Search This Blog

Monday, 5 October 2015

SENARAI TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI PELBAGAI GRED DI HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sihat 1 Malaysia

Di akhir-akhir ini terdapat banyak rungutan di kalangan Penolong Pegawai Farmasi tentang pertindihan tugas di antara Penolong Pegawai Farmasi dengan Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi gred kekananan dengan Penolong Pegawai Farmasi gred U29 dan tidak kurang juga ada yang melepaskan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada orang yang bukan sepatutnya memikul tanggungjawab tersebut.

Justeru, Bahagian ini telah menyediakan senarai tugas yang terbaru hasil dari bengkel yang telah diadakan. Senarai tugas yang baru ini akan memperjelaskan lagi skop kerja Penolong Pegawai Farmasi dari Gred U29 sehinggalah ke Gred U40.

Namun begitu senarai tugas yang disediakan ini adalah bersifat generik. Walaubagaimanapun setiap institusi perlu menyesuaikannya mengikut kesesuaian fasiliti masing-masing tetapi perlu mematuhi peraturan umum yang telah ditetapkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi.

Sila klik pada pautan yang disediakan:-

5 comments:

  1. As salam tuan..
    Saya membaca senarai tugas yang baru seimbas lalu mendapati dlm aktiviti pengurusan substor, U38 tertumpu di FPL & U36 di FBW. Walhal, ada beberapa fasiliti yang tiada U38, U36 juga mengurus substor di Farmasi Klinik Pakar yang melibatkan pesakit luar.
    Lagipun, senarai tugas yang baru ini cuma ada sedikit perubahan dari senarai yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

    ReplyDelete
  2. Sila senaraikan pertindihan tugas ppf dengan pf. Saya setuju dengan komen yg di atas. Sepintas lalu seperti tidak ada pun perubahan yg ketara dalam senarai baru ini dengan yg lama.

    ReplyDelete
  3. Saya tak nampak senarai tugas PPF terbaru yang diletak di stor utama logistik. PPF diletak di stor logistik kerana kekurangan tenaga terutama PT di bahagian tersebut. PPF hanya penolong pegawai dan bukan penolong PT.

    ReplyDelete
  4. Selalunya PT kuat mengarah��

    ReplyDelete
  5. Hapuskan PT di stor dan substor.Wujudkan lebih banyak jawatan PPF U32/36/38.NI persatuan je bnyk minta byr yuran tiap2 tahun.persatuan ppf Malaysia la,kesatuan ppf Malaysia la,persatuan ppf Sabah la.kutip duit je tahu.function xdak.yg senior ni,kalau malas belajar,xpa la.duduk diam2 jd ppf,sokong junior sambung degree utk upgrade ke pegawai.minta jumud je la ppf ke pf.ni bukan main lg xnak sokong nak kekalkan u40.skim lain ada lg u42.ni hrp ppf smpi tua u40.yg dah dekat atas tu hrp tngu pencen je ,nak gaji akhir besar.xperlula sebut siapa.senior tiap2 tahun yg kat atas mcm tu.hapuskan persatuan yg bnyk ni,buat satu je.org tua ni semua gila kuasa.kalau anda sokong sy,sila screenshot dan upload dan share kat fb kpd semua ppf Malaysia.hidup org muda!

    ReplyDelete