAN DALAM PERKHIDMATAN FARMASI.

Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa kursus tersebut sebagaimana yang dijanjikan bakal berlangsung di Dewan PICOMS, Universiti Kolej Antarabangsa PICOMS (PIUC) Kampus Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.
Kursus selama 2 hari tersebut (25 - 26 Jun 2019) bakal diisi dengan pelbagai ceramah dan aktiviti-aktiviti menarik bersama penceramah dan fasilitator jemputan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan dari PIUC sendiri.
Tahniah kepada kalian yang telah mendaftar untuk menyertai kursus kolabirasi itu nanti.

Berikut adalah salinan surat jemputan kursus untuk kemudahan para peserta.

               Salinan surat jemputan kursus

Sekian dimaklumkan.
Bye......

Thursday 20 June 2019

KURSUS STRATEGI MENANGANI CABARAN PERUBAHAN DALAM PERKHIDMATAN FARMASI ANJURAN BAHAGIAN DASAR & PERANCANGAN STRATEGIK FARMASI KKM DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI KOLEJ ANTARABANGSA PICOMS KUALA LUMPUR (PIUC, KL).

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Universiti Kolej Antarabangsa  PICOMS (PIUC), Kuala Lumpur akan mengadakan kursus tersebut sebagaimana ketetapan berikut ;
                                               
Tarikh
25 – 26 Jun 2019 (Selasa - Rabu)
Masa
7.30 pagi – 4.30 petang
Tempat
& Alamat Kursus         
Universiti Kolej Antarabangsa  PICOMS (PIUC)
Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.
Atur Cara Program
Seperti Lampiran II

Sehubungan dengan itu, seramai lebih daripada 150 orang peserta dari kalangan Penolong Pegawai Farmasi KKM dan Pharmacy Technician dari institusi swasta termasuk pelajar tahun akhir Diploma Farmasi PIUC akan menyertai kursus tersebut. Surat panggilan kursus akan diedarkan dalam masa terdekat. 

Kepada semua peserta terlibat sila mematuhi etika berpakaian seperti berikut ;

         Lelaki           : 
         Berpakaian smart casual (berkemeja tangan panjang serta bertali leher).
         Pemakaian coat/blazer bewarna gelap sangat digalakkan.

         Perempuan  : 
         Berpakaian kemas serta tidak mencolok mata.
         Pemakaian coat/blazer bewarna gelap sangat digalakkan.

Nota : Pemakaian seluar jeans, kasut sukan dan selipar tidak dibenarkan sama sekali.


Temui kami nanti di lokasi kursus - Universiti Kolej Antarabangsa  PICOMS (PIUC), Kuala Lumpur bersama-sama barisan penceramah dan fasilitator yang hebat & mengujakan.

Salam Kecemerlangan Profesion ! Bye......

Tuesday 4 December 2018

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI PERINGKAT M.Sc. PUBLIC HEALTH DI UNIVERSITI PERDANA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pengumuman!!!

Universiti Perdana telah membuka tawaran kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program MSc. Public Health. Berikut adalah beberapa perkara yang agak menarik mengenai program yang ditawarkan ini:-

  • Sesi pembelajaran dijalankan pada hujung minggu yang mana amat sesuai dengan orang yang bekerja. 
  • Program dijalankan di Kampus Hotel Grand Season Kuala Lumpur.
  • Bagi membantu pelajar di dalam mengurangkan kos pembelajaran, biasiswa berasaskan merit disediakan. Walaubagaimanapun tertakluk kepada keputusan Ijazah Sarjana Muda. 
  • Untuk pembayaran yang lebih fleksible, ianya boleh dibayar mengikut modul.
  • Insentif disediakan di bawah program 'student get student'.

Kepada yang berminat, bolehlah berhubung terus dengan Prof Madya Dr Jayakumar Gurusamy melalui emel drjkumar@perdanauniversity.edu.my.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berhubung perkara ini, sila layari www.perdanauniversity.edu.my.

Untuk makluman, sesi pengambilan yang akan datang dijangkakan pada penghujung bulan Januari/ Februari 2019.

JADI, APA TUNGGU LAGI?? REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI...

Thursday 31 May 2018

KAJI SELIDIK BERHUBUNG PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATANPENOLONG PEGAWAI FARMASI KE SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut seperti di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa kertas cadangan penambahbaikan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi ke Skim Perkhidmatan Bersepadu Penolong Pegawai Farmasi akan dibentangkan oleh Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia kepada Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi seperti ketetapan berikut:-

Tarikh             : 12 Jun 2018 (Selasa)
Masa              : 8.00 Pagi – 1.00 Tengahari
Tempat           : Bilik Mesyuarat Delima
                          Program Perkhidmatan Farmasi
                          Kementerian Kesihatan Malaysia

Pembentangan kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan sokongan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi sebelum ianya diangkat untuk mendapatkan kelulusan di peringkat seterusnya.

Sehubungan dengan itu, satu kaji selidik untuk mendapatkan pandangan serta persetujuan tuan/ puan untuk penambahbaikan skim perkhidmatan sedia ada ke Skim Perkhidmatan Bersepadu perlu dijalankan untuk mengukuhkan lagi kertas cadangan ini.

Untuk menyertai soal selidik ini sila klik pautan yang disediakan di bawah:-
               

Kerjasama tuan/ puan menjawab soal selidik ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.


Sekian, terima kasih.