Search This Blog

Monday 28 November 2016

TERBAHARU !! : TATA ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL ANGGOTA KKM.

Salam Sejahtera,
Berkaitan juga dengan siaran dalam blog ini pada 6 November yang lalu menerusi judul " Penjawat Awam Vs Media Sosial : Mendedahkan Maklumat Terperingkat Kerajaan - Surat Peringatan KSU Kepada Semua Anggota KKM ", berikut ini dilampirkan info terperinci tentang isu tersebut.


Sekian untuk perhatian dan tindakan kita semua.
Salam Kecemerlangan.....!

Friday 11 November 2016

JEMPUTAN SEBAGAI PETUGAS BARU DALAM TH MEDICAL TEAM KE TANAH SUCI 1438 HIJRAH/2017 MASIHI.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera Dan Salam Sihat 1Malaysia,

Untuk makluman rakan-rakan PPF (muslim sahaja), tawaran tersebut telah pun dibuka bagi penghantaran borang permohonan. Sila bertindak segera bagi mengelakkan kalian terlepas peluang keemasan pada musim haji akan datang ini.
Untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat permohonan menganggotai Rombongan Petugas Haji (Perubatan) Musim Haji 1438h/2017M ini , sila klik pautan berikut ;                                             http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/1666 atau terus sahaja ke Portal Rami Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selamat Mencuba dan Salam Kecemerlangan........ 

Thursday 10 November 2016

BENGKEL PENYELARAS PPF NEGERI (23-24 NOV 2016) DI ILKAP, BANGI.



Sila skip ke pautan berikut untuk maklumat selanjutnya ; 
http://ppfkkm.blogspot.my/2016/10/menjelang-bengkel-penyelaras-penolong.html

Bagi kemudahan mendapatkan surat jemputan ke program ini sila klik di sini.

Jumpa di sanaaa..!...di sanaaa....!!!
Salam Kecemerlangan.

Monday 7 November 2016

PENJAWAT AWAM Vs MEDIA SOSIAL !! : MENDEDAHKAN MAKLUMAT TERPERINGKAT KERAJAAN - SURAT PERINGATAN KSU KEPADA SEMUA ANGGOTA KKM.

Salam Sejahtera Dan Salam Sihat 1Malaysia,

Berikut dilampirkan surat ingatan tegas daripada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato Seri Chen Chaw Min bertarikh 1 November 2016 [Rujukan : Bil.(4)dlm.KKS)-280(20/836)Jld.6] kepada semua anggota KKM berkaitan surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - [Rujukan JPA.BK(S)328/2Jld(9)] mengenai situasi semasa kecenderungan/keterlibatan segelintir penjawat awam yang membocorkan dokumen atau maklumat terperingkat Kerajaan Malaysia kepada pihak luar/pihak yang tidak berkepentingan khususnya melalui aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi serta media sosial seperti Youtube, Faecebook, Twitter, WhatsApp, Telegram dan sebagainya.

Perlu ditegaskan bahawa semua Perkara Terperingkat terutama Rahsia Besar, Rahsia Sulit Dan Terhad TIDAK BOLEH disampaikan dengan salah kecuali untuk menjalankan tugas rasmi.

Mana-mana anggota yang terbabit boleh didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 atau dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993] setelah dibuktikan kesalahannya terlibat dengan perbuatan kecuaian, kelalaian dan perlanggaran keselamatan yang membahayakan Perkara-perkara Terperingkat tersebut kerana disifatkan telah melanggar peraturan 4, (P.U.(A)385/1993) - jika sabit kesalahan, penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga hukuman buang kerja.

Sila rujuk lampiran di bawah untuk paparan surat asal.


Tuesday 1 November 2016

PEMANGKUAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U32 KE GRED U36 & GRED U29 KE GRED U32 (BERKUATKUASA 07 NOVEMBER 2016)

Salam keriangan kepada semua PPFKKM seluruh negara,
Sukacita dimaklumkan bahawa seramai 19 orang PPF Gred U32/Gred U32(KUP) dan seramai 38 orang lagi PPF Gred U29 masing-masing  telah berjaya dinaikkan pangkat ke Gred U36 dan Gred U32 untuk ditempatkan di fasiliti kesihatan dan hospital seluruh negara sebagaimana surat edaran makluman penempatan pemangkuan jawatan dari Bahagian Sumber Manusia KKM bertarikh 26 Oktober 2016 [rujukan : (14 & 32)dlm.KKM-2/36/44].
Tahniah daripada Cawangan Pembangunan Profesion PPF KKM kepada semua PPF yang berjaya..!! Semoga berita ini menggembirakan kalian dan akan menerima tawaran tersebut demi kebaikan dan masa hadapan sendiri, keluarga dan profesion keseluruhannya. 
Untuk info selanjutnya, sila gelungsuri pada pautan berikut ;
Sekian dimaklumkan. 
Salam Kecemerlangan.

Edisi TERKINI : PLAN STRATEGIK DAN PLAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (2016 - 2020)

PLAN STRATEGIK KKM 2016 - 2020.

Tahukah anda Pelan Strategik KKM 2016 - 2020 digunapakai oleh KKM untuk menetapkan halatuju sektor kesihatan bagi Aktiviti dan Program ke arah mencapai Wawasan 2020. Ia merupakan rujukan bagi semua organisasi di bawah KKM untuk memastikan aktiviti dan sumber yang diberi disalurkan bagi mencapai matlamat utama KKM.


Inisiatif yang terkandung di dalam pelan ini mampu memberi impak yang tinggi terhadap pengukuhan penyampaian perkhidmatan kesihatan dan peningkatan tahap kesihatan rakyat. Ianya merupakan langkah-langkah ke arah transformasi sistem kesihatan lebih menyeluruh yang sedang dibangunkan oleh KKM supaya sistem ini lebih saksama (equitable), berkualiti tinggi, mampu untuk diperolehi, mudah untuk diakses dan mempunyai daya ketahanan untuk jangkamasa yang panjang. Pelan Strategik KKM 2016-2020 ini memberi penekanan terhadap perkhidmatan promotif dan preventif kesihatan, peningkatan efisiensi penyampaian sistem kesihatan serta penglibatan rakyat dalam penjagaan kesihatan. Tidak dilupakan juga pembangunan terhadap nilai-nilai murni, etos dan integriti akan disemai ke dalam jiwa setiap anggota KKM.

Lihat info lanjut menerusi pautan berikut ;


PLAN TINDAKAN KKM 2016 - 2020.

Berikut adalah 4 Teras Strategik yang ditetapkan dalam Plan Tindakan terbaharu.

Teras Strategik 1 : 
Mengukuhkan Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan Bagi Setiap Tahap Penyakit Khususnya Penjagaan Kesihatan Primer. (Strategic Thrust 1: Strengthen Delivery Of Healthcare Services For Each Level Of Disease Spectrum, Emphasising On Primary Health Care)

Teras Strategik 2: 
Mengukuhkan Tadbir Urus Sistem Kesihatan Dan Keupayaan Organisasi. (Strategic Thrust 2: Strengthening Health System Governance And Organisational Capacity)

Teras Strategik 3 : 
Memperkasakan Individu, Keluarga Dan Masyarakat Mengenai Kesihatan. (Strategic Thrust 3: Empowering Individual, Family And Community In Health Matters)

Teras Strategik 4: 
Mempergiat Kerjasama Antara Sektor Awam, Swasta Dan NGO. (Strategic Thrust 4: Intensifying Collaboration With Public Sector, Private Sector And NGOs)

Gelungsuri pautan di bawah untuk info selanjutnya ;