Search This Blog

Thursday 31 May 2018

KAJI SELIDIK BERHUBUNG PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATANPENOLONG PEGAWAI FARMASI KE SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut seperti di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa kertas cadangan penambahbaikan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi ke Skim Perkhidmatan Bersepadu Penolong Pegawai Farmasi akan dibentangkan oleh Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia kepada Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi seperti ketetapan berikut:-

Tarikh             : 12 Jun 2018 (Selasa)
Masa              : 8.00 Pagi – 1.00 Tengahari
Tempat           : Bilik Mesyuarat Delima
                          Program Perkhidmatan Farmasi
                          Kementerian Kesihatan Malaysia

Pembentangan kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan sokongan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi sebelum ianya diangkat untuk mendapatkan kelulusan di peringkat seterusnya.

Sehubungan dengan itu, satu kaji selidik untuk mendapatkan pandangan serta persetujuan tuan/ puan untuk penambahbaikan skim perkhidmatan sedia ada ke Skim Perkhidmatan Bersepadu perlu dijalankan untuk mengukuhkan lagi kertas cadangan ini.

Untuk menyertai soal selidik ini sila klik pautan yang disediakan di bawah:-
               

Kerjasama tuan/ puan menjawab soal selidik ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.


Sekian, terima kasih.

Thursday 3 May 2018


NOTIS MESYUARAT AGONG
KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI KERAJAAN SEMENANJUNG MALAYSIA 2018

Adalah dimaklumkan bahawa Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia (KKPPFKSM) akan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) 2018 seperti ketetapan berikut:-

Tarikh   : 24 Jun 2018 (Ahad)
Tempat  : Hotel Tower Regency, Ipoh, Perak

Sehubungan dengan itu, mohon tuan/ puan, untuk mengemukakan usul cadangan dan pencalonan Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia dengan mengisi borang pencalonan yang dilampirkan.

Borang Pencalonan yang telah lengkap di isi hendaklah dihantar ke Setiausaha KKPPFKSM selewat-lewatnya 5 Mei 2018 jam 12.00 tengahari.

Sila KLIK pada pautan yang disediakan untuk maklumat lanjut.