Sukacita
dimaklumkan bahawa Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Universiti Kolej
Antarabangsa PICOMS (PIUC), Kuala Lumpur
akan mengadakan kursus tersebut sebagaimana ketetapan berikut ;
Tarikh
|
25
– 26 Jun 2019 (Selasa - Rabu)
|
Masa
|
7.30
pagi – 4.30 petang
|
Tempat
& Alamat Kursus
|
Universiti
Kolej Antarabangsa PICOMS (PIUC)
Taman
Batu Muda, Kuala Lumpur.
|
Atur Cara Program
|
Seperti
Lampiran II
|
Sehubungan dengan itu, seramai lebih daripada 150 orang peserta dari kalangan Penolong Pegawai Farmasi KKM dan Pharmacy Technician dari institusi swasta termasuk pelajar tahun akhir Diploma Farmasi PIUC akan menyertai kursus tersebut. Surat panggilan kursus akan diedarkan dalam masa terdekat.
Kepada semua peserta terlibat sila mematuhi etika berpakaian seperti berikut ;
Lelaki :
Berpakaian smart casual (berkemeja tangan panjang serta bertali leher).
Pemakaian coat/blazer bewarna gelap sangat digalakkan.
Perempuan :
Berpakaian kemas serta tidak mencolok mata.
Pemakaian coat/blazer bewarna gelap sangat digalakkan.
Nota : Pemakaian seluar jeans, kasut sukan dan selipar tidak dibenarkan sama sekali.
Temui kami nanti di lokasi kursus - Universiti Kolej Antarabangsa PICOMS (PIUC), Kuala Lumpur bersama-sama barisan penceramah dan fasilitator yang hebat & mengujakan.
Salam Kecemerlangan Profesion ! Bye......