Search This Blog

Monday, 1 June 2015

Garispanduan dan Tatacara Permohonan Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan, Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) dan Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG)

Bahagian ini sering menerima panggilan daripada Penolong Pegawai Farmasi yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Farmasi. Bagi memudahkan mereka yang ingin melanjutkan pengajian, Bahagian ini mengambil pendekatan untuk mewarwarkan Garispanduan dan Tatacara Permohonan Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan, Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) dan Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) di dalam laman blog ini. Diharapkan melalui pendekatan ini akan memberi pemahaman yang jelas kepada Penolong Pegawai Farmasi yang ingin memohon melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Berikut adalah syarat kelayakan masuk ke program Ijazah Sarjana Muda (Farmasi) yang diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA):

1. Lulus STPM atau setara dengan mendapat CGPA/NGMP 3.0 dan ke atas termasuk sekurang- kurangnya mendapat gred B dalam mata pelajaran Kimia. Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam SPM atau setara dan wajib lulus minimum band 3 dalam MUET sebelum bergraduat; atau

2.  Lulus A-Level dengan mendapat 3B atau 2A 1 C atau 1A 1B 1C dalam Biologi dan Kimia dan Fizik atau Matematik dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Kimia; Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam SPM atau setara dan wajib lulus minimum band 3 dalam MUET sebelum bergraduat;

(Dengan merujuk sistem skor Universities and Colleges Admission Service (UCAS) yang dilaksanakan di UK bagi keputusan A-Level iaitu dengan ketetapan skor A+= 140, A= 120, B= 100 dan C= 80). atau

3. Lulus Matrikulasi / Pra Pengajian Farmasi / Perubatan dari mana-mana Pemberi Pendidikan Tinggi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNG 3.0 dan ke atas dengan sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Kimia*; dan program perlu dijalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun serta lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 5 B dalam Biologi dan Kimia dan Fizik dan Matematik (atau Matematik Tambahan) dan 1 mata pelajaran lain diperingkat Sijil Persekolahan atau setara; atau

4.  Foundation dalam Sains dengan mendapat sekurang-kurangnya PNG 3.5 ke atas dengan sekurang- kurangnya gred B dalam mata pelajaran Kimia*; dan program perlu dijalankan dalam tempoh sekurang- kurangnya 1 tahun serta lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 5 B dalam Biologi dan Kimia dan Fizik dan Matematik (atau Matematik Tambahan) dan 1 mata pelajaran lain diperingkat Sijil Persekolahan atau setara; atau

5.   Diploma Sains (Kimia atau Biologi atau Fizik) dengan mendapat PNGK 3.75 dan ke atas termasuk gred B dalam mata pelajaran Kimia*; atau

6.   Diploma Farmasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas*;

Nota: *Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam SPM atau setara dan wajib lulus minimum band 3 dalam MUET sebelum bergraduat; dan
  • Lulus SPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam 5 mata pelajaran iaitu     Biologi, Kimia, Fizik, Matematik / Matematik Tambahan dan satu mata pelajaran lain ; atau

7. Lulus ijazah sarjana muda dalam bidang Sains dengan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.75 dan ke atas.

Para pemohon dikehendaki klik pada pautan yang disediakan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan garispanduan dan tatacara permohonan  serta borang permohonan untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (Farmasi).

No comments:

Post a Comment