Search This Blog

Wednesday 18 November 2015

PUNGUTAN SUARA GELARAN BAGI PEMEGANG DIPLOMA FARMASI UNTUK TUJUAN DIGUNAPAKAI DI DALAM RANG UNDANG-UNDANG FARMASI (RUUF)

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sihat 1 Malaysia.

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.     Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan Farmasi sedang melaksanakan pungutan suara gelaran nama jawatan bagi semua pemegang Diploma Farmasi sebagaimana dinyatakan dengan jelas maksudnya dalam surat yang dilampirkan bersama-sama ini.

3.     Pohon pihak Tuan/Puan membantu menjalankan urusan ini pada kadar SEGERA dan mengemukakan kesemua hasil undian secara telus kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi pada atau sebelum 26/11/2015.

4.     Segala perhatian dan kerjasama pihak Tuan/Puan diucapkan terima kasih.


Sekian dimaklumkan.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,

Hj ​Kamalr ​@ Kamalruzaman Bin Yusof
b/p Ketua Profesion Penolong Pegawai Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
No. Tel. : 03-7841 3615

No comments:

Post a Comment