Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera
Pengumuman!!!
Universiti Perdana telah
membuka tawaran kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang
berkelayakan untuk mengikuti program MSc. Public Health. Berikut adalah
beberapa perkara yang agak menarik mengenai program yang ditawarkan ini:-
- Sesi pembelajaran dijalankan pada hujung minggu yang mana amat sesuai dengan orang yang bekerja.
- Program dijalankan di Kampus Hotel Grand Season Kuala Lumpur.
- Bagi membantu pelajar di dalam mengurangkan kos pembelajaran, biasiswa berasaskan merit disediakan. Walaubagaimanapun tertakluk kepada keputusan Ijazah Sarjana Muda.
- Untuk pembayaran yang lebih fleksible, ianya boleh dibayar mengikut modul.
- Insentif disediakan di bawah program 'student get student'.
Kepada yang berminat, bolehlah berhubung terus dengan Prof Madya Dr Jayakumar Gurusamy melalui emel drjkumar@perdanauniversity.edu.my.
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berhubung perkara ini, sila layari www.perdanauniversity.edu.my.
Untuk makluman, sesi pengambilan yang akan datang dijangkakan pada penghujung bulan Januari/ Februari 2019.
JADI, APA TUNGGU LAGI?? REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI...