Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Tuan/puan,
Untuk makluman tuan/puan, susulan dari bengkel penyelidikan di kalangan Penolong Pegawai Farmasi yang telah diadakan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland pada 11-13 Mei 2016 yang lalu, bersama-sama ini disertakan tajuk-tajuk kajian yang sedang/ akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai yang terlibat.
Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan/puan untuk melantik dan memberikan nama fasilatator (dari kalangan pegawai farmasi yang mempunyai latarbelakang penyelidikan) yang akan memantau pelaksanaan kajian mereka ini di peringkat negeri agar PPF yang terlibat dalam pelaksanaan kajian ini dapat melaksanakan mereka dengan baik. Adalah diharapkan agar penyelidik-penyelidik PPF ini juga dapat dibantu dan diberi kerjasama dari segi kaedah penyelidikan yang betul agar hasil kajian kajian yang dilaksanakan dapat memberi impak kepada perkhidmatan farmasi.
Pihak saya akan memaklumkan penyelidik-penyelidik utama kajian ini agar sentiasa merujuk fasilatator yang dilantik dan penyelaras R&D negeri untuk sebarang tunjuk ajar dan pandangan semasa mereka melaksanakan kajian ini. Kajian-kajian ini juga akan sentiasa dipantau pelaksanaannya pada setiap 6 bulan.
Mohon kerjasama tuan/puan agar mengembalikan makluman berkenaan dengan fasilatator yang dilantik kepada saya pada/sebelum 10 Jun 2016.
Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
SYMP,
Siti Fauziah Abu
Timbalan Pengarah (Penyelidikan & Pembangunan Farmasi)
Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-78413250
Fax: 03-79682222
Email: siti _fauziah@moh.gov.my
No comments:
Post a Comment