Search This Blog

Monday, 8 August 2016

LATIHAN SANGKUTAN PENJAGAAN FARMASEUTIKAL & AMBULATORI PPF JABATAN PENJARA MALAYSIA (JPjM) DI FARMASI HOSPITAL-HOSPITAL KKM.

Salam Sejahtera Dan Salam Sehati Sejiwa Buat Semua PPF KKM......
Syukur Alhamdulillah, mulai hari ini, 8 Ogos 2016, bermulalah Latihan Sangkutan mengikut jadual bagi sahabat-sahabat PPF kita yang berkhidmat di Institusi-Institusi Penjara, Jabatan Penjara Malaysia (JPjM) di Farmasi Hospital-hospital KKM.

Pada sesi kali ini seramai duapuluh orang Pegawai Kader PPF dari seluruh negara terlibat dalam latihan selama lima hari itu. Institusi-institusi Penjara yang terlibat adalah ;
Penjara Lelaki & Wanita Kajang, Selangor; Penjara Seremban, N. Sembilan;  Penjara Taiping, Perak; Penjara Machang,                                         
Kelantan; Penjara Marang, Terengganu;  Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak; Penjara Seberang Perai, P. Pinang; Penjara P. Pinang; Pusat Koreksional Perlis; Penjara Tawau, Sabah; Penjara Kota Kinabalu, Sabah; Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sabah; Penjara Sandakan, Sabah; Sekolah Henry Gurney, Keningau, Sabah; Penjara Puncak Borneo, Kuching, Sarawak; Penjara Miri, Sarawak; Penjara Labuan, WP Labuan. 
Latihan ini adalah latihan ulangkaji sebagai langkah menyegar-semarakkan kembali kemahiran dan pengetahuan anggota-anggota yang terlibat supaya dapat dimanfaatkan semula dalam perkhidmatan di sana. Satu modul khusus telah pun disediakan oleh Cawangan Penjagaan Farmaseutikal ( Amalan  & Perkembangan Farmasi ) KKM di bawah seliaan En Mohammad Nazri Md Dazali, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Seksyen Teknikal Farmasi). 
Harus kita mengucapkan penghargaan kepada Dr. Ramli Zainal, Pengarah Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi KKM serta Puan Abida Haq Syed M. Haq, Pengarah Amalan Dan Perkembangan Farmasi KKM yang sentiasa berusaha membantu mempertingkatkan mutu perkhidmatan PPF di JPjM meskipun mereka di bawah payung KDN. Pengkhususan penghargaan kepada En Mohammad Nazri Dazali yang sangat positif melihat profesion kita mempunyai lebih banyak peluang untuk diperkembangkan mengikut peredaran masa. Beliau mengharapkan inisiatif berganda daripada kalangan PPF sendiri jualah yang mampu membina dan meletakkan kedudukan profesion kita di persada KEMAJUAN & KEJAYAAN !. 






No comments:

Post a Comment