Search This Blog

Friday, 24 November 2017

Etika Berpakaian Penolong Pegawai Farmasi KKM Semasa Menghadiri Program Di Premis-Premis Tertentu.


           INFO :

            "....ketika ini etika berpakaian semasa menghadiri kursus, bengkel, seminar atau majlis makan malam dilihat tidak diambil berat oleh sebilangan anggota Penolong Pegawai Farmasi yang mana ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan imej dan ketrampilan profesional bagi profesion tersebut."


Salam Sejahtera PPF Malaysia,

Imej dan ketrampilan profesional profesion Penolong Pegawai Farmasi seringkali dilihat tidak begitu diambil perhatian oleh segelintir anggota itu sendiri. Ini dapat dilihat pada sekitar program-program anjuran pihak kesatuan/persatuan Penolong Pegawai Farmasi, program anjuran Jabatan Kesihatan Negeri mahu pun anjuran Ibu Pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM sendiri. Situasi ini bukanlah suatu perkara baharu yang melibatkan anggota profesion PPF khususnya di Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi mereka, imej dan ketrampilan bukanlah kriteria penting terutama jika dikaitkan dengan profesionalisme, kredibiliti  dan kecemerlangan dalam kerjaya dan perkhidmatan.
Harus kita fahami betapa motivasi pembinaan imej diri sangat memberi impak besar dalam kemajuan dan kecemerlangan kerjaya. Siapakah yang dapat menafikan hakikat bahawa ramai orang akan berasa lebih berani dan yakin dalam keadaan dirinya lebih kemas dan rapi atau memiliki perwatakan lebih menarik tatakala tampil di khalayak ? 
Dengan penampilan yang tampan dan anggun juga seseorang lebih mudah dan selesa untuk didekati atau diajak berkomunikasi. Keselesaan itu pula langsung membina suasana harmoni di mana sahaja kita berada. Pastinya ia mudah membangkitkan motivasi diri positif sehingga akhirnya membuahkan komunikasi dua hala yang hebat dan cemerlang.

Jelaslah catatan di atas tentang (antara) kepentingan menjaga imej dan ketrampilan diri bagi seseorang eksekutif. Uniform ! Ya, sememangnya pemakaian seragam profesion kita juga harus diutamakan asalkan ia sentiasa memenuhi kriteria syarat rekabentuk dan warnanya. Jika bijak bermain dengan design  yang kemas dan kualiti jahitan yang rapi, jangan pernah berasa anih pula kerana sesiapa pun pasti tidak akan puas memandang hingga ralit dan tenggelam bersama segak dan anggun si pemakainya. Woww !!

Fenomena yang sama juga dialami apabila kita berada di dalam sesuatu program atau majlis rasmi. Penampilan diri dan cara berpakaian harus dititikberatkan. Tidak salah jika para peserta atau tetamu lain sentiasa menyedari kehadiran kita lantaran penampilan yang segak bergaya atau anggun mempesona bersesuaian dengan program/majlis yang kita hadiri, kann…..

Oleh sebab itulah, Cawangan Pembangunan Profesion PPFKKM  berpendapat bahawa adalah sangat penting semua anggota Penolong Pegawai Farmasi khususnya di KKM mempunyai satu peraturan khusus dalam mengawal etika berpakaian anggota-anggota profesion tersebut. Pelaksanaan etika ini diharap dapat dijadikan peraturan wajib demi memelihara status dan imej profesion kita di mata masyarakat.

Mesyuarat JKT Pembangunan Profesion pada 02 November 2017 di BPFKKM lalu telah berusaha menyediakan panduan ringkas ;
      Etika Berpakaian Penolong Pegawai Farmasi KKM Semasa Menghadiri Program Di Premis-
      Premis Tertentu. 

Panduan Etika ini juga boleh digunapakai oleh semua PPF di Malaysia. Adalah diharapkan supaya semua PPF Malaysia dapat menjadikan Etika tersebut sebagai panduan demi kebaikan bersama.
Panduan Etika seperti di atas telah pun diedarkan melalui Penyelaras PPF Negeri di seluruh negara malah turut dimuatkan di halaman Sentuhan Di Hujung Jari dalam blog ini. 

