Assalamulaikum, salam sejahtera,
salam sehati sejiwa dan salam sihat 1 Malaysia.
Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa
Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi akan mengadakan Bengkel
Menginterpretasi Data Dan Penulisan Manuskrip Penyelidikan Penolong Pegawai
Farmasi seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 11 - 13 Mei 2016 (Rabu - Jumaat)
Tempat : Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting Hihlands,
Pahang
Check In : 2.00 pm
Tuan/Puan hendaklah berpakaian
kemas di sepanjang sesi bengkel berlangsung. Tuan/Puan juga dikehendaki membawa
laptop masing-masing bagi melancarkan program tersebut.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlkhamdulillah.
ReplyDeleteBengkel tersebut telah terlaksana dgn lancar dan amat menarik sekali. Tahniah kepada semua urusetia dan pihak penganjur (BPFKKM)juga kepada semua peserta.
Saya fikir setelah sesi kali ini, semua kumpulan peserta harus lebih mendekatkan diri dengan fasilitator RnD peringkat negeri masing-masing dalam usaha menyiapkan kajian yang dipilih. Teruskan sahaja memantapkan mutu kajian tuan/puan yang sedia ada itu. Selepas ini, sama seperti yang Pn Faridah maksudkan dalam bengkel tersebut,kita akan laksanakan juga kajian-kajian advanced dan yang lebih fokus terhadap usaha perkembangan profesion PPF dalam sesi-sesi mendatang.
Salute juga kepada team HKL dengan kajian persepsi penglibatan PPF dalam aktiviti farmasi di wad. Ini sangat baik - dipandang sebagai suatu usaha awal ke arah pengembangan kerjaya. Tahniah. Ada banyak lagi kajian khusus yang boleh kita angkat serta dapat dimunafaatkan untuk kemajuan profesion. Apatah lagi hingga kini pun, kita masih belum rasai lagi bahang seruan KPPPF KKM berkaitan Skim Bersepadu Profesion PPF yang telah lama diungkapkan beliau dalam kebanyakan 'road tour'nya di seluruh negara serta di dalam blog ini juga.
Seperkara lagi...
Saya mohon mencadangkan supaya dapat diwujudkan FB yang linked dengan blog ini untuk dijadikan platform siaran info bagi semua aktiviti latihan PPF KKM di seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak. Ini boleh direalisasikan asalkan semua JK Latihan setiap negeri dapat melibatkan diri secara proaktif dan siapsiaga untuk melaporkan laporan bergambar aktiviti-aktiviti latihan yang sesuai dan menarik kepada panel FB itu nanti yang ditugaskan (secara sukarela).
Ini difikirkan agak perlu lantaran sehingga kini kita masih tiada platform sesuai guna mewar-warkan aktiviti kita untuk tatapan dan makluman bersama.
Wallahua'lam. Wassalam.
HKRY
(HTAA, Kuantan)