Search This Blog

Monday 7 November 2016

PENJAWAT AWAM Vs MEDIA SOSIAL !! : MENDEDAHKAN MAKLUMAT TERPERINGKAT KERAJAAN - SURAT PERINGATAN KSU KEPADA SEMUA ANGGOTA KKM.

Salam Sejahtera Dan Salam Sihat 1Malaysia,

Berikut dilampirkan surat ingatan tegas daripada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato Seri Chen Chaw Min bertarikh 1 November 2016 [Rujukan : Bil.(4)dlm.KKS)-280(20/836)Jld.6] kepada semua anggota KKM berkaitan surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - [Rujukan JPA.BK(S)328/2Jld(9)] mengenai situasi semasa kecenderungan/keterlibatan segelintir penjawat awam yang membocorkan dokumen atau maklumat terperingkat Kerajaan Malaysia kepada pihak luar/pihak yang tidak berkepentingan khususnya melalui aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi serta media sosial seperti Youtube, Faecebook, Twitter, WhatsApp, Telegram dan sebagainya.

Perlu ditegaskan bahawa semua Perkara Terperingkat terutama Rahsia Besar, Rahsia Sulit Dan Terhad TIDAK BOLEH disampaikan dengan salah kecuali untuk menjalankan tugas rasmi.

Mana-mana anggota yang terbabit boleh didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 atau dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993] setelah dibuktikan kesalahannya terlibat dengan perbuatan kecuaian, kelalaian dan perlanggaran keselamatan yang membahayakan Perkara-perkara Terperingkat tersebut kerana disifatkan telah melanggar peraturan 4, (P.U.(A)385/1993) - jika sabit kesalahan, penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga hukuman buang kerja.

Sila rujuk lampiran di bawah untuk paparan surat asal.


No comments:

Post a Comment