Search This Blog

Tuesday, 4 December 2018

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI PERINGKAT M.Sc. PUBLIC HEALTH DI UNIVERSITI PERDANA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pengumuman!!!

Universiti Perdana telah membuka tawaran kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program MSc. Public Health. Berikut adalah beberapa perkara yang agak menarik mengenai program yang ditawarkan ini:-

  • Sesi pembelajaran dijalankan pada hujung minggu yang mana amat sesuai dengan orang yang bekerja. 
  • Program dijalankan di Kampus Hotel Grand Season Kuala Lumpur.
  • Bagi membantu pelajar di dalam mengurangkan kos pembelajaran, biasiswa berasaskan merit disediakan. Walaubagaimanapun tertakluk kepada keputusan Ijazah Sarjana Muda. 
  • Untuk pembayaran yang lebih fleksible, ianya boleh dibayar mengikut modul.
  • Insentif disediakan di bawah program 'student get student'.

Kepada yang berminat, bolehlah berhubung terus dengan Prof Madya Dr Jayakumar Gurusamy melalui emel drjkumar@perdanauniversity.edu.my.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berhubung perkara ini, sila layari www.perdanauniversity.edu.my.

Untuk makluman, sesi pengambilan yang akan datang dijangkakan pada penghujung bulan Januari/ Februari 2019.

JADI, APA TUNGGU LAGI?? REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI...

Thursday, 31 May 2018

KAJI SELIDIK BERHUBUNG PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATANPENOLONG PEGAWAI FARMASI KE SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut seperti di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa kertas cadangan penambahbaikan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi ke Skim Perkhidmatan Bersepadu Penolong Pegawai Farmasi akan dibentangkan oleh Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia kepada Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi seperti ketetapan berikut:-

Tarikh             : 12 Jun 2018 (Selasa)
Masa              : 8.00 Pagi – 1.00 Tengahari
Tempat           : Bilik Mesyuarat Delima
                          Program Perkhidmatan Farmasi
                          Kementerian Kesihatan Malaysia

Pembentangan kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan sokongan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi sebelum ianya diangkat untuk mendapatkan kelulusan di peringkat seterusnya.

Sehubungan dengan itu, satu kaji selidik untuk mendapatkan pandangan serta persetujuan tuan/ puan untuk penambahbaikan skim perkhidmatan sedia ada ke Skim Perkhidmatan Bersepadu perlu dijalankan untuk mengukuhkan lagi kertas cadangan ini.

Untuk menyertai soal selidik ini sila klik pautan yang disediakan di bawah:-
               

Kerjasama tuan/ puan menjawab soal selidik ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.


Sekian, terima kasih.

Thursday, 3 May 2018


NOTIS MESYUARAT AGONG
KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI KERAJAAN SEMENANJUNG MALAYSIA 2018

Adalah dimaklumkan bahawa Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia (KKPPFKSM) akan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) 2018 seperti ketetapan berikut:-

Tarikh   : 24 Jun 2018 (Ahad)
Tempat  : Hotel Tower Regency, Ipoh, Perak

Sehubungan dengan itu, mohon tuan/ puan, untuk mengemukakan usul cadangan dan pencalonan Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia dengan mengisi borang pencalonan yang dilampirkan.

Borang Pencalonan yang telah lengkap di isi hendaklah dihantar ke Setiausaha KKPPFKSM selewat-lewatnya 5 Mei 2018 jam 12.00 tengahari.

Sila KLIK pada pautan yang disediakan untuk maklumat lanjut.

Thursday, 19 April 2018

2 PROGRAM PENTING ANJURAN CPP-PPFKKM DI INSTITUT LATIHAN KKM SULTAN AZLAN SHAH, ULU KINTA, PERAK (24-26 APRIL 2018).


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa dua program anjuran CPP PPFKKM akan berlangsung serentak di ILKKM SAS Ulu Kinta, Perak pada tarikh tersebut. Kedua-dua program tersebut adalah ;

i) Kursus Pengukuhan Amalan Profesion Dan Pembangunan Sahsiah diri Penolong Pegawai Farmasi KKM.

