Search This Blog

Wednesday, 1 November 2017

LAWATAN KE IBUPEJABAT PENJARA MALAYSIA DAN KLINIK KESIHATAN PENJARA KAJANG.

Fakta :
            " ....sejak Julai 2014 lagi, Perkhidmatan Farmasi di Klinik Kesihatan di Institusi Penjara Malaysia (IPM) seluruh negera telah dimulakan. Ia adalah salah satu  program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kerajaan yang memberi kemudahan kepada rakyat melalui usahasama di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri. Sehingga kini, terdapat 42 Institusi Penjara Malaysia yang telah menyediakan perkhidmatan tersebut di mana 8 PPF Gred U36 telah ditempatkan di Penjara Kategori A. Selebihnya, PPF Gred U29 telah ditempatkan di Penjara Kategori B dan C....."

Salam Sejahtera PPF SeMalaysia,


Pada 24 Ogos 2017 (Khamis) lalu seramai enam orang Ahli Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Farmasi, Cawangan Pembangunan Profesion PPF (JKT PP PPFKKM), Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik Farmasi, KKM telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bukit Wira, Kajang, Selangor dan Klinik Kesihatan Penjara Lelaki dan penjara Wanita, Kajang.

Ahli JKT Pembangunan Profesion PPF KKM bersama anggota JPjM
di hadapan Penjara Lelaki Kajang.
Pihak JKT PP PPFKKM diketuai oleh Tuan Hj Abu Bakar Ibrahim, Ketua Profesion PPFKKM. Ia turut disertai oleh En. Mohamad Nazri Bin Md. Dazali, Ketuua Penolong Pengarah Kanan Farmasi, Cawangan Penjagaan Farmaseutikal Farmasi.  

Lawatan tersebut bertujuan untuk mengetahui perkembangan semasa perkhidmatan farmasi di Institusi Penjara Malaysia khususnya di Penjara Kajang serta mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan-keperluan lain serta masalah-masalah yang boleh diatasi bersama antara pihak Jabatan Penjara Malaysia-Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM.

Lawatan tersebut turut diisi dengan Sesi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Farmasi BPF KKM Bersama Pentabiran InstutisPenjara Malaysia. Puan PKK Zainah Binti Pardi, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Seksyen Rawatan & Layanan), IPPM telah mempengerusikan mesyuarat selama sejam tersebut. Dalam mesyuarat tersebut banyak perkara telah disentuh seperti prosedur perolehan, penggunaan ubat di luar formulari dan pelupusan ubat-ubatan di Institusi Penjara Malaysia. Selain itu turut dibincang juga tentang proses konsesi APPL, permohonan pengisian PPF lelaki di JPjM, pewujudan borang kawalan dokumentasi statistik perkhidmatan farmasi di JPjM dan lain-lain lagi.
En. Mohammad Nazri Md Dazali, KPPK
Farmasi mewakili semua JKT PPFKKM
menyampaikan cenderahati kenang-kenangan
kepada Puan PKK, Zainah Binti Pardi.

Di akhir mesyuarat Puan Pengerusi berharap supaya kerjasama di antara JKT PP PPFKKM dan JPjM sentiasa berterusan demi kepentingan perkhidmatan dan negara.

Pihak JKT PP PPFKKM juga telah membuat kepastian akan meneruskan kerjasama yang terjalin demi kebaikan bersama.

Rombongan turut dibawa melawat Klinik Kesihatan Penjara Lelaki / Penjara Wanita dan masing-masing diberi taklimat aktiviti Perkhidmatan Farmasi oleh PPF Shamdin Bin Mohd Noh  (Gred U36) dan PPF Norfadzlin Binti Faisal Tiong (Gred U29). En. Mohammad Nazri sempat menyampaikan nasihat perkhidmatan kepada PPF bertugas supaya sentiasa mempraktiskan amalan farmasi yang standard demi kebaikan pesakit yang mendapatkan khidmat kesihatan di situ.

Seterusnya rombongan juga dibawa melihat sendiri sekitar beberapa aktiviti dalaman Penjara Kajang Lelaki dan Penjara Wanita sambil diberi maklumat ringkas tentang aktiviti banduan di dalamnya oleh IP Mohd Dehya Arshad, Inspektor Penjara Bahagian Penguruan Banduan (Seksyen Rawatan Dan Layanan) IPPM serta KIP Hafiz Karim, Bahagian Dasar Kepenjaraan, IPPM.

Di akhir sesi ahli-ahli rombongan sempat membeli-belah produk hasil tangan para banduan sama ada dalam bentuk makanan seperti makanan sejuk-beku, kerepek, biskut dan kek atau pakaian seperti baju batik ekslusif.

Melalui sesi lawatan tersebut, pihak JKT Pembangunan Profesion PPF telah dapat penerangan yang lebih jelas tentang situasi sebenar perkhidmatan farmasi dan kehidupan penghuni penjara. Diharapkan pengalaman yang diperolehi hasil dari lawatan tersebut dapat membantu pihak JKT dalam usaha memperbaiki lagi kualiti perkhidmatan farmasi di Institusii Penjara Malaysia di seluruh negara.

Sekian sahaja untuk kali ini.
Salam kecemerlangan Profesion PPF Malaysia !......

No comments:

Post a Comment