Search This Blog

Friday, 12 August 2016

PELANTIKAN PENYELARAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI NEGERI (PROGRAM PERUBATAN DAN KESIHATAN AWAM) 2016-2018.

Salam Sejahtera, Salam Sihat 1Malaysia Dan Salam Sehati Sejiwa.....

Apa khabar rakan-rakan PPF KKM yang sedang berkhidmat di kota, di desa atau di mana sahaja di seluruh Negara ? Mudah-mudahan kita semua sentiasa sejahtera dan terus semarak jiwa-raga, bersungguh-sungguh melaksanakan semua tugasan yang diamanahkan demi perkhidmatan terbaik untuk kepentingan masyarakat dan Negara tercinta.

Di kesempatan ini sukacita di maklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan Farmasi dengan kelulusan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM telah mengemukakan barisan nama-nama Penyelaras Penolong Pegawai Farmasi Negeri bagi Program Perubatan dan Program Kesihatan Awam.
Pelantikan bagi tempoh masa dua (2) tahun (2016-2018) ini adalah usahasama di antara Bahagian ini dengan Jabatan Kesihatan Awam KKM. Kalungan penghargaan kepada semua anggota terlibat yang telah bertungkus lumus dalam merealisasikan usaha murni ini. Syabas !
Nampaknya profesion kita maju setapak lagi ke hadapan dengan bukti perhatian yang kedua-dua pihak (BPF-KKM dan JKA-KKM) berikan terhadap perkembangan profesion ini.

Tahniah kepada rakan-rakan PPF di Program Perubatan dan Program Kesihatan Awam di atas pelantikan rasmi ini. Cawangan Pembangunan Perkembangan Profesion Penolong Pegawai Farmasi, BPF KKM sangat-sangat mengalu-alukan pelantikan tersebut dan berharap supaya peluang yang diamanahkan itu disambut dengan penuh semangat dan sukacita. Semoga peranan berat di peringkat negeri ini dapat digalas dengan penuh komitmen dan tanggungjawab. Bakti dan sumbangan anda sangat penting demi pembangunan dan kemajuan perkhidmatan PPF.

Sayugia diingatkan bahawa semua pelantikan telah dilaksanakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri di negeri masing-masing sebagaimana dinyatakan menerusi surat KKM-55/305/002/17(43) bertarikh 30 Jun 2016 yang lalu. 

Sila klik link berikut untuk maklumat lanjut.


Wednesday, 10 August 2016

PEMBERITAHUAN PENEMPATAN PEMANGKUAN JAWATAN PEN. PEGAWAI FARMASI GRED U32 / GRED U36 SERTA PENEMPATAN/PERTUKARAN PPF GRED U29 (BERKUATKUASA 05 SEPTEMBER 2016)


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa dan Salam Sihat 1 Malaysia

Tuan/Puan yang dihormati sekalian.
Cawangan Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Farmasi, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan/puan yang telah berjaya di dalam urusan pemangkuan Gred U29 ke Gred U32 dan Gred U32 ke Gred U36 serta penempatan/pertukaran PPF Gred U29 yang berkuatkuasa pada 05 September, 2016.
Semoga dengan kenaikan pangkat serta pertukaran ke fasiliti pilihan ini akan memberi lebih semangat serta motivasi kepada tuan/puan supaya menjadi lebih profesionalisme, berintegriti dan berinovasi.
Berikut disertakan surat pemberitahuan penempatan pemangkuan dan pertukaran  Penolong Pegawai Farmasi Gred U29, Gred U32 dan U36.
Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan surat pemberitahuan tersebut.

*  Penempatan Pemangkuan Jawatan PPF U32          Bil.(24)dlm.KKM.500-2/36/43 - kuatkuasa 05 September 2016
*  Penempatan Pemangkuan Jawatan PPF U36           Bil. (11)dlm.KKM.500-2/36/44 - kuatkuasa 05 September 2016 
*  Penempatan Pertukaran PPF Gred U29                      Bil. (50)dlm.KKM.500-2/14/14 - kuatkuasa 05 September 2016







Monday, 8 August 2016

LATIHAN SANGKUTAN PENJAGAAN FARMASEUTIKAL & AMBULATORI PPF JABATAN PENJARA MALAYSIA (JPjM) DI FARMASI HOSPITAL-HOSPITAL KKM.

Salam Sejahtera Dan Salam Sehati Sejiwa Buat Semua PPF KKM......
Syukur Alhamdulillah, mulai hari ini, 8 Ogos 2016, bermulalah Latihan Sangkutan mengikut jadual bagi sahabat-sahabat PPF kita yang berkhidmat di Institusi-Institusi Penjara, Jabatan Penjara Malaysia (JPjM) di Farmasi Hospital-hospital KKM.

Pada sesi kali ini seramai duapuluh orang Pegawai Kader PPF dari seluruh negara terlibat dalam latihan selama lima hari itu. Institusi-institusi Penjara yang terlibat adalah ;
Penjara Lelaki & Wanita Kajang, Selangor; Penjara Seremban, N. Sembilan;  Penjara Taiping, Perak; Penjara Machang,                                         
Kelantan; Penjara Marang, Terengganu;  Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak; Penjara Seberang Perai, P. Pinang; Penjara P. Pinang; Pusat Koreksional Perlis; Penjara Tawau, Sabah; Penjara Kota Kinabalu, Sabah; Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sabah; Penjara Sandakan, Sabah; Sekolah Henry Gurney, Keningau, Sabah; Penjara Puncak Borneo, Kuching, Sarawak; Penjara Miri, Sarawak; Penjara Labuan, WP Labuan. 
Latihan ini adalah latihan ulangkaji sebagai langkah menyegar-semarakkan kembali kemahiran dan pengetahuan anggota-anggota yang terlibat supaya dapat dimanfaatkan semula dalam perkhidmatan di sana. Satu modul khusus telah pun disediakan oleh Cawangan Penjagaan Farmaseutikal ( Amalan  & Perkembangan Farmasi ) KKM di bawah seliaan En Mohammad Nazri Md Dazali, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Seksyen Teknikal Farmasi). 
Harus kita mengucapkan penghargaan kepada Dr. Ramli Zainal, Pengarah Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi KKM serta Puan Abida Haq Syed M. Haq, Pengarah Amalan Dan Perkembangan Farmasi KKM yang sentiasa berusaha membantu mempertingkatkan mutu perkhidmatan PPF di JPjM meskipun mereka di bawah payung KDN. Pengkhususan penghargaan kepada En Mohammad Nazri Dazali yang sangat positif melihat profesion kita mempunyai lebih banyak peluang untuk diperkembangkan mengikut peredaran masa. Beliau mengharapkan inisiatif berganda daripada kalangan PPF sendiri jualah yang mampu membina dan meletakkan kedudukan profesion kita di persada KEMAJUAN & KEJAYAAN !.