Search This Blog

Tuesday, 1 August 2017

SEKITAR BENGKEL TRANSFORMASI KEPEMIMPINAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI KANAN KKM 2017


Menarik : Dynamic Team bersama Fasilitator INTAN.
Alhamdulillah, akhirnya setelah menunggu begitu lama sejak enam bulan yang lalu, Bengkel Transformasi Kepemimpinan Penolong Pegawai Farmasi Kanan KKM 2017 telah berjaya diadakan di D'Nelayan Beach Resort, Melaka. Seramai hampir 40 peserta da urus setia terlibat dalam bengkel pembangunan diri dan organisasi yang julung-julung kali dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan Profesion PPF KKM, Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik Farmasi KKM.
Wah ! Hebat nampaknya para peserta yang terpilih pada bengkel tersebut walaupun pada awalnya agak segan dan malu-malu untuk berinteraksi meskipun sesama rakan-rakan PPF yang datang dari seluruh tanah air.
Aktif & responsif : 
Segmen Tak Kenal ! Tak Cintaa...!
Biasalah tuu...!  Bak kata orang.. " Tak kenal maka tak cinta !! " Seusai segmen ice breaking yang dijalankan oleh urus setia, masing-masing peserta mula nampak makin serasi dan mesra. Apatah lagi bersama kumpulan masing-masing.
Pelbagai segmen telah disediakan oleh pihak penganjur - Segmen-segmen menarik berupa permainan dynamic team - indoor & outdoor games telah berjaya menarik minat para peserta untuk meneruskan bengkel selama 3 hari 2 malam itu tanpa bosan.
Kemesraan dan keserasian dalam Kumpulan (V).
Paling menarik adalah segmen kendalian En Mohd Sariff Md Som - Fasilitator Bertauliah dari Institut Tadbiran Awam Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Sehari suntuk para peserta beliau sajikan dengan pelbagai permainan dynamic team yang dilihat amat berkesan menanam minat dan kesedaran para peserta memupuk nilai-nilai murni dalam diri mereka seperti leaderships, teamworks, strategic planning,  time management, stress & conflict management, dsbnya. Malahan segmen terapi diri pada sebelah malam terakhir juga agak berjaya menyelami hati nurani para peserta tentang nilai-nilai murni dalam keluarga dan organisasi, penyelesaian konfliks dalam organisasi, dsbnya.
Karismatik :
Tuan CEO Empayar Demang Lebar Daun Holding,
Pihak penganjur mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan para peserta menyiapkan tugasan berkumpulan yang harus disiapkan untuk dibentangkan pada hari terakhir bengkel. Dua tugasan yang diberikan untuk setiap kumpulan dilihat berjaya menguji kesabaran dan kecekalan hati para peserta dalam usaha menyiapkannya dalam suasana jadual bengkel yang padat serta keterhadan masa. Menariknya, rumusan tugasan berkumpulan telah disampaikan oleh Puan TKP, Faridah Saidi dengan mantap dan dalam lenggok bahasa mesra serta mudah difahami oleh para peserta.
Informatif : 
Rumusan tugasan kumpulan oleh Puan TPK
Begitu juga dengan penilaian program yang disampaikan oleh Tuan KP,  Hj. Abu Bakar Ibrahim yang banyak juga menyentuh tentang keunggulan diri dan kepentingan mentranformasi diri para peserta sendiri sebagai Penolong Pegawai Farmasi  yang berkredibiliti serta berwibawa menjelang 2050.
Komited : Persembahan Kumpulan (I).
Kepada semua para peserta Bengkel  Transformasi Kepemimpinan Penolong Pegawai Farmasi Kanan KKM 2017- kami di Cawangan Pembangunan Profesion PPFKKM (CPP PPFKKM) sekali mengucapkan syabas dan tahniah di atas kecemerlangan kalian selaku peserta pada kali ini. Jutaan maaf jika ada kesilapan di sepanjang pengendalian program ini. In Shaa Allah pada tahun-tahun mendatang siri serupa akan menyusul lagi bersama barisan peserta yang lain pula.

Sekian, Salam Kecemerlangan !!

Lagi momen-momen indah di D'Nelayan Beach Resort, Melaka.

BENGKEL PENYELIDIKAN PROFESION PENOLONG PEGAWAI FARMASI KKM DI UK.

Bengkel Penyelidikan Profesion Penolong Pegawai Farmasi KKM telah Berjaya diadakan pada 11 – 12 Julai 2017 yang lalu di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak. Seramai kira-kira 30 orang peserta telah mengikuti bengkel berkenaan. Penganjuran bengkel pada kali ini merupakan kesinambungan daripada bengkel terdahulu yang telah diadakan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang pada Mei 2016. 
Dalam bengkel kali ini, Puan Chan Lai Yue, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penyelidikan Dan Pembangunan Farmasi, Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik Farmasi KKM telah dijemput sebagai ahli panel. Turut hadir adalah, Ketua Profesion PPFKKM, Tuan Hj Abu Bakar Ibrahim dan Timbalan Ketua Profesion, Puan Faridah Saidi merangkap Penyelaras Projek RnD Profesion Penolong Pegawai Farmasi KKM.

Sebanyak 8 tajuk kajian (berkumpulan dan individu) telah dipersembahkan oleh para peserta terpilih dari kalangan Penolong Pegawai Farmasi pelbagai gred yang komited serta mempunyai minat yang mendalam dalam kajian masing-masing. 

Pihak urus setia mengucapkan syabas dan tahniah di atas kesungguhan dan kerja keras yang kesemua para peserta RnD tunjukkan demi merealisasikan slogan PPF Boleh !! dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. 
Diharapkan kesemua peserta akan terus menumpukan projek masing-masing dengan penuh minat dan wibawa supaya kesemuanya dapat diangkat menjadi projek yang layak dinilai dan dapat didokumenkan dalam projek Penyelidikan Peringkat Kebangsaan nanti.
Sebelum bersurai kesemua peserta sempat melawat Makmal Sains Farmasi KSKB. Terima kasih kepada CI Bertugas, Sdra Aliff Azizan kerana sudi menjemput kami ke fasiliti beliau.

Berikut adalah senarai kajian yang telah dipersembahkan bersama maklumat penyertaan ;

Klik DI SINI bagi paparan imej lebih jelas.