Apa khabar rakan-rakan PPF seluruh Malaysia ? Sudah agak lama juga blog ini tidak melaporkan aktiviti-aktiviti Cawangan Pembangunan Profesion PPFKKM lantaran kesibukan menguruskan beberapa aktiviti yang dirancang tersebut di samping kesibukan aktiviti Tuan KP sendiri di seluruh negara. Sebenarnya ada banyak program yang Cawangan ini terlibat serta anjurkan antara Januari - April tahun ini selain daripada siri-siri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Profesion PPF BPFKKM.
Di antara program tersebut adalah 3 Siri Bengkel Pemurnian Kurikulum Diploma Farmasi Bersama Bahagian Pengurusan Latihan KKM, Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Skim Bersepadu Profesion PPF Bil.01/2017, Bengkel Pemurnian Garis Panduan Kelulusan Dan Pengiktirafan Bagi Program Diploma Farmasi, Bengkel Rang Undang-Undang Farmasi (RUUF) Bersama Penasihat Undang-Undang KKM, dll.
Alhamdulillah, pada 26 – 27 April yang lalu, Cawangan Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Farmasi, Bahagian Perancangan Strategik Farmasi, KKM telah berjaya menganjurkan KURSUS PENGUKUHAN DAN AMALAN PROFESION PPF KKM TAHUN 2017. Majlis Perasmian Penutup Kursus tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Ramli Bin Zainal, Pengarah Dasar Dan Perancangan Strategik Farmasi, KKM.
Kursus tersebut telah diadakan di Institut Latihan FAMA Port
Dickson, Negeri Sembilan dengan penyertaan 34 orang peserta PPF Gred U29-U36
dari seluruh negara.
Pada kursus kali ini, JKT PPF BPFKKM telah bersetuju untuk memilih
dua orang peserta sahaja bagi setiap negeri berdasarkan kriteria-kriteria
tertentu. Selebihnya para peserta dipilih daripada institusi-institusi KKM yang
lain seperti dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara KKM dan Institut Perubatan
Respiratori K. Lumpur.
Kursus tersebut diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran tentang aktiviti-aktiviti perkhidmatan farmasi terkini yang sedang
dilaksanakan di peringkat kesihatan awam dan hospital KKM. Ia juga dianjurkan
untuk menanam nilai-nilai murni dalam kalangan Penolong Pegawai Farmasi supaya
sentiasa mengutamakan tanggungjawab dan fungsi mereka dalam perkhidmatan di
Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, melalui kursus tersebut, para
peserta dapat mengembangkan fikiran serta menggunakan idea-idea inovasi
dan kreatif bagi memantapkan kualiti penyampaian perkhidmatan yang
dipertanggungjawabkan di fasiliti masing-masing.
YBrs. Dr Ramli Bin Zainal ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Kursus Pengukuhan Dan Amalan Profesion PPFKKM di ILFAMA, Port Dickson pada 27 April 2017 lalu.
Sebanyak lapan (8) ceramah telah disampaikan oleh para penceramah
dari Ibu Pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, Jabatan Farmasi Hospital
Port Dickson, Jabatan Farmasi Hospital Serdang dan Jabatan Farmasi Hospital K.
Lumpur.
Kursus dimulakan pada hari pertama (26 April 2017) tepat jam 2.00
petang dengan taklimat kursus oleh urus setia, Puan Nur Syahrina Binti Ishak.
Diikuti sesi ice-breaking (Tak kenal ! Tak Cinta !) yang dipimpin oleh Hj
Kamalr Yusof selama sejam. Beberapa segmen suaikenal berorientasikan team-building games menambah meriahnya sesi tersebut.
Selepas itu dua slot ceramah daripada En. Lau Boon Tiang dan Puan Hirdayanti Aminuddin, Pegawai Farmasi Hospital Port Dickson menyusul, masing-masing selama sejam dengan tajuk ; “ Latest Updates Inpatient Pharmacy Services In Port Dickson Hospital ” dan “ Pengurusan Dan Pengendalian Produk Rangkaian Sejuk “.
Selepas itu dua slot ceramah daripada En. Lau Boon Tiang dan Puan Hirdayanti Aminuddin, Pegawai Farmasi Hospital Port Dickson menyusul, masing-masing selama sejam dengan tajuk ; “ Latest Updates Inpatient Pharmacy Services In Port Dickson Hospital ” dan “ Pengurusan Dan Pengendalian Produk Rangkaian Sejuk “.
Kesemua peserta dibenarkan untuk check-in selepas jam 5.00 petang
di bilik berkapasiti 4 orang sebilik. Kondisi bilik agak selesa, bersih dan
damai sekali - sesuai dengan persekitaran di tepian pantai PD yang menyamankan.
Selepas makan malam , Cik Fayizatul Akmar Binti Rahman, Ketua
Penolong Pengarah Kanan Farmasi UF54 (Cawangan Pembangunan PHIS) telah
menyampaikan ceramah yang bertajuk ; “
Pelaksanaan Dan Impak PHIS Dalam Memantapkan Kualiti Perkhidmatan Farmasi “
di Dewan Kursus – Anggerik. Diikuti pula oleh Tuan Hj Abu Bakar yang menyampaikan
ceramah bertajuk ; “Profesionalisme Dalam
Perkhidmatan Profesion Penolong Pegawai Farmasi”. Ceramah selama lebih dari
2 jam tersebut telah berjaya menarik perhatian para peserta kursus dengan sentuhan motivasi dan
panduan berguna ke arah kualiti perkhidmatan profesion PPF yang lebih cemerlang.
Lain-lain ceramah dalam kursus tersebut adalah seperti berikut ;
“ Perkongsian Pengalaman Anugerah Inovasi Hospital Serdang
& Perkembangan Projek RnD Profesion PPF Masakini “.
Oleh Puan Faridah Binti Saidi
(Hospital Serdang).
“ Latest Updates of Good Dispensing Practice “.
Oleh Cik Umi Kalthum Binti Mohd
Isa (Cawangan Penjagaan Farmaseutikal KKM).
“ Latest Updates of Pharmaceutical Sterile Preparations (Technical
Works)”.
Oleh En. Muhammad Aszuat Bin Mohd
Khalid (Unit Nutrisi Parenteral, HKL).
“ Potensi Diri Unggul Dalam
Membangunkan Organisasi “.
Oleh Tuan Hj Kamalr Yusof
(Cawangan Pembangunan Profesion PPFKKM)
Begitulah serba sedikit info KURSUS PENGUKUHAN DAN
AMALAN PROFESION PPF KKM TAHUN 2017 yang telah diadakan di Port Dickson tempoh
hari. Pihak urus setia mengucapkan tahniah di atas minat dan komitmen yang ditonjolkan oleh kesemua peserta. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua penceramah di atas kerjasama bagi menjayakan kursus tersebut. Semoga bertemu lagi pada program-program anjuran Cawangan Pembangunan
Profesion PPF KKM yang akan datang.
Layari Pautan Berikut Untuk Paparan Pelbagai Aktiviti Di Sepanjang Kursus Pengukuhan Dan Amalan Profesion PPFKKM Tahun 2017.
Salam Kecemerlangan.
Salam Kecemerlangan.