Search This Blog

Friday 24 April 2015

Kursus Pemantapan Perkhidmatan Pembekalan Ubat Farmasi Pesakit Dalam


Unit Farmasi Pesakit Dalam menyediakan perkhidmatan untuk pesakit-pesakit yang dimasukkan ke dalam wad. Sistem pembekalan yang digunakan adalah secara "unit of use" atau "Unit Dose".Perkhidmatan farmasi ini juga merangkumi perkhidmatan membekalkan ubat-ubat "floor stock" kepada unit-unit dalaman iaitu wad-wad.

Bagi memperkasakan perkhidmatan pembekalan ubat ke wad-wad secara "Unit Dose", Bahagian Perkhidmatan Farmasi akan menganjurkan Kursus Pemantapan Perkhidmatan Pembekalan Ubat Farmasi Pesakit Dalam.

Kepada peserta yang dicalonkan boleh melihat nama mereka di dalam surat jemputan menghadiri kursus yang telah diedarkan.

Thursday 23 April 2015

Bengkel Penyeragaman dan Pemurnian Buku Log Bagi Pelatih Penolong Pegawai Farmasi

Bahagian ini sering mendapat aduan berkenaan kesukaran Local Preceptor (LP) untuk membuat penilaian dan mengisi buku log Pelatih PPF kerana pelbagai versi yang telah disediakan oleh setiap kolej yang menawarkan Diploma Farmasi. Atas dasar itu, Bahagian Perkhidmatan Farmasi bersama-sama Bahagian Pengurusan Latihan akan mengadakan satu bengkel bagi penyeragaman dan pemurnian buku log  Pelatih Penolong Pegawai Farmasi samada dari kolej IPTA mahupun IPTS.

Bengkel ini turut melibatkan beberapa LP dari hospital-hospital yang terpilih. Bengkel ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 30 April 2015 (KHAMIS)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Petaling Jaya.

Untuk makluman surat panggilan menghadiri bengkel ini telahpun dikeluarkan.

Wednesday 22 April 2015

Pelaksanaan Temuduga Pemangkuan Penolong Pegawai Farmasi Gred U36 ke U38 dan Gred U38 ke U40

Bahagian Perkhidmatan Farmasi mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada calon-calon yang akan menghadiri sesi temuduga pemangkuan Penolong Pegawai Farmasi dari Gred U36 ke U38 dan Gred U38 ke Gred U40. Untuk membuat semakan berhubung sesi temuduga sila klik link di bawah:-



Tuesday 14 April 2015

Bengkel CPE Online Penolong Pegawai Farmasi

Sukacita dimaklumkan Bahagian Perkhidmatan Farmasi akan mengadakan satu bengkel bagi mewujudkan laman sesawang CME Online bagi memudahkan Penolong Pegawai Farmasi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan Perkhidmatan Farmasi secara atas talian di samping dapat mengumpul mata CPD.

Bengkel ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 28 hingga 29 April 2015.
Tempat : Makmal Komputer, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Petaling Jaya

Objektif Utama Bengkel:

  1. Mewujudkan laman sesawang untuk "CPE Online" bagi memudahkan Penolong Pegawai Farmasi mendapatkan maklumat semasa yang berkaitan dengan Perkhidmatan Farmasi secara atas talian.

Objektif Khusus:

  1. Memudahkan Penolong Pegawai Farmasi untuk mencapai mata CPD maksimum 20 point bagi kategori "CME Online".
  2. Masalah ketidakcukupan dalam pengumpulan mata CPD pada akhir tahun semasa oleh Penolong Pagawai Farmasi dapat diatasi.
Sebarang pertanyaan atau maklumbalas berhubung dengan bengkel yang akan diadakan sila hubungi pihak penganjur iaitu Pn. Juriah binti Wakidi di talian 03-7841 3233 atau En. Indra Shahril bin Abdul Hamid di talian 03-7841 3615

Sebarang idea dan pandangan tuan/puan amat dialu-alukan.