INFO CPP PPF BPFKKM |
13 November 2017 |
" …pada sepanjang
tahun, CPP PPF BPFKKM telah menerima terlalu banyak pertanyaan peribadi
dari
seluruh negara berkaitan permohonan pertukaran/penempatan. Situasi ini dilihat
kurang sihat
dari kontek kelancaran pengurusan Cawangan ini. Diharapkan
maklumat di bawah berguna sebelum
warga PPF KKM mengajukan sebarang persoalan
ke Cawangan ini...."
Salam Sejahtera PPF KKM,
Sila ambil maklum bahawa ;
i) Semua
pertukaran dan penempatan Penolong Pegawai Farmasi KKM hanya akan dilakukan
apabila terdapat keluaran graduan daripada ILKKM pada awal tahun (Jan-Feb) dan
pertengahan
tahun (Jun-Jul) setiap tahun.
ii) Sebarang pertanyaan
kepada Cawangan ini berkaitan permohonan dan pertukaran PPF
Gred U29 hanya akan
dilayan, sebulan sebelum bulan-bulan tersebut sahaja.
iii) Pertukaran dan
penempatan gred-gred selain daripada Gred U29 adalah
mengikut tawaran
pemangkuan/kenaikan pangkat yang dikeluarkan oleh BSM (P&A) KKM dari
masa
ke semasa.
iv) Penempatan di
setiap negeri akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penempatan Dan Pertukaran
Negeri/TPKN(F) negeri masing-masing.
Nota : Info ini telah pun diedarkan pada 13 Nov 2017 melalui laman sosial lain seperti telegram, whatsapp dan facebook. |
Search This Blog
Wednesday, 3 January 2018
INFO CAWANGAN PEMBANGUNAN PROFESION PENOLONG PEGAWAI FARMASI BERHUBUNG PROSEDUR BIASA PERTUKARAN DAN PENEMPATAN PPFKKM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment