Search This Blog

Tuesday 1 August 2017

BENGKEL PENYELIDIKAN PROFESION PENOLONG PEGAWAI FARMASI KKM DI UK.

Bengkel Penyelidikan Profesion Penolong Pegawai Farmasi KKM telah Berjaya diadakan pada 11 – 12 Julai 2017 yang lalu di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak. Seramai kira-kira 30 orang peserta telah mengikuti bengkel berkenaan. Penganjuran bengkel pada kali ini merupakan kesinambungan daripada bengkel terdahulu yang telah diadakan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang pada Mei 2016. 
Dalam bengkel kali ini, Puan Chan Lai Yue, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penyelidikan Dan Pembangunan Farmasi, Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik Farmasi KKM telah dijemput sebagai ahli panel. Turut hadir adalah, Ketua Profesion PPFKKM, Tuan Hj Abu Bakar Ibrahim dan Timbalan Ketua Profesion, Puan Faridah Saidi merangkap Penyelaras Projek RnD Profesion Penolong Pegawai Farmasi KKM.

Sebanyak 8 tajuk kajian (berkumpulan dan individu) telah dipersembahkan oleh para peserta terpilih dari kalangan Penolong Pegawai Farmasi pelbagai gred yang komited serta mempunyai minat yang mendalam dalam kajian masing-masing. 

Pihak urus setia mengucapkan syabas dan tahniah di atas kesungguhan dan kerja keras yang kesemua para peserta RnD tunjukkan demi merealisasikan slogan PPF Boleh !! dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. 
Diharapkan kesemua peserta akan terus menumpukan projek masing-masing dengan penuh minat dan wibawa supaya kesemuanya dapat diangkat menjadi projek yang layak dinilai dan dapat didokumenkan dalam projek Penyelidikan Peringkat Kebangsaan nanti.
Sebelum bersurai kesemua peserta sempat melawat Makmal Sains Farmasi KSKB. Terima kasih kepada CI Bertugas, Sdra Aliff Azizan kerana sudi menjemput kami ke fasiliti beliau.

Berikut adalah senarai kajian yang telah dipersembahkan bersama maklumat penyertaan ;

Klik DI SINI bagi paparan imej lebih jelas.

No comments:

Post a Comment