Sekian sahaja catatan untuk kali ini. Jumpa lagi.
Salam Kecemerlangan Profesion untuk semua anda di mana sahaja berada. 
Bye………..

Monday, 13 November 2017

TAWARAN MENGIKUTI ROMBONGAN TABUNG HAJI BAGI OPERASI HAJI MUSIM 1439H/2018H.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera khususnya buat PPFKKM Muslim SeMalaysia,

Lambaian Baitullah bakal menjelma lagi !
Bersama RahmatNya sekali lagi kita diberi peluang untuk menyertai Rombongan Perubatan Ke Tanah Suci Bagi Musim Haji 1439H/2018M.

Untuk perhatian kalian, permohonan dibuka kepada semua pegawai yang bertaraf tetap dan disahkan dalam perkhidmatan awam serta belum pernah menyertai Rombongan Perubatan Tabung Haji (TH) ke Tanah Suci. Umur bagi pegawai lelaki tidak melebihi 50 tahun manakala bagi pegawai wanita
tidak melebihi 45 tahun (semua jawatan) pada tarikh tutup permohonan.

Sepertimana pemilihan anggota yang lalu, pegawai wanita yang telah berkahwin perlu mendapatkan persetujuan secara bertulis (rujuk info dalam lampiran) daripada suami apabila membuat permohonan.

Keutamaan akan diberikan kepada Penolong Pegawai Farmasi yang sedang bertugas di penempatan Klinik Kesihatan. Semoga peluang keemasan ini tidak dipersia-siakan. Rebutlah ia dengan penuh ketaqwaan. “ Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya…”

Sekian sahaja maklumat yang dapat disampaikan menerusi laman ini.  
Jumpa lagi. Salam kecemerlangan untuk semua. Wassalam.

Sunday, 12 November 2017

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SEPENUH MASA ANJURAN BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN (BPLKKM) AMBILAN MAC 2018.


Image result for images for graduation convocation kskb sungai buloh
Foto hiasan.
Salam Sejahtera,
     Sudah hampir ke penghujung tahun 2017, kan..... Fajar 2018 pun sudah mula mengintai-intai di Ufuk Timur. Masa beredar begitu pantas sekali...... Bagaimana azam dan target mencapai kecemerlangan dalam kerjaya kalian ? Belum terlaksana dengan jayanya ? Huh !! Tidak mengapa. Masih ada sebulan lebih lagi baki bersisa. Ayuh ! Pantas ! Kaut segala potensi diri yang sedia ada. Gabungkan ia bersama semangat dan harapan membara sebagai usaha terakhir mancapai azam dan impian 2017 !! 

        Wah ! Ada orang yang bila berbicara tentang azam dan impian ni boleh membuat hatinya dalam dilema. Susah hati jugalah katakan.......Difikir teruk...Tak fikir, lagi teruk....Huh !! 

         Baiklah.... Kita lupakan dulu tentang azam berazam tu, ya..... 
Ada info lebih menarik yang boleh kita kongsi bersama pada siaran kali ini. Sebenarnya admin hendak mewar-warkan tentang  tawaran mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (BPLKKM) seperti dinyatakan pada lampiran di bawah ;
Senarai Kursus ELDP 2018
Gelungsuri pautan  ELDP
untuk paparan lebih jelas. 
       Semua anggota (PPF) Sains Kesihatan Bersekutu / Badan Berkanun Kerajaan (bukan KKM) dan Penoplong Pegawai Farmasi dari hospital swasta dimaklumkan bahawa tawaran tersebut telah mula dibuka untuk permohonan sehingga tarikh tutup pada 1 Disember 2017. Cepat, tauu......!

      Sila ambil maklum juga bahawa buat masa ini kursus yang boleh diikuti oleh PPF Malaysia adalah seperti berikut ;
  •   Kursus Pengkhususan Sediaan Farmaseutikal Steril (6 bulan)
  •   Diploma Lanjutan Penjagaan Pengurusan Kesihatan (1 tahun)
         Dinyatakan juga bahawa bagi anggota (PPF) kerajaan dan badan-badan berkanun, kursus tersebut adalah percuma, malahan disediakan duit poket dalam jumlah yang agak menarik di samping gaji bulanan tetap dibayar seperti biasa. Menarik, kan.....!  Walau bagaimana pun, bagi anggota (PPF) swasta akan dikenakan sedikit bayaran bagi setiap peserta. 