- Modul kursus pada kali ini lebih menekankan kemahiran melaksanakan tugasan perkhidmatan secara profesional dan keutuhan pengetahuan terhadap setiap fungsi tugas berlandaskan peraturan dan Akta Farmasi yang digariskan di dalamnya. Kemahiran tersebut digabungkan bersama penerapan nilai-nilai murni pembangunan sahsiah diri sebagai anggota perkhidmatan farmasi yang unggul dan berperibadi tinggi.

- Seramai 10 orang penceramah akan menyampaikan tugasan tajuk ceramah masing-masing, berkisar tentang tugasan PPF di Program Perubatan Dan Progranm Kesihatan Awam KKM. 4 topik motivasi turut dihidangkan sebagai pemangkin semangat menjana perkhidmatan cemerlang.


ii) Mesyuarat Dan Lab Pemurnian Resolusi Hala Tuju Pembangunan Profesion PPF.
          Surat jemputan mesyuarat. 

- Mesyuarat kali ini menggabungkan usahasama CPPPPFKKM bersama Kesatuan Kebangsaan PPF Kerajaan Semenanjung Malaysia (KKPPFKSM), Persatuan PPF Malaysia (PPPFM), Kesatuan Perkhidmatan Perubatan (SMSU-Sabah dan Sarawak).

Syabas kepada semua yang terlibat. Semoga semua yang dirancang berjalan dengan lancar dan sempurna.

Kepada semua peserta terlibat sila dapatkan surat jemputan berkaitan terutama jika mengalami masalah mendapatkannya. Sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi, masing-masing di talian 03-7841 3324 (Hj Kamalr Yusof)/3633 (Indra)/3602 (Syahrina).

Jumpa kami nanti di ILKKM SAS UK !!
Sekian dimaklumkan.

Salam Kecemerlangan Di Puncak Terbilang.

Wednesday, 3 January 2018

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2018M.

Image result for images for selamat tahun baru 2018
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2018 kepada semua PPF SeMalaysia khususnya yang sedang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia - di mana sahaja anda berada. 
Sesungguhnya kalian adalah di antara yang terbaik dalam usaha memastikan kesihatan seluruh rakyat Malaysia sentiasa pada tahap TERBAIK !! Syabas untuk kejayaan dan kecemerlangan kalian pada 2017 yang lalu. 
Tunggukan kecemerlangan dan kemaraan PPF Malaysia sepanjang 2018 ini. 
Salam Kecemerlangan Profesion - Ayuh, Mara Bersama Ke Puncak Terbilang !


INFO CAWANGAN PEMBANGUNAN PROFESION PENOLONG PEGAWAI FARMASI BERHUBUNG PROSEDUR BIASA PERTUKARAN DAN PENEMPATAN PPFKKM.

INFO CPP PPF BPFKKM
13 November 2017
" …pada sepanjang tahun, CPP PPF BPFKKM telah menerima terlalu banyak pertanyaan peribadi 
dari seluruh negara berkaitan permohonan pertukaran/penempatan. Situasi ini dilihat kurang sihat 
dari kontek kelancaran pengurusan Cawangan ini. Diharapkan maklumat di bawah berguna sebelum 
warga PPF KKM mengajukan sebarang persoalan ke Cawangan ini...."

Salam Sejahtera PPF KKM,
Sila ambil maklum bahawa ;

i)     Semua pertukaran dan penempatan Penolong Pegawai Farmasi KKM hanya akan dilakukan 
apabila terdapat keluaran graduan daripada ILKKM pada awal tahun (Jan-Feb) dan pertengahan 
tahun (Jun-Jul) setiap tahun.

ii)    Sebarang pertanyaan kepada Cawangan ini berkaitan permohonan dan pertukaran PPF 
Gred U29 hanya akan dilayan, sebulan sebelum bulan-bulan tersebut sahaja.

iii)   Pertukaran dan penempatan gred-gred selain daripada Gred U29 adalah 
mengikut tawaran pemangkuan/kenaikan pangkat yang dikeluarkan oleh BSM (P&A) KKM dari 
masa ke semasa.

iv)   Penempatan di setiap negeri akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penempatan Dan Pertukaran 
Negeri/TPKN(F) negeri masing-masing.

Nota : Info ini telah pun diedarkan pada 13 Nov 2017 melalui laman sosial lain seperti telegram, whatsapp dan facebook.