Salam Sejahtera,
Beberapa waktu dahulu sekumpulan sepuluh orang PPF KKM dilihat asyik berdiskusi di lobi sebuah hotel yang agak mewah, seusai berakhirnya sebuah program profesion PPF di sebuah negeri di Malaysia. Amboi !.... seronoknya mereka bercerita, sampaikan mak mentua lalu pun tak nampak.....
Mencuri-curi dengar juga perbincangan abang-adik-kakak PPF yang semakin hangat......! Patut pun...! mereka serius nampaknya berbicara perihal 'uniform' kita yang sudah puluhan tahun menjadi isu dan keluh-kesah warga marhaen PPF seMalaysia, khususnya PPF KKM !
Betulkah begitu ?!..............
Betulkah begitu ?!..............
Isu uniform kita sering diperkatakan oleh hampir kebanyakan daripada kita....
Ada yang tidak puas hati dengan konsep 'bush-jacket' nya... Ada yang tidak selesa dengan jenis kainnya.... Ada juga yang samar-samar dengan warna bertuah - 'executive-grey' nya.... Dan bermacam-macam lagi rintihan dan komen... Yang membina dan yang sekadar usik-usik manja semata-mata.
Hakikatnya, kita tidak begitu serius mahu memberi yang terbaik demi profesion kita. Ada yang banyak idea namun tidak mampu mengaplikasikannya melalui platform yang betul dan paling sesuai. Akhirnya segala hujah dan lontaran idea hanya tinggal kenangan...... Ada juga yang hanya berhangat-hangat tahi ayam...Bahang semangatnya seketika cuma. Segalanya lenyap di pertengahan jalan sahaja.
Jika diperhatikan, dalam setiap sesi dialog dan road tour nya, KPPPF KKM sering memperlihatkan perhatiannya yang berat terhadap ragam dan sikap segelintir orang kita yang lebih gemar bersuara tetapi tidak suka berusaha menggerakkan jari-jemari serta urat-sendi bagi menghasilkan sebuah kertas kerja berkualiti demi meraih sesuatu objektif profesion. Justeru itu, apabila perkara ini dipandang serius oleh beliau, bermakna semua anggota PPF KKM harus mengambil peluang dan bertindak dengan sewajarnya. Seandainya kita benar-benar memikirkan bahawa sudah tiba masanya uniform sekarang dijenamakan semula atau diberi sentuhan semasa seiring dengan perubahan arus perdana, maka bertindaklah mengikut prosedur dan kaedah yang betul supaya hasrat dan cita-cita murni menjadi realiti.
Sesiapa pun dalam profesion ini boleh melontarkan idea dan menyediakan kertas kerja ke arah matlamat itu. Mungkin juga paduan pelbagai idea dalam sebuah Jawatankuasa Teknikal Negeri akan mampu melahirkan hasil yang lebih kreatif dan berkualiti.
Apa yang penting, kertas kerja-kertas kerja yang dikeluarkan hendaklah disalurkan kepada organisasi yang tepat. Nampaknya, Exco-exco KKPPFKSM sudah boleh bersiap-siaga menerima kertas kerja-kertas kerja pertukaran uniform daripada anggota PPF untuk disaring, dibincang, dipresent dan diputuskan pemilihannya di peringkat nasional !....
Bila lagi ! INI KALILAH !!
Berikut dilampirkan contoh kertas kerja pertukaran pakaian seragam yang boleh dijadikan panduan oleh PPFKKM.
Salam Kecemerlangan........
HARAPAN ...BILA DAH OPEN CENGGINI..BANYAK LA IDEA YG MELETOP SAMPAI KE MEJA TUAN KP..
ReplyDeletedah ada yg hantar ke????
ReplyDeleteRina.. sepatutnya begitulah. KP dah bagi peluang dan jalan pada kita untuk hantar cadangan tu ke pihak atasan. Jawatankuasa teknikal kami di Perak akan panggil ahli-ahlinya untuk bincang rekabentuk dan warna yang paling sesuai dan terbaik. Harap sangat akan ada perubahan pada unifom kita nanti.
ReplyDeleteInilah masa terbaik menampilkan Kuasa Emas Tulin dalam diri semua PPF Malaysia. Harus kita mengambil projek ini sebagai platform menterjemahkan segala sisi murni tersembunyi dalam diri kita sendiri.
ReplyDeleteDi sana, terbentanglah kebenaran hakikat bahawa dalam KITA ada kesatuan dengan semangat kerja berpasukan, ada jiwa toleransi dan keprihatinan, ada jalinan cinta-kasih dan sayang, terjerap perasaan saling faham memahami. Disana, terserlahlah jua bakat menyelia dan memimpin, proaktif dan responsif, dinamis dan kreatif, berfikiran terbuka dan positif serta segala nilai murni yang selama ini tidak kita gali seoptimumnya.
Seluruh barisan kepimpinan PPF Malaysia ! Ayuh ! Rangsanglah semangat anak buah di luar sana sehingga ke akar umbi supaya seluruh panca indera serta urat saraf mereka cergas bekerja. Segalanya...." Demi Kecemerlangan PPF Di Persada Negara "...!!