Hubungi pegawai-pegawai berikut untuk maklumat lanjut ;
  • Puan Noriha Binti Isnawi (03-888 50687 / norihai@moh.gov.my )
  • Puan Pushpa Valli A/P Nadarajah (03-888 50600 sbg : 6133 / pushpa_valli@moh.gov.my
Berikut adalah pautan-pautan yang boleh diikuti bagi mendapatkan info berkaitan tawaran tersebut ;     

Boleh juga layari terus ke pautan ini : 
  •  http://latihan.moh.gov.my 
  •  http://eldp.moh.gov.my
Bagi permohonan melalui online, boleh dilakukan menerusi pautan berikut ;       
  • http://eldp.moh.gov.my/sistem/index.php
Jadi, apa lagi PPF Malaysia ? Segera bertindak sekarang. Tempat adalah sangat terhad. 
Rebut peluang ini demi pembangunan kerjaya kalian.

Sekian untuk kali ini. Salam Kecemerlangan Profesion Buat Semua PPF Malaysia.
Bye............

Wednesday, 1 November 2017

KEUTAMAAN PENYENARAIAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI MALAYSIA.

Fakta ;
           " ....menjelang RUUF yang bakal dibentangkan dan dikuatkuasakan pada masa hadapan, usaha PENYENARAIAN anggota-anggota PPF seluruh Malaysia sangat penting supaya segala manfaat dan faedah bagi setiap anggota PPF  Malaysia dapat dinikmati sepenuhnya. Usaha tersebut adalah langkah awal ke arah PENDAFTARAN PPF Malaysia."

          #PENDAFTARAN AWAL SECARA ADMINISTRATIF adalah PENYENARAIAN PPF MALAYSIA 

Salam Sejahtera PPF Malaysia,

Sejak usaha pendaftaran awal PPF seluruh negara dilaksanakan oleh Lembaga Farmasi Malaysia, KKM, pelbagai tafsiran yang tidak tepat sering didengari berhubung dengan arahan pelaksanaannya oleh Pengarah Lembaga Farmasi Malaysia, KKM mulai 1 Jun 2017.

Harus difahami bahawa pendaftaran awal secara administratif bermaksud penyenaraian anggota PPF bagi mendapatkan data lengkap seluruh Penolong Pegawai Farmasi di Malaysia sebelum langkah seterusnya iaitu pendaftaran PPF setelah RUUF dikuatkuasakan kelak.
Pendaftaran awal tersebut melibatkan semua pemegang Diploma Farmasi /Pembantu Farmasi di seluruh negara sama ada graduan dari Institusi Pengajian Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Swasta (IPTS). Justeru, kesedaran daripada graduan-graduan itu sendiri sangat penting bagi merealisasikan objektif pelaksanaan arahan berkenaan. Peranan majikan dan para penyelia PPF terlibat juga dapat membantu pencapaian objektif penyenaraian tersebut.

Jadi, kepada PPF Malaysia yang masih belum menghantar borang penyenaraian tersebut ke Lembaga Farmasi Malaysia, apa lagi ? Silalah bertindak segera.

INFO PENYENARAIAN PPF MALAYSIA :


Sekian.
Salam Kecemerlangan profesion !
Jumpa lagi.


LAWATAN KE IBUPEJABAT PENJARA MALAYSIA DAN KLINIK KESIHATAN PENJARA KAJANG.

Fakta :
            " ....sejak Julai 2014 lagi, Perkhidmatan Farmasi di Klinik Kesihatan di Institusi Penjara Malaysia (IPM) seluruh negera telah dimulakan. Ia adalah salah satu  program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kerajaan yang memberi kemudahan kepada rakyat melalui usahasama di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri. Sehingga kini, terdapat 42 Institusi Penjara Malaysia yang telah menyediakan perkhidmatan tersebut di mana 8 PPF Gred U36 telah ditempatkan di Penjara Kategori A. Selebihnya, PPF Gred U29 telah ditempatkan di Penjara Kategori B dan C....."

Salam Sejahtera PPF SeMalaysia,


Pada 24 Ogos 2017 (Khamis) lalu seramai enam orang Ahli Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Farmasi, Cawangan Pembangunan Profesion PPF (JKT PP PPFKKM), Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik Farmasi, KKM telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bukit Wira, Kajang, Selangor dan Klinik Kesihatan Penjara Lelaki dan penjara Wanita, Kajang.

Ahli JKT Pembangunan Profesion PPF KKM bersama anggota JPjM
di hadapan Penjara Lelaki Kajang.
Pihak JKT PP PPFKKM diketuai oleh Tuan Hj Abu Bakar Ibrahim, Ketua Profesion PPFKKM. Ia turut disertai oleh En. Mohamad Nazri Bin Md. Dazali, Ketuua Penolong Pengarah Kanan Farmasi, Cawangan Penjagaan Farmaseutikal Farmasi.  

Lawatan tersebut bertujuan untuk mengetahui perkembangan semasa perkhidmatan farmasi di Institusi Penjara Malaysia khususnya di Penjara Kajang serta mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan-keperluan lain serta masalah-masalah yang boleh diatasi bersama antara pihak Jabatan Penjara Malaysia-Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM.

Lawatan tersebut turut diisi dengan Sesi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Farmasi BPF KKM Bersama Pentabiran InstutisPenjara Malaysia. Puan PKK Zainah Binti Pardi, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Seksyen Rawatan & Layanan), IPPM telah mempengerusikan mesyuarat selama sejam tersebut. Dalam mesyuarat tersebut banyak perkara telah disentuh seperti prosedur perolehan, penggunaan ubat di luar formulari dan pelupusan ubat-ubatan di Institusi Penjara Malaysia. Selain itu turut dibincang juga tentang proses konsesi APPL, permohonan pengisian PPF lelaki di JPjM, pewujudan borang kawalan dokumentasi statistik perkhidmatan farmasi di JPjM dan lain-lain lagi.
En. Mohammad Nazri Md Dazali, KPPK
Farmasi mewakili semua JKT PPFKKM
menyampaikan cenderahati kenang-kenangan
kepada Puan PKK, Zainah Binti Pardi.

Di akhir mesyuarat Puan Pengerusi berharap supaya kerjasama di antara JKT PP PPFKKM dan JPjM sentiasa berterusan demi kepentingan perkhidmatan dan negara.

Pihak JKT PP PPFKKM juga telah membuat kepastian akan meneruskan kerjasama yang terjalin demi kebaikan bersama.

Rombongan turut dibawa melawat Klinik Kesihatan Penjara Lelaki / Penjara Wanita dan masing-masing diberi taklimat aktiviti Perkhidmatan Farmasi oleh PPF Shamdin Bin Mohd Noh  (Gred U36) dan PPF Norfadzlin Binti Faisal Tiong (Gred U29). En. Mohammad Nazri sempat menyampaikan nasihat perkhidmatan kepada PPF bertugas supaya sentiasa mempraktiskan amalan farmasi yang standard demi kebaikan pesakit yang mendapatkan khidmat kesihatan di situ.

Seterusnya rombongan juga dibawa melihat sendiri sekitar beberapa aktiviti dalaman Penjara Kajang Lelaki dan Penjara Wanita sambil diberi maklumat ringkas tentang aktiviti banduan di dalamnya oleh IP Mohd Dehya Arshad, Inspektor Penjara Bahagian Penguruan Banduan (Seksyen Rawatan Dan Layanan) IPPM serta KIP Hafiz Karim, Bahagian Dasar Kepenjaraan, IPPM.

Di akhir sesi ahli-ahli rombongan sempat membeli-belah produk hasil tangan para banduan sama ada dalam bentuk makanan seperti makanan sejuk-beku, kerepek, biskut dan kek atau pakaian seperti baju batik ekslusif.

Melalui sesi lawatan tersebut, pihak JKT Pembangunan Profesion PPF telah dapat penerangan yang lebih jelas tentang situasi sebenar perkhidmatan farmasi dan kehidupan penghuni penjara. Diharapkan pengalaman yang diperolehi hasil dari lawatan tersebut dapat membantu pihak JKT dalam usaha memperbaiki lagi kualiti perkhidmatan farmasi di Institusii Penjara Malaysia di seluruh negara.

