Search This Blog

Friday, 28 October 2016

SENARAI PROJEK R & D PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2016

Berikut adalah senarai projek RnD yang sedang diusahakan oleh anggota-anggota PPF terlibat mulai 2015. Ini adalah projek pertama yang melibatkan PPF dalam RnD. Terima kasih kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM dan Bahagian Pengurusan Latihan KKM kerana memberi peluang ke arah pembangunan dan kecemerlangan profesion PPF Malaysia.
Kepada semua individu dan team RnD PPF, terus semarakkan usaha sehingga mencapai jaya.
Mari Kita bersama membuktikan bahang kehebatan    " PPF Boleh !! "
Salam Kecemerlangan.


Monday, 24 October 2016

HEBAHAN HARI KELUARGA PERSATUAN PPF MALAYSIA (PPPFMY) 2016



Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia akan menganjurkan Hari Keluarga 2016 pada 10 - 11 Disember, 2016 di Melaka.
Tuan/ Puan adalah dialu-alukan untuk menyertai program ini.
Bersama-sama ini dilampirkan  aturcara dan borang pendaftaran program tersebut.
Sila klik pada pautan di bawah ;

Monday, 17 October 2016

UNIFORM ! OH UNIFORM !!.....

Salam Sejahtera,
Beberapa waktu dahulu sekumpulan sepuluh orang PPF KKM dilihat asyik berdiskusi di lobi sebuah hotel yang agak mewah, seusai berakhirnya sebuah program profesion PPF di sebuah negeri di Malaysia. Amboi !.... seronoknya mereka bercerita, sampaikan mak mentua lalu pun tak nampak.....

Mencuri-curi dengar juga perbincangan abang-adik-kakak PPF yang semakin hangat......! Patut pun...! mereka serius nampaknya berbicara perihal 'uniform' kita yang sudah puluhan tahun menjadi isu dan keluh-kesah warga marhaen PPF seMalaysia, khususnya PPF KKM ! 
Betulkah begitu ?!..............

Isu uniform kita sering diperkatakan oleh hampir kebanyakan daripada kita....
Ada yang tidak puas hati dengan konsep 'bush-jacket' nya... Ada yang tidak selesa dengan jenis kainnya.... Ada juga yang samar-samar dengan warna bertuah - 'executive-grey' nya.... Dan bermacam-macam lagi rintihan dan komen... Yang membina dan yang sekadar usik-usik manja semata-mata. 
Hakikatnya, kita tidak begitu serius mahu memberi yang terbaik demi profesion kita. Ada yang banyak idea namun tidak mampu mengaplikasikannya melalui platform yang betul dan paling sesuai. Akhirnya segala hujah dan lontaran idea hanya tinggal kenangan...... Ada juga yang hanya berhangat-hangat tahi ayam...Bahang semangatnya seketika cuma. Segalanya lenyap di pertengahan jalan sahaja.

Jika diperhatikan, dalam setiap sesi dialog dan road tour nya, KPPPF KKM sering memperlihatkan perhatiannya yang berat terhadap ragam dan sikap segelintir orang kita yang lebih gemar bersuara tetapi tidak suka berusaha menggerakkan jari-jemari serta urat-sendi bagi menghasilkan sebuah kertas kerja berkualiti demi meraih sesuatu objektif profesion.  Justeru itu, apabila perkara ini dipandang serius oleh beliau, bermakna semua anggota PPF KKM harus mengambil peluang dan bertindak dengan sewajarnya. Seandainya kita benar-benar memikirkan bahawa sudah tiba masanya uniform sekarang dijenamakan semula atau diberi sentuhan semasa seiring dengan perubahan arus perdana, maka bertindaklah mengikut prosedur dan kaedah yang betul supaya hasrat dan cita-cita murni menjadi realiti.

Sesiapa pun dalam profesion ini boleh melontarkan idea dan menyediakan kertas kerja ke arah matlamat itu. Mungkin juga paduan pelbagai idea dalam sebuah Jawatankuasa Teknikal Negeri akan mampu melahirkan hasil yang lebih kreatif dan berkualiti.  
Apa yang penting, kertas kerja-kertas kerja yang dikeluarkan hendaklah disalurkan kepada organisasi yang tepat. Nampaknya, Exco-exco KKPPFKSM sudah boleh bersiap-siaga menerima kertas kerja-kertas kerja pertukaran uniform  daripada anggota PPF untuk disaring, dibincang, dipresent dan diputuskan pemilihannya di peringkat nasional !....

