Search This Blog

Friday 13 October 2017

KEPUTUSAN PEMILIHAN AMT PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI MALAYSIA (2017 - 2019)


Salam Sejahtera,
Tahniah kepada semua ahli PPPFMY yang telah berjaya dipilih membarisi Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Penolong Pegawai Farmasi yang telah diumumkan keputusan pengundian mereka pada 24 September lalu. Sesi pengundian telah pun berlangsung lebih awal sebelum AGM berlangsung. 
Seramai 20 calon ahli PPPFMY telah dipertandingkan terdiri daripada PPF KKM, swasta dan industri. Kesemua mereka dipertandingkan bagi menduduki kerusi exco (10 kerusi) dan juruodit kehormat (2 kerusi).
Berikut adalah keputusan pemilihan bersama fortfolio yang diamanahkan ;


AHLI MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI MALAYSIA (Sesi 2017 - 2019)

Yang DiPertua (YDP) : Puan Hjh Samidah Binti Rahmat
Naib Yang DiPertua (NYDP) : En. Mhd. Hassan Bin Shafei

Setiausaha : Hj Mohd Razan Bin Pardi

Penolong Setiausaha : Cik Shafizah Binti Jaamat

Bendahari : Asrul Effendi Bin Jamaluddin
AJK/Biro :
Pendidikan Dan Latihan : Hj Abd Rahim Bin Abdullah
Laman Web Dan Media :
En. Mohd Fikhri Bin Abdullah
Penerangan Dan Promosi : Puan Siti Anisah Binti Mohd Said
Sukan/Rekreasi/Sosial : Hj Mohd Norfaiz Bin Zaman
Tugas-Tugas Khas :
En. Suhaimi Bin Esa

Juruodit I : Puan Rosnah Binrti Muhammad

Juruodit II : En. Rosmizi Bin Razali
Sehubungan dengan keputusan tersebut, Cawangan Pembangunan Profesion mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ' Tahniah dan Selamat Maju Jaya ! '  kepada semua yang terpilih. Anggaplah pemilihan tersebut sebagai suatu amanah besar yang diberikan oleh semua rakan-rakan PPF seluruh negara. 

Cawangan ini juga berharap supaya PPPFMY akan terus mara ke hadapan sebagai wadah dan platform penjana kecemerlangan serta kegemilangan profesion PPF Malaysia. Kualiti perkhidmatan, ketrampilan dan etika seluruh PPF Malaysia di mana sahaja berada harus diutamakan. Adalah diharapkan supaya AMT akan terus lebih proaktif dan komited terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam barisan terpilih tersebut. 

Cawangan ini juga berharap agar PPPFMY akan lebih mesra PPF dan mesra CPPPPF-BPFKKM supaya segala usaha kemajuan yang menjadi keutamaan kerajaan dan rakyat dapat direalisasikan dengan berpaksikan slogan keramat ..."Sepakat Mencapai Hasrat ".

Sekian sahaja. Tahniah sekali lagi kepada yang berjaya.
Tahniah PPPFMY !!
Salam Kecemerlangan Profesion.






1 comment:

  1. Best free slots games no deposit bonus codes - JTGHub
    The 순천 출장샵 Top 아산 출장샵 10 Free Spins Bonuses in United States · 1. Wild Casino · 2. Cafe 영천 출장안마 Casino · 하남 출장마사지 3. Super Slots · 4. Slots of Vegas · 5. Bovada 동두천 출장마사지 · 6. Slotomania Casino · 7.

    ReplyDelete