Search This Blog

Friday, 27 May 2016

Senarai Aktiviti Kajian Bagi Profesion Penolong Pegawai Farmasi Tahun 2016 (Lantikan Fasilatator)

 Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Tuan/puan,

Untuk makluman tuan/puan, susulan dari bengkel penyelidikan di kalangan Penolong Pegawai Farmasi yang telah diadakan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland pada 11-13 Mei 2016 yang lalu, bersama-sama ini disertakan tajuk-tajuk kajian yang sedang/ akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai yang terlibat.

Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan/puan untuk melantik dan memberikan nama fasilatator (dari kalangan pegawai farmasi yang mempunyai latarbelakang penyelidikan) yang akan memantau pelaksanaan kajian mereka ini di peringkat negeri agar PPF yang terlibat dalam pelaksanaan kajian ini dapat melaksanakan mereka dengan baik. Adalah diharapkan agar penyelidik-penyelidik PPF ini juga dapat dibantu dan diberi kerjasama dari segi kaedah penyelidikan yang betul agar hasil kajian kajian yang dilaksanakan dapat memberi impak kepada perkhidmatan farmasi.

Pihak saya akan memaklumkan penyelidik-penyelidik utama kajian ini agar sentiasa merujuk fasilatator yang dilantik dan penyelaras R&D negeri untuk sebarang tunjuk ajar dan pandangan semasa mereka melaksanakan kajian ini. Kajian-kajian ini juga akan sentiasa dipantau pelaksanaannya pada setiap 6 bulan.

Mohon kerjasama tuan/puan agar mengembalikan makluman berkenaan dengan fasilatator yang dilantik kepada saya pada/sebelum 10 Jun 2016.

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

SYMP,

Siti Fauziah Abu
Timbalan Pengarah (Penyelidikan & Pembangunan Farmasi)
Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-78413250
Fax: 03-79682222
Email: siti _fauziah@moh.gov.my

Thursday, 26 May 2016

Urusan Kenaikan Pangkat Bagi Jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U36 Ke Gred U38 Di Kementerian Kesihatan Malaysia

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sihat 1 Malaysia

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia sedang melaksanakan urusan kenaikan pangkat bagi jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U38. Urusan ini adalah untuk penyandang Penolong Pegawai Farmasi Gred U36 yang memangku Gred U38 mulai 16.11.2015.

Untuk keterangan lanjut sila klik pautan di bawah:-

Surat Urusan Kenaikan Pangkat PPF U36 Ke U38

Wednesday, 4 May 2016

JEMPUTAN KE BENGKEL MENGINTERPRETASI DATA DAN PENULISAN MANUSKRIP PENYELIDIKAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Assalamulaikum, salam sejahtera, salam sehati sejiwa dan salam sihat 1 Malaysia.

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi akan mengadakan Bengkel Menginterpretasi Data Dan Penulisan Manuskrip Penyelidikan Penolong Pegawai Farmasi seperti ketetapan berikut:-

Tarikh                : 11 - 13 Mei 2016 (Rabu - Jumaat)
Tempat              : Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting Hihlands, Pahang
Check In            : 2.00 pm

Tuan/Puan hendaklah berpakaian kemas di sepanjang sesi bengkel berlangsung. Tuan/Puan juga dikehendaki membawa laptop masing-masing bagi melancarkan program tersebut.