Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM
Petaling Jaya, Selangor.
24 November, 2015
SEMUA
WARGA PPF KKM
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa,
Saya terpanggil untuk
membuat sedikit kenyataan berhubung dengan Isu “Penjenamaan Baharu Profesion PPF” untuk RUUF (Rang Undang-Undang
Farmasi) yang melanda warga PPF kita diseluruh negara dalam beberapa bulan ini.
Saya telah dijemput oleh Pengerusi Majlis Gabungan PPF Malaysia, En
Zamri Ariffin yang juga selaku Presiden
Kesatuan Kebangsaan PPF Kerajaan Semenanjung Malaysia, untuk membincangkan
isu ini bersama-sama dengan YDP dan Exco
Persatuan PPF Malaysia pada 21 Nov
2015 ( Sabtu ) lalu di sebuah hotel di ibu negara.
Saya rasa berbangga
kerana kedua-dua pihak terlibat ( Exco
Kesatuan & Persatuan ) boleh duduk semeja bersama-sama saya untuk
merungkai permasalahan yang melanda profesion kita melalui media sosial yang saya rasa sudah sampai ke tahap yang tidak
sepatutnya.
Saya mengharapkan
tuan/puan faham objektif sebenar penjenamaan profesion kita untuk dimasukkan
kedalam RUUF.
Pihak JK RUUF BPF KKM
mendesak saya sebagai Ketua Profesion untuk memberikan maklumbalas mengenai
perkara ini dalam masa yang terlalu singkat dengan penerangan yang juga agak
samar-samar. Semua warga PPF Malaysia harus faham bahawa isu perundangan adalah
sesuatu yang agak ‘Classified’ dan
bukan untuk Perbahasan Umum sehingga telah dibentangkan, apatah lagi ianya
melibatkan Keputusan Parlimen.
Surat yang terkini yang
dikeluarkan oleh Timbalan Pengarah,
Bahagian Dasar & Pengurusan, Dr. Ramli Zainal menerangkan dengan begitu
terperinci :
Ruj: KKM-55/BPF/305/002/17 ( 39 )
23 November,
2015.
4. Dimaklumkan juga
bahawa nama gelaran baharu yang
dipilih tersebut sangat penting kerana ia akan dimasukkan dan digunapakai dalam
RUUF. Ia tidak mengubah
nama Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi sebagaimana yang telah
dipersetujui oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2009 (rujukan : JPA(BPO)(S)324/14/24
Klt.24 (49))
berkuatkuasa mulai 2 Julai, 2009.
5.
Untuk makluman tambahan, di dalam RUUF gelaran Ahli Farmasi digunapakai untuk merangkumi semua Ahli
Farmasi disektor awam, swasta dan pendidikan. Manakala gelaran Pegawai
Farmasi digunakan dalam perkhidmatan
awam.
Nota : Kandungan surat
ini boleh dicapai oleh mana-mana
warga PPF di Malaysia atau dimana-mana ada perhubungan internet, melalui : ppfkkm.blogspot.my
Rasional disebalik penjenamaan ini ialah supaya kandungan RUUF itu nanti
akan boleh digunapakai untuk PEMEGANG
DIPLOMA FARMASI terutama di Sektor
Swasta dan Industri yang selama ini pun tidak semua menggunakan gelaran PPF.
Walaupun di dalam RUU gelaran pemegang Diploma Farmasi disebut sebagai “Juruteknologi Farmasi”, tetapi kita
masih dikenali sebagai Penolong Pegawai
Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi Kanan, Ketua Penolong Pegawai Farmasi
sepertimana Ahli Farmasi dalam RUUF
masih dikenali sebagai Pegawai Farmasi,
Pegawai Farmasi Kanan, Ketua Pegawai Farmasi atau Penolong
Pengarah Farmasi, Penolong Pengarah Farmasi Kanan, Ketua Penolong Pengarah atau
Ketua Penolong Pengarah Kanan di
institusi kesihatan sektor awam.
Gelaran ini tidak akan mengubah skop tugas, aspek kenaikan gred, pola
perjawatan dan aspek profesion yang sedia ada.
Masalah utama pada peringkat awal dahulu, semua pihak pun tidak mendapat
penerangan yang jitu berhubung perkara ini tetapi kita tetap didesak untuk
memberikan maklumbalas kerana isu ini perlu dibentangkan kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia (YBMK) pada kadar segera.
Masalah ini ditambah pula dengan kehebatan
media sosial di mana sebilangan warga PPF kita telah mula membuat rancangan
yang melampaui objektif sebenar sehingga ke tahap telah memecahbelahkan warga
PPF sendiri.
( Saya meneliti setiap isu yang dibincangkan
dalam media social group : ‘Whatsup’
dan ‘Telegram’ samada, saya ada dalam kumpulan tersebut atau tidak )
Pungutan undi yang dibuat sekarang juga tidak bersifat muktamad dan lebih kepada undian majoriti sebagai
menghormati hak tuan/puan dan kepentingan profesion kita.
Saya ingin menyeru kepada tuan/puan supaya menyumbangkan idea
bersama-sama saya untuk merealisasikan perkara berikut :
- Kertas Kerja untuk Skim Bersepadu Profesion PPF
- Kertas Kerja komprehensif untuk mendapatkan Elaun Kritikal bagi PPF
- Kertas Kerja untuk memperbanyakkan Pos Basik yang relevan dengan Profesion PPF
- Perjuangan untuk mendapatkan Bayaran Imbuhan Pos Basik (BIPB) untuk Aseptik.
- WISN yang sesuai untuk pertambahan jawatan PPF di Bahagian Perubatan dan Kesihatan Awam.
Tuan/Puan yang saya sayangi sekalian, buktikan perjuangan kita dengan bertindak
secara kolektif, positif dan bersatu padu serta penuh etika profesionalisma
dalam ertikata Kesatuan dan Persatuan untuk mencapai Objektif kelima-lima
perkara tersebut diatas.
KALAU KITA BOLEH MEREALISASIKAN PERKARA INI
HALATUJU PROFESION KITA MENJADI LEBIH JELAS DAN BERMAKNA.
Terima kasih diatas kefahaman dan kesediaan tuan/puan untuk menerima
penjelasan ini.
Saya Sedia Berbakti Untuk Profesion PPF Malaysia
HJ. ABU BAKAR BIN IBRAHIM
Ketua Profesion PPF
Unit Pembangunan Profesion
Bahagian Dasar & Pengurusan,
BPF KKM.
( 03 7841 3232 017-8176060
: abubakar_ibrahim@moh.gov.my
No comments:
Post a Comment