Search This Blog

Tuesday 24 January 2017

HEBAHAN: PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI NATIONAL HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT INSTITUTE (NHI), REPUBLIK KOREA TAHUN 2017 BAGI KUMPULAN PELAKSANA GRED 27-40

(INFO UNTUK TINDAKAN SEGERA daripada Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2 Bahagian Pengurusan Latihan )
PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI NATIONAL HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT INSTITUTE (NHI), REPUBLIK KOREA TAHUN 2017 BAGI KUMPULAN PELAKSANA GRED 27-40


Sebagaimana surat daripada Ketua Setiausaha KKM (rujukan : KKM.500-5/2/4 Jld. 8 (15) bertarikh 20 Januari 2017), program ini ditawarkan kepada semua pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 27 sehingga 40 di Jabatan / Bahagian masing-masing yang berminat dan layak berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di dalam surat JPA (rujukan no. JPA(I)S.179/17/2-4 Klt.4(8) bertarikh 16 Januari 2017 yang dilampirkan.

Setiap permohonan hendaklah diisi secara atas talian (on-line) di Portal JPA,  http://esilav2.jpa.gov.my. Permohonan dalam talian (on-line) dibuka mulai 16 Januari sehingga 27 Januari 2017. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar ke Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2, Bahagian Pengurusan Latihan, KKM dengan disertakan bersama-sama:

i)              Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C);
ii)             Salinan senarai tugas; dan 
iii)           Salinan Kad Pengenalan calon.

Setiap permohonan perlulah lengkap dan dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk perakuan Jawatankuasa Latihan sebelum atau pada 27 Januari 2017 ke alamat berikut :-
                        
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya
62675 Putrajaya.
(u/p : Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2)

5.         Untuk sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Dato’ Seri / Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai  di bawah:
i)         Puan Noorfizawati Binti Saidin
No. Tel            : 03-88850692
Emel                : noorfizawati@moh.gov.my
ii)         Puan Nuraza binti Saidy
No. Tel            : 03-88850706
Emel                : azaazman@moh.gov.my
Sekian untuk makluman.
Salam Kecemerlangan.

Tuesday 3 January 2017

PELUANG KERJAYA SEBAGAI AHLI PARAMEDIK DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (Iklan Jawatan Separa Perubatan (SPA) Jan 2017)

Anda mempunyai anggota keluarga, sanak saudara, jiran tetangga atau rakan taulan yang berminat untuk menganggotai pasukan separa perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia ? 
Sertailah kerjaya pilihan yang menjamin masa hadapan dan bersamalah menjayakan matlamat KKM - Ke Arah Mencapai Dan Mengekalkan Kesihatan Rakyat Malaysia Demi Kehidupan Yang Terbaik !

Layari pautan http://www.spa.gov.my/ untuk permohonan secara ONLINE kerjaya idaman.

Sila war-warkan infomasi ini untuk maklumat awam.


Sekian dimaklumkan.
Salam Muhibbah.

KURSUS DAN LATIHAN DI INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) TAHUN 2017.

Assalamualaikum Dan Salam Sihat 1Malaysia,

INTAN Malaysia.

SELAMAT TAHUN BAHARU buat rakan-rakan PPF SeMalaysia !!
Semoga tahun ini akan menjadikan kita lebih cemerlang-gemilang-terbilang dari tahun-tahun yang lalu.

Bagaimana perancangan latihan di jabatan anda di sepanjang tahun 2017 ini ? Mantap dan mewah bajet ?! Tahniah ! Beruntunglah anda kerana tidak menghadapi kekangan bajet seperti beberapa fasiliti lain yang terpaksa mencatu keperluan latihan mereka pada tahun ini. Jika anda terlibat dengan kekangan bajet sebegitu, janganlah berdukacita tanpa sebarang ikhtiar. Banyak kaedah lain yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi kemelut tersebut. Harus bagi kita sentiasa bersikap tegar membangunkan diri serta inginkan transformasi demi kemajuan masa hadapan kerjaya dan kehidupan yang lebih gemilang. Asalkan kita berusaha, segalanya pasti menjadi kenyataan….

Pada tahun ini, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah menyediakan pelbagai bentuk kursus dan latihan yang boleh kita sertai. Ini juga satu langkah proaktif tanpa hanya mengharapkan kursus-kursus dalaman anjuran JKN atau BPF sendiri. Hanya bermodalkan RM30 dan pelbagai kursus terbaik dan sesuai tersedia di sana.
Jadi, apa ditunggu lagi ! Cepat layari http://www.online-itims.intan.my/itims/courses_schedule/crs_course_list.php untuk tempahan kursus pilihan anda.

Berikut adalah beberapa kursus anjuran INTAN yang menarik untuk disertai ;
INTAN TERPILIH 2017 ;
(* Kursus-kursus anjuran INTAN perlu dipohon lebih awal bagi proses penyaringan permohonan sebelum diluluskan)

Sekian dimaklumkan.
Selamat Maju Jaya.