Search This Blog

Friday 18 December 2015

Urusan Pemangkuan Bagi Jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U36 Ke Gred U38 Di Kementerian Kesihatan Malaysia

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuka tawaran bagi permohonan pemangkuan jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U36 ke Gred U38 di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, bagi pegawai yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan ini.

Berikut adalah syarat bagi pemangkuan tersebut:-


  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan; 
  2. Mencapai tahap prestasi perkhidmatan yang ditetapkan; 
  3. Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan; 
  4. Berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun di Gred U36 pada tarikh iklan ditutup; 
  5. Bebas dari hukuman tatatertib; 
  6. Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan; 
  7. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); dan 
  8. Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan. 
Tarikh tutup permohonan pemangkuan bagi jawatan ini adalah pada 15 Januari 2016


Selamat Maju Jaya !!!!

No comments:

Post a Comment