Search This Blog

Tuesday 26 May 2015

Pungutan Suara Penjenamaan Semula Gelaran Bagi Profesion Penolong Pegawai Farmasi

Salam sejahtera dan salam sihat 1 Malasyia.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi ingin memohon jasa baik semua Penolong Pegawai Farmasi memberikan idea-idea yang bernas berhubung penjenamaan semula gelaran bagi profesion Penolong Pegawai Farmasi. Gelaran jawatan berkenaan hendaklah sesuai untuk digunapakai bagi pemegang Diploma Farmasi yang berkhidmat di perkhidmatan awam, swasta dan juga industri yang mana gelaran tersebut akan dimasukkan ke dalam Akta Farmasi kelak.

Sehubungan dengan itu, Bahagian ini telah menyediakan satu set soal selidik bagi mendapatkan pandangan dan idea semua Penolong Pegawai Farmasi berhubung penjenamaan semula gelaran ini. Tarikh tutup bagi menjawab soal selidik ini adalah sebelum atau pada 1 JUN 2015.


Kerjasama semua Penolong Pegawai Farmasi dalam menjawab soal selidik berkenaan serta lontaran idea yang diberikan amatlah dihargai.


Sila klik pautan di bawah untuk menjawab soal selidik berkenaan.

Soal Selidik Penjenamaan Semula Gelaran Bagi Profesion Penolong Pegawai Farmasi

Saturday 23 May 2015

Urusan Pemangkuan Bagi Jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U32 / KUP Gred U32 Ke Gred U36 Di Kementerian Kesihatan Malaysia



Sukacita ingin dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan iklan bagi pemangkuan jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U32 / KUP U32 ke Gred U36.

Berikut adalah butiran iklan berkenaan:-

Tarikh Iklan
08-05-2015
Penerangan
Sila Rujuk Lampiran
Tarikh Tutup Permohonan
08-06-2015 (ISNIN)
Lampiran





Friday 22 May 2015

PERMOHONAN PEMINJAMAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI (GRED U32) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KE LEMBAGA TABUNG HAJI

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa Lembaga Tabung Haji memerlukan jawatan Penolong Pegawai Farmasi KKM Gred U32 / U32 KUP yang berkelayakan untuk bertugas di Lembaga Tabung Haji secara pinjaman. Untuk makluman, permohonan ini adalah terbuka kepada Penolong Pegawai Farmasi KKM Gred U32 atau U32 KUPLELAKI yang berumur tidak melebihi 40 tahunSehubungan dengan itu, sekiranya ada yang berminat untuk menyertai Lembaga Tabung Haji sila hantar resume yang lengkap beserta gambar berukuran passport yang berwarna ke sekretariat yang disenaraikan di bawah sebelum atau pada 28 Mei 2015.
  1. Tn. Hj. Abu Bakar bin Ibrahim          - abubakar_ibrahim@moh.gov.my
  2. Pn. Hjh. Juriah binti Hj. Wakidi         - umie_julie@yahoo.com.my 
  3. Tn. Hj. Kamalruzaman bin Yusof      - dzarskamal@gmail.com
  4. En. Indra Shahril bin Abdul Hamid   - indra.s@moh.gov.my
 Mohon supaya pemohon membaca syarat permohonan dan senarai tugas dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk menghantar resume ke Bahagian ini. 


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan perkara ini, sila klik pada pautan yang tertera di bawah:-


SURAT PERMOHONAN PEMINJAMAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI (GRED U32) KKM KE LEMBAGA TABUNG HAJI


Wednesday 20 May 2015

Status Mengenai Larangan Penggunaan Surat Sokongan & Pengaruh Luar

Tahukah anda penggunaan surat sokongan & pengaruh luar adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan 4(2) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993?



Penubuhan Majlis Gabungan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sihat 1 Malaysia

Sukacita ingin dimaklumkan, satu mesyuarat berkenaan penubuhan Majlis Gabungan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia telah diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 09 April 2015
Masa : 1.00 tghari - 2.00 petang
Tempat : Bilik Bincang Firuz, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, BPF KKM

Untuk maklumat lanjut sila lihat Minit Mesyuarat yang dilampirkan