Search This Blog

Friday, 24 November 2017

Etika Berpakaian Penolong Pegawai Farmasi KKM Semasa Menghadiri Program Di Premis-Premis Tertentu.


           INFO :

            "....ketika ini etika berpakaian semasa menghadiri kursus, bengkel, seminar atau majlis makan malam dilihat tidak diambil berat oleh sebilangan anggota Penolong Pegawai Farmasi yang mana ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan imej dan ketrampilan profesional bagi profesion tersebut."


Salam Sejahtera PPF Malaysia,

Imej dan ketrampilan profesional profesion Penolong Pegawai Farmasi seringkali dilihat tidak begitu diambil perhatian oleh segelintir anggota itu sendiri. Ini dapat dilihat pada sekitar program-program anjuran pihak kesatuan/persatuan Penolong Pegawai Farmasi, program anjuran Jabatan Kesihatan Negeri mahu pun anjuran Ibu Pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM sendiri. Situasi ini bukanlah suatu perkara baharu yang melibatkan anggota profesion PPF khususnya di Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi mereka, imej dan ketrampilan bukanlah kriteria penting terutama jika dikaitkan dengan profesionalisme, kredibiliti  dan kecemerlangan dalam kerjaya dan perkhidmatan.
Harus kita fahami betapa motivasi pembinaan imej diri sangat memberi impak besar dalam kemajuan dan kecemerlangan kerjaya. Siapakah yang dapat menafikan hakikat bahawa ramai orang akan berasa lebih berani dan yakin dalam keadaan dirinya lebih kemas dan rapi atau memiliki perwatakan lebih menarik tatakala tampil di khalayak ? 
Dengan penampilan yang tampan dan anggun juga seseorang lebih mudah dan selesa untuk didekati atau diajak berkomunikasi. Keselesaan itu pula langsung membina suasana harmoni di mana sahaja kita berada. Pastinya ia mudah membangkitkan motivasi diri positif sehingga akhirnya membuahkan komunikasi dua hala yang hebat dan cemerlang.

Jelaslah catatan di atas tentang (antara) kepentingan menjaga imej dan ketrampilan diri bagi seseorang eksekutif. Uniform ! Ya, sememangnya pemakaian seragam profesion kita juga harus diutamakan asalkan ia sentiasa memenuhi kriteria syarat rekabentuk dan warnanya. Jika bijak bermain dengan design  yang kemas dan kualiti jahitan yang rapi, jangan pernah berasa anih pula kerana sesiapa pun pasti tidak akan puas memandang hingga ralit dan tenggelam bersama segak dan anggun si pemakainya. Woww !!

Fenomena yang sama juga dialami apabila kita berada di dalam sesuatu program atau majlis rasmi. Penampilan diri dan cara berpakaian harus dititikberatkan. Tidak salah jika para peserta atau tetamu lain sentiasa menyedari kehadiran kita lantaran penampilan yang segak bergaya atau anggun mempesona bersesuaian dengan program/majlis yang kita hadiri, kann…..

Oleh sebab itulah, Cawangan Pembangunan Profesion PPFKKM  berpendapat bahawa adalah sangat penting semua anggota Penolong Pegawai Farmasi khususnya di KKM mempunyai satu peraturan khusus dalam mengawal etika berpakaian anggota-anggota profesion tersebut. Pelaksanaan etika ini diharap dapat dijadikan peraturan wajib demi memelihara status dan imej profesion kita di mata masyarakat.

Mesyuarat JKT Pembangunan Profesion pada 02 November 2017 di BPFKKM lalu telah berusaha menyediakan panduan ringkas ;
      Etika Berpakaian Penolong Pegawai Farmasi KKM Semasa Menghadiri Program Di Premis-
      Premis Tertentu. 

Panduan Etika ini juga boleh digunapakai oleh semua PPF di Malaysia. Adalah diharapkan supaya semua PPF Malaysia dapat menjadikan Etika tersebut sebagai panduan demi kebaikan bersama.
Panduan Etika seperti di atas telah pun diedarkan melalui Penyelaras PPF Negeri di seluruh negara malah turut dimuatkan di halaman Sentuhan Di Hujung Jari dalam blog ini. 

Sekian sahaja catatan untuk kali ini. Jumpa lagi.
Salam Kecemerlangan Profesion untuk semua anda di mana sahaja berada. 
Bye………..

No comments:

Post a Comment