" ....menjelang RUUF yang bakal dibentangkan dan dikuatkuasakan pada masa hadapan, usaha PENYENARAIAN anggota-anggota PPF seluruh Malaysia sangat penting supaya segala manfaat dan faedah bagi setiap anggota PPF Malaysia dapat dinikmati sepenuhnya. Usaha tersebut adalah langkah awal ke arah PENDAFTARAN PPF Malaysia."
#PENDAFTARAN AWAL SECARA ADMINISTRATIF adalah PENYENARAIAN PPF MALAYSIA
Salam Sejahtera PPF Malaysia,
Sejak usaha pendaftaran awal PPF seluruh negara dilaksanakan oleh Lembaga Farmasi Malaysia, KKM, pelbagai tafsiran yang tidak tepat sering didengari berhubung dengan arahan pelaksanaannya oleh Pengarah Lembaga Farmasi Malaysia, KKM mulai 1 Jun 2017.
Harus difahami bahawa pendaftaran awal secara administratif bermaksud penyenaraian anggota PPF bagi mendapatkan data lengkap seluruh Penolong Pegawai Farmasi di Malaysia sebelum langkah seterusnya iaitu pendaftaran PPF setelah RUUF dikuatkuasakan kelak.
Pendaftaran awal tersebut melibatkan semua pemegang Diploma Farmasi /Pembantu Farmasi di seluruh negara sama ada graduan dari Institusi Pengajian Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Swasta (IPTS). Justeru, kesedaran daripada graduan-graduan itu sendiri sangat penting bagi merealisasikan objektif pelaksanaan arahan berkenaan. Peranan majikan dan para penyelia PPF terlibat juga dapat membantu pencapaian objektif penyenaraian tersebut.
Jadi, kepada PPF Malaysia yang masih belum menghantar borang penyenaraian tersebut ke Lembaga Farmasi Malaysia, apa lagi ? Silalah bertindak segera.
INFO PENYENARAIAN PPF MALAYSIA :
- Borang Permohonan Pendaftaran Awal (Penyenaraian PPF)
- Senarai Semak Permohonan
- Surat Arahan Keperluan Penyenaraian Daripada Pengarah Lembaga Farmasi Malaysia.
- Sebarang kemusykilan berkaitan penyenaraian awal PPF Malaysia, sila menghubungi Puan Salina Rasli (LFM) di talian 03 7841 3393.
Sekian.
Salam Kecemerlangan profesion !
Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment