Fakta :
"..... Penyelaras PPF Negeri (Program Perubatan Dan Program Kesihatan Awam KKM) telah diwujudkan melalui cadangan pelantikan para ahlinya oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM pada 30 Jun 2016. Surat pelantikan rasmi telah dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri masing-masing di seluruh negara."
Salam Sejahtera,
"..... Penyelaras PPF Negeri (Program Perubatan Dan Program Kesihatan Awam KKM) telah diwujudkan melalui cadangan pelantikan para ahlinya oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM pada 30 Jun 2016. Surat pelantikan rasmi telah dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri masing-masing di seluruh negara."
Salam Sejahtera,
Cawangan
Pembangunan Profesion PPF Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik Farmasi KKM telah berjaya
mengadakan bengkel tersebut pada 29 September – 01 Oktober 2017 yang lalu. Program
selama tiga hari dua malam tersebut telah diadakan di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak, turut berjaya mengumpulkan hampir kesemua Penyelaras-Penyelaras PPF Negeri bagi kedua-dua program KKM tersebut. turut serta adalah Penyelia-penyelia dari Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM dan Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Objektif penganjuran bengkel
tersebut adalah seperti berikut ;
Barisan Penyelaras PPF Negeri yang hadir bergambar bersama urus setia dalam bengkel tersebut. |
i) Memberi pengetahuan, kemahiran, kesedaran serta dorongan
supaya dapat diterapkan kepada para peserta ke arah membentuk pasukan
pengurusan yang berkesan.
ii) Meningkatkan pengetahuan para peserta terhadap konsep asas
pengurusan dan penyeliaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab semasa dan
tugas-tugas pada masa akan datang secara teori dan amali.
iii) Mengenalpasti kelemahan di kalangan
para peserta terutama dalam aspek pelaksanaan, penyeliaan, pengesanan dan
penilaian aktiviti serta tindakan penambahbaikan yang perlu diambil untuk
memastikan pengurusan berjalan lancar dan sempurna.
Di
antara pengisian program adalah ; Ceramah " Sentuhan Gemilang : Anda Penyelaras
PPF Negeri ??... " yang telah disampaikan secara santai
tetapi penuh informatif oleh Hj Abu Bakar Ibrahim, Ketua Profesion PPFKKM. Ceramah “ Presentasi Yang Baik Dan
Berkesan “ pula disampaikan oleh Hj Kamalr @ Kamalruzaman Yusof, Cawangan Pembangunan Profesion PPF, KKM di mana beliau telah cuba memberi
pendedahan kepada para peserta terhadap kualiti presentation slides dan penyampaian
peserta dalam persembahan powerpoint.
Bagi ceramah “ Pengurusan Sumber Manusia Dan Tadbir Urus ‘ telah disampaikan oleh Puan Zulfa Binti Zakaria, Ketua Cawangan Pengurusan Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKN Perak.
Pembentangan Laporan Aktiviti Perkhidmatan Farmasi peringkat negeri pula telah disampaikan sendiri oleh kesemua Penyelaras PPF Negeri yang hadir.
Sekitar majlis penyampaian sijil kepada para peserta yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Ketua Profesion PPF KKM.....
Sekitar majlis penyampaian sijil kepada para peserta yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Ketua Profesion PPF KKM.....
Sukacita dimaklumkan di sini bahawa bengkel pada kali ini telah berjaya menghasilkan 4 Resolusi Bengkel Penyelaras PPF Negeri yang boleh dibawa dalam perbincangan pada peringkat TPKNF masing-masing. Resolusi-resolusi tersebut adalah seperti berikut ;
1. Permohonan jawatan PPF Gred U40 di setiap Jabatan Kesihatan Negeri.
1.1 Walaupun tiada ABM bermula tahun 2015, tetapi cadangan ini akan dibawa kepada Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Dr Salmah Bahri.
1.2 Salah satu justifikasi pewujudan jawatan tersebut adalah bagi urusan pemangkuan, penempatan, pertukaran dan penglibatan dalam orientasi anggota PPF baharu.
1.3 Tanda aras adalah JKN yang telah mempunyai PPF Gred U40 seperti JKN Johor dan juga yang telah menempatkan PPF Gred U36 & U32 seperti JKN Sabah.
1.4 Meletakkan jawatan PPF Gred U40 terus di bawah Ketua Pegawai Farmasi dalam carta organisasi jabatan farmasi hospital supaya perjawatan tersebut dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya dengan lebih jelas dan berkesan.
2. Keperluan pencapaian myCPD - Exclusion untuk myCPD Version 2.0 :
2.1 Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) / Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) bagi tujuan melanjutkan pelajaran.
2.2 Cuti sakit yang melebihi 6 bulan.
3. Isu Penolakan Kenaikan Pangkat (40% - 50%) ;
3.1 Pegawai dikehendaki melapor diri dalam masa 14 hari dari tarikh yang diarahkan
pihak Bahagian Sumber Manusia KKM.
3.2 Penyelaras PPF Negeri harus mendapatkan pengesahan daripada pegawai
berkenaan status penerimaan tawaran tersebut.
3.3 Pegawai tidak melapor diri selepas 30 hari dari tarikh tersebut dikira tidak
menerima tawaran.
3.4 Dicadangkan supaya semua pegawai yang menolak kenaikan pangkat akan
dikecualikan dari permohonan kenaikan pangkat berikutnya selama setahun.
3.5 Borang permohonan kenaikan hendaklah melalui hierraki jabatan (KPF/PFK > Bahagian Sumber Manusia Hospital/PKD > TPKNF > Bahagian Sumber Manusia JKN sebelum dihantar ke Bahagian Sumber Manusia (Unit Naik Pangkat Sokong – NPS) KKM.
4. Cadangan mendapatkan ruangan atau bilik khas yang lebih privasi bagi Penyelaras Penolong Pegawai Farmasi Negeri di fasiliti masing-masing ( klinik kesihatan dan hospital).
4. Cadangan mendapatkan ruangan atau bilik khas yang lebih privasi bagi Penyelaras Penolong Pegawai Farmasi Negeri di fasiliti masing-masing ( klinik kesihatan dan hospital).
Sesuatu yang menarik berlaku dalam program kali ini adalah kejutan meraikan bakal-bakal Penyelaras Negeri yang akan bersara pada awal tahun hadapan (2018). Mereka diraikan dalam majlis ringkas tetapi penuh sentimental oleh semua peserta dan urus setia.
Bakal-bakal pesara tersebut adalah Hj Abu Bakar (Tuan KP), Puan Wong Ah Khuan (Perubatan-P. Pinang), Puan Lee Sau Foong (KA-WPKL), Puan Nor Azmah Omar (KA -Kedah), Puan Hjh Maisom Hamat (Perubatan-Terengganu); En. Zamri Ariffin (Perubatan-Pahang); Hj Khairuddin Yang Shariff, Hj Anhar M. Sharifuddin dan Puan Hjh Norhayati Mohammad (Perubatan-Perak).
Momen-momen menarik sempena majlis persaraan rakan-rakan Penyelaras PPF Negeri.
CPP PPF BPFKKM mengambil kesempatan ini mengucapkan "Tahniah Di Atas Pencapaian Kalian Selama Ini dan Selamat Bersara - Berbahagialah Di Alam Baharu !...."
Momen-momen menarik sempena majlis persaraan rakan-rakan Penyelaras PPF Negeri.
Salam Kecemerlangan Profesion !!.... Jumpa lagi.