Search This Blog

Friday 13 October 2017

LAWATAN PENILAIAN PROGRAM UNIVERSITI TEMPATAN BAGI PERSEDIAAN KE ARAH SKIM BERSEPADU PROFESION PPF.

Salam Sejahtera.

Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Profesion PPF, Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik Farmasi, KKM telah berjaya melaksanakan dua sesi lawatan penilaian tersebut seperti berikut  ;

i)   19 Jun 2017 :  Lawatan ke School of Pharmacy di Management & Science University (MSU) di Shah Alam, Selangor.
Ahli-Ahli Jawatankuasa Pembangunan Profesion PPF BPF, KKM dan wakil-wakil JK Task Force 
Skim Bersepadu Profesion PPF bergambar kenangan sempena lawatan sehari ke MSU, 
Shah Alam , Selangor.
Lagi foto lawatan di pautan : Sesi Lawatan MSU

ii)  28 September 2017 : Lawatan ke Fakulti Farmasi Dan Sains Kesihatan Bersekutu - Universiti Kuala Lumpur, Royal College Of Medicine (UniKL), Ipoh, Perak.
Sesi perbincangan dua hala Ahli Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Profesion PPF BPF, KKM
dan wakil-wakil JK Task Force Skim Bersepadu Profesion PPF
bersama Dekan dan Ketua Program B. Sc. (Hons) In Pharmaceutical Technology, UniKL di Ipoh, Perak.
Lagi momen-momen lawatan ke UniKL pada pautan : Sesi Lawatan UniKL
Kedua-dua lawatan tersebut dilakukan sebagai salah satu usaha mendapatkan pandangan pihak MSU dan UniKLtentang kesesuaian program  Bachelor of Science in Pharmaceuticals Technology (Hons) yang dijalankan oleh universiti-universiti tersebut untuk dijadikan program yang boleh melibatkan serta memberi faedah masa hadapan kepada Profesion Penolong Pegawai Farmasi bagi tujuan memasukkan profesion kita ke dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu.

Kedua-dua lawatan ke universiti-universiti tersebut telah disertai oleh seramai 5  hingga 8  orang ahli yang terdiri daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Profesion PPFKKM dan 2 wakil Ahli Jawatankuasa Task Force Skim Bersepadu Profesion PPF.

Rombongan telah diberi taklimat khas secara terperinci berkaitan modul dan pelaksanaan kursus oleh Dekan dan tenaga-tenaga pakar yang bertanggungjawab dalam penyediaan program berkenaan seperti ; (MSU); Dato' Rosli Bin Yusof-TimbalanPresiden, Dato' Zokrie Bin Othman-Registrar dan Prof. Madya Dr. Mohd Fadli Bin Asmani - Dekan Fakulti Farmasi. (UniKL) ; Prof. Dr. Ahmad Fuad Bin Shamsuddin - Dekan Fakulti Farmasi & Sains Kesihatan serta beberapa orang pensyarah kanan universiti tersebut.

CPP PPFKKM berharap supaya usaha yang telah dibuat mampu memberi pendedahan yang berguna demi membantu menjayakan objektif pembentukan jawatankuasa seterusnya merealisasikan hasrat memasukkan profesion PPF ke dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu.

Sekian info untuk kali ini. Salam kecemerlangan.....

Sesi Lawatan MSU
Sesi Lawatan UniKL

No comments:

Post a Comment