Bila lagi ! INI KALILAH !! 

Berikut dilampirkan contoh kertas kerja pertukaran pakaian seragam yang boleh dijadikan panduan oleh PPFKKM.


Salam Kecemerlangan........ 




Friday, 14 October 2016

MENJELANG BENGKEL PENYELARAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI NEGERI (PROGRAM PERUBATAN & KESIHATAN AWAM) ILKAP, BANGI (23-24 Nov 2016).

Salam Sejahtera PPF KKM.

Dimaklumkan bahawa menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Profesion PPF KKM yang berlangsung pada 13 Oktober 2016 yang lalu, kesemua ahli jawatankuasa telah sepakat memutuskan untuk mengadakan Bengkel Penyelaras PPF Negeri Program Perubatan Dan Kesihatan Awam pada 23-24 November 2016 nanti. Lokasi program telah ditetapkan di Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Bengkel itu diadakan sebagai platfom perbincangan, pengemaskinian fungsi dan tugas-tugas Penyelaras PPF Negeri. Dalam bengkel itu juga nanti, semua Penyelaras PPF Negeri akan membentangkan laporan aktiviti-aktiviti perkhidmatan farmasi peringkat negeri. Harus diingatkan kembali bahawa sebagai tanda pengiktirafan daripada JKN kepada semua PPF yang terlibat yang telah menunjukkan komitmen serta kebolehan yang terbaik, pelantikan kesemua Penyelaras PPF Negeri itu telah dilaksanakan sendiri oleh Pengarah Kesihatan Negeri masing-masing.

Sila lihat senarai di lampiran berikut ;
Sehubungan dengan itu, sebagai persiapan awal, kesemua Penyelaras Negeri haruslah bersiap-siaga untuk membawa laporan aktiviti pembangunan profesion bagi dibentangkan dalam mesyuarat itu nanti berdasarkan TOR yang dinyatakan dalam surat pelantikan.

Senarai TOR Penyelaras PPF Negeri ;
Berikut adalah lampiran format Laporan Pembentangan Aktiviti Perkhidmatan Farmasi Program Perubatan & Program Kesihatan Awam KKM yang boleh dijadikan panduan kepada semua Penyelaras PPF Negeri dalam Bengkel itu nanti.


Sila click pautan di bawah mendapatkan Surat Jemputan Rasmi menghadiri bengkeltersebut ;

Sekian dimaklumkan.
Salam Kecemerlangan Daripada Cawangan Pembangunan Profesion PPF KKM.

Thursday, 13 October 2016

INFO PORTAL RASMI KKM : PENCALONAN BAGI MENGIKUTI KURSUS ECONOMIC PARTNERSHIP PROGRAM (EPP) - HEALTH EFFECT OF HEAVY METAL EXPOSURE FOR HEALTH PROFESSIONALS

Untuk makluman, JPA telah menawarkan Kursus Economic Partnership Program (EPP) - Health Effect Of Heavy Metal Exposure For Health Professionals di Jepun dari 30 Januari 2017 hingga 27 Februari 2017 (29 hari). Semua kakitangan dari kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Kumpulan Pelaksana (Gred 27 ke atas) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon bagi mengikuti kursus tersebut berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti dalam surat JPA.
Suhubungan dengan itu, setiap permohonan perlulah mengisi borang-borang seperti di bawah. 
i)    Borang JPA(L)DP 1B/96 [Pin.1/2010] (Diisi oleh pemohon) - 1 salinan; dan
ii)    JICA Application Form (Diisi oleh pemohon) - 2 salinan
Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2, Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk perakuan Jawatankuasa Latihan sebelum atau pada 21 Oktober 2016 (Jumaat) ke alamat berikut:
                    Setiausaha Bahagian
                    Bahagian Pengurusan Latihan
                    Kementerian Kesihatan Malaysia
                    Aras 6, No.26 Persiaran Perdana, 
                    Presint 3, 
                    62675 Putrajaya.
                    (u/p : Unit Latihan 
                              Dalam Perkhidmatan 2)

Semua urusan permohonan berkaitan hendaklah melalui TPKN(F) masing-masing sahaja. Jika terdapat sebarang pertanyaan, Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai di bawah :
i)         Puan Noorfizawati binti Saidin
No. Tel          : 03-88850692
ii)        Encik Abdul Hafiz bin Abdullah
No. Tel          : 03-88850600 samb. 6165