Sekian sahaja untuk kali ini.
Salam kecemerlangan Profesion PPF Malaysia !......

Friday, 20 October 2017

SEKITAR BENGKEL PENYELARAS PPF NEGERI (PROGRAM PERUBATAN DAN PROGRAM KESIHATAN AWAM KKM) 29 SEPT - 01 OKT 2017.

Fakta : 
            "..... Penyelaras PPF Negeri (Program Perubatan Dan Program Kesihatan Awam KKM) telah diwujudkan melalui cadangan pelantikan para ahlinya oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM pada 30 Jun 2016. Surat pelantikan rasmi telah dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri masing-masing di seluruh negara."


Salam Sejahtera,

Cawangan Pembangunan Profesion PPF Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik Farmasi KKM telah berjaya mengadakan bengkel tersebut pada 29 September – 01 Oktober 2017 yang lalu. Program selama tiga hari dua malam tersebut telah diadakan di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak, turut berjaya mengumpulkan hampir kesemua Penyelaras-Penyelaras PPF Negeri bagi kedua-dua program KKM tersebut. turut serta adalah Penyelia-penyelia dari Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM dan Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Barisan Penyelaras PPF Negeri yang hadir bergambar bersama urus setia
dalam bengkel tersebut.
Objektif penganjuran bengkel tersebut adalah seperti berikut ;

i)        Memberi pengetahuan, kemahiran, kesedaran serta dorongan supaya dapat diterapkan kepada para peserta ke arah membentuk pasukan pengurusan yang berkesan.                                                           

ii)       Meningkatkan pengetahuan para peserta terhadap konsep asas pengurusan dan penyeliaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab semasa dan tugas-tugas pada masa akan datang secara teori dan amali.

iii)      Mengenalpasti kelemahan di kalangan para peserta terutama dalam aspek pelaksanaan, penyeliaan, pengesanan dan penilaian aktiviti serta tindakan penambahbaikan yang perlu diambil untuk memastikan pengurusan berjalan lancar dan sempurna.
 
Di antara pengisian program adalah ; Ceramah " Sentuhan Gemilang : Anda Penyelaras PPF Negeri ??... " yang telah disampaikan secara santai tetapi penuh informatif oleh Hj Abu Bakar Ibrahim, Ketua Profesion PPFKKM. Ceramah “ Presentasi Yang Baik Dan Berkesan “ pula disampaikan oleh Hj Kamalr @ Kamalruzaman Yusof, Cawangan Pembangunan Profesion PPF, KKM di mana beliau telah cuba memberi pendedahan kepada para peserta terhadap kualiti presentation slides dan penyampaian peserta dalam persembahan powerpoint.

Ceramah “ Kepimpinan Dan Penyeliaan Seorang Eksekutif “ telah disampaikan oleh Puan Norhuda Binti Mohd. Tajuddin, Ketua  Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKN Perak. Puan Norhuda telah berjaya menyampaikan ceramah tersebut dengan gaya yang sungguh mempesonakan hadirin.  Begitu juga dengan ceramah “ Penjenamaan Imej Diri Dan Keutuhan Peribadi “ bersama Puan Faridah Saidi, Timbalan Ketua Profesion PPFKKM telah berjaya menarik perhatian para peserta.
Bagi ceramah “ Pengurusan Sumber Manusia Dan Tadbir Urus ‘ telah disampaikan oleh Puan Zulfa Binti Zakaria, Ketua Cawangan Pengurusan Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKN Perak.

Dalam bengkel tersebut juga telah diadakan sesi Aktiviti Berkumpulan ;  Pengurusan Dan Pengendalian Masalah Dalam Organisasi di mana para peserta telah dihidangkan dengan beberapa senario biasa yang berlaku dalam organisasi. Mereka diminta mengulas dan membincangkan secara profesional bersama panel-panel, resolusi-resolusi yang boleh dibuat bagi mengatasi masalah berkaitan.
Pembentangan Laporan Aktiviti Perkhidmatan Farmasi peringkat negeri pula telah disampaikan sendiri oleh kesemua Penyelaras PPF Negeri yang hadir.

