Tentu ada kalangan PPF sendiri yang kurang menyedari bahawa profesion kita telah mula melebarkan sayapnya hingga ke Jabatan Penjara Malaysia. Ianya bermula pada Januari 2015 apabila 4 orang Pegawai Kader PPF perintis yang berani menongkah arus melangkah ke tembok batu penjara demi kebajikan para penghuni yang sedang menjalani hukuman di situ. Mereka adalah Puan Balkis Binti Omar, PPF Gred U36 (Ibupejabat JPjM Kajang - kini telah bersara), En Mohd Nasir Shahul Hamid, PPF U36 (Penjara Bentong, Pahang), En. Mahadzir Saad, PPF U36 (Penjara Pokok Sena, Kedah) dan Puan Zaila Mohammad Zahibi, PPF U36 (Penjara Sg. Buloh, Selangor). Kini beberapa orang daripada mereka telah pun beralih angin kerana kenaikan pangkat, dsbnya.
Di Borneo pula yang tersohor dengan penduduk berdarah pejuangnya - turut dibuktikan dengan kesediaan Puan Normala Bolhassan (PPF U29) menganggotai JPjM di Penjara Sandakan, Sabah pada April 2015.
Rentetan daripada kehebatan wira dan wirawati PPF di atas yang berani mengubah tanggapan negatif bertugas dalam penjara sebelum ini, maka pada Mac 2016, semakin ramai PPF yang berminat berkhidmat kepada penghuni penjara di Jabatan Penjara Malaysia di seluruh negara.
Kumpulan kedua seramai tujuhbelas orang PPF Gred U29 pula telah menerima dihantar berkhidmat di negeri-negeri Selangor, N. Sembilan, Perak, Perlis, Kelantan, Terengganu, P. Pinang, Sabah, Sarawak dan Labuan. Tahniah diucapkan kepada mereka semua ! Sesungguhnya kesanggupan serta ketabahan mereka memecah 'stigma kelam' yang biasa digambarkan oleh masyarakat tentang imej bertugas di balik tembok batu dan jeriji besi seharusnya dipandang tinggi oleh warga PPF sekalian. Syabas kalian semua !!
Tahukah anda bahawa masih ada lagi kekosongan jawatan PPF di JPjM ?
Berikut adalah status terkini perjawatan di institusi tersebut sehingga November 2016 ;
|
Status perjawatan PPF di JPjM sehingga November 2016
(Sumber : Pn Goh Lian Choo - Penyelia PPF, IPJPjM)
**Sila klik DI SINI untuk imej lebih jelas. |
Sekian.
Salam Kecemerlangan !!........