Search This Blog

Tuesday, 3 January 2017

KURSUS DAN LATIHAN DI INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) TAHUN 2017.

Assalamualaikum Dan Salam Sihat 1Malaysia,

INTAN Malaysia.

SELAMAT TAHUN BAHARU buat rakan-rakan PPF SeMalaysia !!
Semoga tahun ini akan menjadikan kita lebih cemerlang-gemilang-terbilang dari tahun-tahun yang lalu.

Bagaimana perancangan latihan di jabatan anda di sepanjang tahun 2017 ini ? Mantap dan mewah bajet ?! Tahniah ! Beruntunglah anda kerana tidak menghadapi kekangan bajet seperti beberapa fasiliti lain yang terpaksa mencatu keperluan latihan mereka pada tahun ini. Jika anda terlibat dengan kekangan bajet sebegitu, janganlah berdukacita tanpa sebarang ikhtiar. Banyak kaedah lain yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi kemelut tersebut. Harus bagi kita sentiasa bersikap tegar membangunkan diri serta inginkan transformasi demi kemajuan masa hadapan kerjaya dan kehidupan yang lebih gemilang. Asalkan kita berusaha, segalanya pasti menjadi kenyataan….

Pada tahun ini, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah menyediakan pelbagai bentuk kursus dan latihan yang boleh kita sertai. Ini juga satu langkah proaktif tanpa hanya mengharapkan kursus-kursus dalaman anjuran JKN atau BPF sendiri. Hanya bermodalkan RM30 dan pelbagai kursus terbaik dan sesuai tersedia di sana.
Jadi, apa ditunggu lagi ! Cepat layari http://www.online-itims.intan.my/itims/courses_schedule/crs_course_list.php untuk tempahan kursus pilihan anda.

Berikut adalah beberapa kursus anjuran INTAN yang menarik untuk disertai ;
INTAN TERPILIH 2017 ;
(* Kursus-kursus anjuran INTAN perlu dipohon lebih awal bagi proses penyaringan permohonan sebelum diluluskan)

Sekian dimaklumkan.
Selamat Maju Jaya.

No comments:

Post a Comment