KUIZ JF-Think@PRO adalah salah satu platform proaktif Pembelajaran Profesional Berterusan bagi profesion Penolong Pegawai Farmasi/ Pharmacy Assistant/ Pharmacy Technician yang menjadi pemangkin keutuhan kompetensi anggota profesion. Ia juga dapat menggalakkan anggota profesion memantapkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang tugas secara profesional.
Kuiz ini juga dibangunkan bagi memenuhi keperluan pencapaian mata CPD bagi Penolong Pegawai Farmasi/ Pharmacy Assistant/ Pharmacy Technician. Kuiz ini terbuka kepada profesion Penolong Pegawai Farmasi/ Pharmacy Assistant/ Pharmacy Technician yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Kesihatan Malaysia, Jabatan Kerajaan selain Kementerian Kesihatan Malaysia, Badan Berkanun dan juga swasta.
Bagi menjawab soalan kuiz yang diberikan, para peserta boleh mendapatkan sumber informasi berkaitan topik yang diberikan daripada laman web rasmi Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia serta lain-lain bahan terbitan bercetak atau melalui internet.
Mata lulus bagi kuiz ini adalah 80% untuk melayakkan anda mendapat 1 mata CPD. Sijil penyertaan akan die-melkan secara automatik kepada peserta sekiranya berjaya memberikan jawapan yang betul 80% dan ke atas.
Sila pastikan alamat e-mel yang dimasukkan adalah betul dan tepat bagi membolehkan sijil penyertaan dihantar dengan jayanya.
Untuk menyertai kuiz ini sila klik pada pautan yang disediakan di bawah:
- Siri 1/2024 (Rawatan Terapi Gantian Methadone Siri 1)
- Siri 2/2024 (Sediaan Ubat Sitotoksik Siri 1)
- Siri 3/2024 (Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu Siri 1)
- Siri 4/2024 (Dasar Ubat Nasional Siri 1)
- Siri 5/2024 (Pengurusan Produk Rangkaian Sejuk & Pelan Kontigensi Rangkaian Sejuk Siri 1)
- Siri 6/2024 (Pengurusan Rekod Awam)
- Siri 7/2024 (Teknik Penggunaan Peranti Ubat Sedut)
- Siri 8/2024 (Penerapan Budaya Korporat Dan Pengukuhan Soft Skill Anggota KKM)
- Siri 9/2024 (Diabetes dan Insulin)
- Siri 10/2024 (Pengurusan Produk Dan Pelan Kontigensi Rangkaian Sejuk)
Selamat Maju Jaya!!!