Tentu ada kalangan PPF sendiri yang kurang menyedari bahawa profesion kita telah mula melebarkan sayapnya hingga ke Jabatan Penjara Malaysia. Ianya bermula pada Januari 2015 apabila 4 orang Pegawai Kader PPF perintis yang berani menongkah arus melangkah ke tembok batu penjara demi kebajikan para penghuni yang sedang menjalani hukuman di situ. Mereka adalah Puan Balkis Binti Omar, PPF Gred U36 (Ibupejabat JPjM Kajang - kini telah bersara), En Mohd Nasir Shahul Hamid, PPF U36 (Penjara Bentong, Pahang), En. Mahadzir Saad, PPF U36 (Penjara Pokok Sena, Kedah) dan Puan Zaila Mohammad Zahibi, PPF U36 (Penjara Sg. Buloh, Selangor). Kini beberapa orang daripada mereka telah pun beralih angin kerana kenaikan pangkat, dsbnya.
Di Borneo pula yang tersohor dengan penduduk berdarah pejuangnya - turut dibuktikan dengan kesediaan Puan Normala Bolhassan (PPF U29) menganggotai JPjM di Penjara Sandakan, Sabah pada April 2015.
Rentetan daripada kehebatan wira dan wirawati PPF di atas yang berani mengubah tanggapan negatif bertugas dalam penjara sebelum ini, maka pada Mac 2016, semakin ramai PPF yang berminat berkhidmat kepada penghuni penjara di Jabatan Penjara Malaysia di seluruh negara.
Kumpulan kedua seramai tujuhbelas orang PPF Gred U29 pula telah menerima dihantar berkhidmat di negeri-negeri Selangor, N. Sembilan, Perak, Perlis, Kelantan, Terengganu, P. Pinang, Sabah, Sarawak dan Labuan. Tahniah diucapkan kepada mereka semua ! Sesungguhnya kesanggupan serta ketabahan mereka memecah 'stigma kelam' yang biasa digambarkan oleh masyarakat tentang imej bertugas di balik tembok batu dan jeriji besi seharusnya dipandang tinggi oleh warga PPF sekalian. Syabas kalian semua !!
Kumpulan kedua seramai tujuhbelas orang PPF Gred U29 pula telah menerima dihantar berkhidmat di negeri-negeri Selangor, N. Sembilan, Perak, Perlis, Kelantan, Terengganu, P. Pinang, Sabah, Sarawak dan Labuan. Tahniah diucapkan kepada mereka semua ! Sesungguhnya kesanggupan serta ketabahan mereka memecah 'stigma kelam' yang biasa digambarkan oleh masyarakat tentang imej bertugas di balik tembok batu dan jeriji besi seharusnya dipandang tinggi oleh warga PPF sekalian. Syabas kalian semua !!
Tahukah anda bahawa masih ada lagi kekosongan jawatan PPF di JPjM ?
Berikut adalah status terkini perjawatan di institusi tersebut sehingga November 2016 ;
Status perjawatan PPF di JPjM sehingga November 2016 (Sumber : Pn Goh Lian Choo - Penyelia PPF, IPJPjM) **Sila klik DI SINI untuk imej lebih jelas. |
Salam Kecemerlangan !!........
NAMPAKNYA PPF TELAH MELABARKAN SAYAPNYA, ANGGOTA YG SEPROFESION DENGAN GELARAN PPF NI PATUT BERBANGGA DGN PERKEMBANGAN INI...
ReplyDeleteNAK TANYA..KALAU PEMEGANG DIPLOMA FARMASI TAPI BERTUGAS DI SWASTA..BOLEH KE MINTA? MAKSUDNYA MASUK KEJE GOV. TAPI NAK KE PENJARA...ADA KE CARANYA???
MOHON PENJELASAN
Buat masa ini hanya pemegang Diploma Farmasi KKM sahaja yang diambil berkhidmat di Klinik Kesihatan Jabatan Penjara Malaysia menerusi program perkaderan, iaitu suatu program NBOS - National Blue Ocean Strategy melibatkan dua kementerian (KKM-KDN) yang melangkah senada-seirama ke arah matalamat kesihatan terbaik untuk semua.
Deletemaknanya jika berminat kena la mohon masuk kerajaan dahulu kan
Deletemaknanya jika berminat kena la mohon masuk kerajaan dahulu kan
DeleteSaya dah folow blog ni sekian lama, sy rasa banyak info menarik yg sy dapat di sini. Saya ingin beri pendapat dan cadangan...klu tuan admin terima la...
ReplyDeleteCuba admin cari artikel yg lebih menonjolkan "apa itu profesion penolong pegawai farmasi"...di mana kita boleh lihat profesion ni..apa bidang tugas mereka..admin just bagi gambaran supaya org kat luar tahu betapa meriahnya dunia penolong pegawai farmasi ini.
saya setuju dengan anda..sy selama ini hanya mengenali jururawat..sy ingat yg lain2 bekerja di hospital juga adalah jururawat...rupa2nya saya salah
DeleteMemang baik pandangan kalian. Kami sentiasa berusaha menyebarkan pelbagai info aktiviti dan perkembangan profesion Penolong Pegawai Farmasi dari masa ke semasa.
Deletesaya pun rasa macam tu saya setuju..klu boleh sesekali post gambar aktiviti staff ini dengan full uniform. Kadang2 pandangan org luar seperti saya akan membuka ruang kepada staff admin..
ReplyDeleteTerima kasih di atas keikhlasan anda. Kami akan mempelbagaikan persembahan penerbitan kami menerusi media ini.
DeleteBagai mana ingin memohon masuk ke jabatan penjara nie ye.. Rasa berminat.. Sy PPF U29 KKM
ReplyDeletesaya berminat..mcm mana untuk memohon kejabatan penjara
ReplyDeleteAssalam, selain di jabatan penjara, adakah jwtn PPF terdapat di kementerian lain? sbg contoh ATM ?
ReplyDeleteWaalaikumsalam..
DeleteSemestinya ada..Contohnya di Markas Angkatan Bersama Jab. Kes. Ketenteraan, Hosp. Angkatan Tentera Kem Terendak ,Hosp. Angkatan Tentera Lumut,Hosp. Tentera Darat Kem Syed Sirajuddin,Tuanku Mizan dan beberapa lagi..termasuk di Sabah dan Sarawak. Mereka ini dikategorikan sebagai Bukan KKM.
Contoh lain Pusat2 perubatan di IPTA
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHai, nak tanya stakat skrg, ada lagi ke kekosongan utk post ppf u29 d penjara? Mcm mna nak appy? Mcm apply transfer ke? Tq
ReplyDelete