Sekitar majlis penyampaian sijil kepada para peserta yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Ketua Profesion PPF KKM.....



 










 


Sukacita dimaklumkan di sini bahawa bengkel pada kali ini telah berjaya menghasilkan 4 Resolusi Bengkel Penyelaras PPF Negeri yang boleh dibawa dalam perbincangan pada peringkat TPKNF masing-masing. Resolusi-resolusi tersebut adalah seperti berikut ;

1.      Permohonan jawatan PPF Gred U40 di setiap Jabatan Kesihatan Negeri.
         1.1    Walaupun tiada ABM bermula tahun 2015, tetapi cadangan ini akan dibawa kepada Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Dr Salmah Bahri.

         1.2    Salah satu justifikasi pewujudan jawatan tersebut adalah bagi urusan pemangkuan, penempatan, pertukaran dan penglibatan dalam orientasi anggota PPF baharu.

         1.3    Tanda aras adalah JKN yang telah mempunyai PPF Gred U40 seperti JKN Johor dan juga yang telah menempatkan PPF Gred U36 & U32 seperti JKN Sabah.

         1.4     Meletakkan jawatan PPF Gred U40 terus di bawah Ketua Pegawai Farmasi dalam carta organisasi jabatan farmasi hospital supaya perjawatan tersebut dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya dengan lebih jelas dan berkesan.

2.      Keperluan pencapaian myCPD                                                                                                                  - Exclusion untuk myCPD Version 2.0  :

         2.1   Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) / Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) bagi tujuan melanjutkan pelajaran.
         2.2   Cuti sakit yang melebihi 6 bulan.

3.      Isu Penolakan Kenaikan Pangkat (40% - 50%) ;                                                                                                                           
         3.1  Pegawai dikehendaki melapor diri dalam masa 14 hari dari tarikh yang diarahkan 
        pihak Bahagian Sumber Manusia KKM.

         3.2  Penyelaras PPF Negeri harus mendapatkan pengesahan daripada pegawai 
         berkenaan status  penerimaan tawaran tersebut.
                                                                                                                                                    
         3.3  Pegawai tidak melapor diri selepas 30 hari dari tarikh tersebut dikira tidak
        menerima  tawaran.

         3.4  Dicadangkan supaya semua pegawai yang menolak kenaikan pangkat akan
        dikecualikan dari permohonan kenaikan pangkat berikutnya selama setahun.

         3.5  Borang permohonan kenaikan hendaklah melalui hierraki jabatan (KPF/PFK > Bahagian Sumber Manusia Hospital/PKD > TPKNF > Bahagian Sumber Manusia JKN sebelum dihantar ke Bahagian Sumber Manusia (Unit Naik Pangkat Sokong – NPS) KKM.                                               

4.     Cadangan mendapatkan ruangan  atau bilik khas yang lebih privasi bagi Penyelaras Penolong Pegawai Farmasi Negeri di fasiliti masing-masing ( klinik kesihatan dan hospital).


Sesuatu yang menarik berlaku dalam program kali ini adalah kejutan meraikan bakal-bakal Penyelaras Negeri yang akan bersara pada awal tahun hadapan (2018). Mereka diraikan dalam majlis ringkas tetapi penuh sentimental oleh semua peserta dan urus setia. 
Bakal-bakal pesara tersebut adalah Hj Abu Bakar (Tuan KP), Puan Wong Ah Khuan (Perubatan-P. Pinang), Puan Lee Sau Foong (KA-WPKL), Puan Nor Azmah Omar (KA -Kedah), Puan Hjh Maisom Hamat (Perubatan-Terengganu); En. Zamri Ariffin (Perubatan-Pahang); Hj Khairuddin Yang Shariff, Hj Anhar M. Sharifuddin dan Puan Hjh Norhayati Mohammad (Perubatan-Perak). 

Momen-momen menarik sempena majlis persaraan rakan-rakan Penyelaras PPF Negeri.









CPP PPF BPFKKM mengambil kesempatan ini mengucapkan "Tahniah Di Atas Pencapaian Kalian Selama Ini dan Selamat Bersara - Berbahagialah Di Alam Baharu !...." 
                                          
Sekian untuk kali ini.
Salam Kecemerlangan Profesion !!.... Jumpa lagi.