Search This Blog

Friday 15 November 2019

JEMPUTAN MENYERTAI ROMBONGAN PERUBATAN TABUNG HAJI MALAYSIA SEBAGAI PETUGAS HAJI (PERUBATAN) BAHARU MUSIM HAJI 1441H/2020M.

Assalamualaikum & Salam Malaysiaku Tercinta,

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Tabung Haji Malaysia (LTHM) telah pun mengedarkan surat jemputan sebagai Petugas Perubatan Tabung Haji kepada ketua jabatan masing-masing bagi Rombongan Perubatan TH ke Tanah Suci Musim Haji 1441H/2020M akan datang. Surat tersebut juga diwar-warkan melalui Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia ( http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/8 ). Sehubungan dengan itu, semua Penolong Pegawai Farmasi KKM yang layak serta berminat menyertai rombongan tersebut diharapkan dapat memberi perhatian dan tindakan segera terhadap jemputan tersebut. Tahniah kepada yang telah bertindak lebih awal.

Berikut disertakan dokumen permohonan yang berkaitan ;
Dokumen Maklumat Permohonan Rombongan Perubatan TH Musim 1441H/2020M

Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 19 November 2019.

Sekian dimaklumkan. Selamat berjaya kepada yang berminat. In Shaa Allah.
Jumpa lagi.....

Thursday 5 September 2019

SEMINAR, MAJLIS APRESIASI DAN AGM KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI KERAJAAN SEMENANJUNG MALAYSIA (KKPPFKSM)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia (KKPPFKSM) akan menganjurkan satu (1) siri seminar, majlis apresiasi dan AGM KKPPFKSM seperti ketetapan berikut:-

Tarikh  : 28 - 29 September 2019
Tempat : Hotel Regency Kuala Lumpur

Sila klik pada pautan PENDAFTARAN untuk membuat pendaftaran awal.

Friday 21 June 2019

SURAT PANGGILAN KE KURSUS STRATEGI MENANGANI CABARAN PERUBAHAN DALAM PERKHIDMATAN FARMASI.

Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa kursus tersebut sebagaimana yang dijanjikan bakal berlangsung di Dewan PICOMS, Universiti Kolej Antarabangsa PICOMS (PIUC) Kampus Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.
Kursus selama 2 hari tersebut (25 - 26 Jun 2019) bakal diisi dengan pelbagai ceramah dan aktiviti-aktiviti menarik bersama penceramah dan fasilitator jemputan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan dari PIUC sendiri.
Tahniah kepada kalian yang telah mendaftar untuk menyertai kursus kolabirasi itu nanti.

Berikut adalah salinan surat jemputan kursus untuk kemudahan para peserta.

               Salinan surat jemputan kursus

Sekian dimaklumkan.
Bye......

Thursday 20 June 2019

KURSUS STRATEGI MENANGANI CABARAN PERUBAHAN DALAM PERKHIDMATAN FARMASI ANJURAN BAHAGIAN DASAR & PERANCANGAN STRATEGIK FARMASI KKM DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI KOLEJ ANTARABANGSA PICOMS KUALA LUMPUR (PIUC, KL).

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Universiti Kolej Antarabangsa  PICOMS (PIUC), Kuala Lumpur akan mengadakan kursus tersebut sebagaimana ketetapan berikut ;
                                               
Tarikh
25 – 26 Jun 2019 (Selasa - Rabu)
Masa
7.30 pagi – 4.30 petang
Tempat
& Alamat Kursus         
Universiti Kolej Antarabangsa  PICOMS (PIUC)
Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.
Atur Cara Program
Seperti Lampiran II

Sehubungan dengan itu, seramai lebih daripada 150 orang peserta dari kalangan Penolong Pegawai Farmasi KKM dan Pharmacy Technician dari institusi swasta termasuk pelajar tahun akhir Diploma Farmasi PIUC akan menyertai kursus tersebut. Surat panggilan kursus akan diedarkan dalam masa terdekat. 

Kepada semua peserta terlibat sila mematuhi etika berpakaian seperti berikut ;

         Lelaki           : 
         Berpakaian smart casual (berkemeja tangan panjang serta bertali leher).
         Pemakaian coat/blazer bewarna gelap sangat digalakkan.

         Perempuan  : 
         Berpakaian kemas serta tidak mencolok mata.
         Pemakaian coat/blazer bewarna gelap sangat digalakkan.

Nota : Pemakaian seluar jeans, kasut sukan dan selipar tidak dibenarkan sama sekali.


Temui kami nanti di lokasi kursus - Universiti Kolej Antarabangsa  PICOMS (PIUC), Kuala Lumpur bersama-sama barisan penceramah dan fasilitator yang hebat & mengujakan.

Salam Kecemerlangan Profesion ! Bye......