Search This Blog

Tuesday 24 January 2017

HEBAHAN: PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI NATIONAL HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT INSTITUTE (NHI), REPUBLIK KOREA TAHUN 2017 BAGI KUMPULAN PELAKSANA GRED 27-40

(INFO UNTUK TINDAKAN SEGERA daripada Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2 Bahagian Pengurusan Latihan )
PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI NATIONAL HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT INSTITUTE (NHI), REPUBLIK KOREA TAHUN 2017 BAGI KUMPULAN PELAKSANA GRED 27-40


Sebagaimana surat daripada Ketua Setiausaha KKM (rujukan : KKM.500-5/2/4 Jld. 8 (15) bertarikh 20 Januari 2017), program ini ditawarkan kepada semua pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 27 sehingga 40 di Jabatan / Bahagian masing-masing yang berminat dan layak berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di dalam surat JPA (rujukan no. JPA(I)S.179/17/2-4 Klt.4(8) bertarikh 16 Januari 2017 yang dilampirkan.

Setiap permohonan hendaklah diisi secara atas talian (on-line) di Portal JPA,  http://esilav2.jpa.gov.my. Permohonan dalam talian (on-line) dibuka mulai 16 Januari sehingga 27 Januari 2017. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar ke Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2, Bahagian Pengurusan Latihan, KKM dengan disertakan bersama-sama:

i)              Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C);
ii)             Salinan senarai tugas; dan 
iii)           Salinan Kad Pengenalan calon.

Setiap permohonan perlulah lengkap dan dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk perakuan Jawatankuasa Latihan sebelum atau pada 27 Januari 2017 ke alamat berikut :-
                        
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya
62675 Putrajaya.
(u/p : Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2)

5.         Untuk sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Dato’ Seri / Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai  di bawah:
i)         Puan Noorfizawati Binti Saidin
No. Tel            : 03-88850692
Emel                : noorfizawati@moh.gov.my
ii)         Puan Nuraza binti Saidy
No. Tel            : 03-88850706
Emel                : azaazman@moh.gov.my
Sekian untuk makluman.
Salam Kecemerlangan.

No comments:

Post a Comment