Search This Blog

Tuesday 14 April 2015

Bengkel CPE Online Penolong Pegawai Farmasi

Sukacita dimaklumkan Bahagian Perkhidmatan Farmasi akan mengadakan satu bengkel bagi mewujudkan laman sesawang CME Online bagi memudahkan Penolong Pegawai Farmasi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan Perkhidmatan Farmasi secara atas talian di samping dapat mengumpul mata CPD.

Bengkel ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 28 hingga 29 April 2015.
Tempat : Makmal Komputer, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Petaling Jaya

Objektif Utama Bengkel:

  1. Mewujudkan laman sesawang untuk "CPE Online" bagi memudahkan Penolong Pegawai Farmasi mendapatkan maklumat semasa yang berkaitan dengan Perkhidmatan Farmasi secara atas talian.

Objektif Khusus:

  1. Memudahkan Penolong Pegawai Farmasi untuk mencapai mata CPD maksimum 20 point bagi kategori "CME Online".
  2. Masalah ketidakcukupan dalam pengumpulan mata CPD pada akhir tahun semasa oleh Penolong Pagawai Farmasi dapat diatasi.
Sebarang pertanyaan atau maklumbalas berhubung dengan bengkel yang akan diadakan sila hubungi pihak penganjur iaitu Pn. Juriah binti Wakidi di talian 03-7841 3233 atau En. Indra Shahril bin Abdul Hamid di talian 03-7841 3615

Sebarang idea dan pandangan tuan/puan amat dialu-alukan.

3 comments:

  1. Baguzzz le tu.... Mudah lah nanti PPF di seluruh Tanahair mendapat maklumat dan CPD point....hee hee

    ReplyDelete
  2. Mudah2an perjalanan program berjalan lancar dan success

    ReplyDelete
  3. Harap ianya dpt dilaksanakan secepat mungkin

    ReplyDelete