Search This Blog
Friday, 18 December 2015
Urusan Pemangkuan Bagi Jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U36 Ke Gred U38 Di Kementerian Kesihatan Malaysia
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuka tawaran bagi permohonan pemangkuan jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U36 ke Gred U38 di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuka tawaran bagi permohonan pemangkuan jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U36 ke Gred U38 di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sehubungan dengan itu, bagi pegawai yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan ini.
Berikut adalah syarat bagi pemangkuan tersebut:-
- Telah disahkan dalam perkhidmatan;
- Mencapai tahap prestasi perkhidmatan yang ditetapkan;
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan;
- Berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun di Gred U36 pada tarikh iklan ditutup;
- Bebas dari hukuman tatatertib;
- Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan;
- Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); dan
- Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan.
Tarikh tutup permohonan pemangkuan bagi jawatan ini adalah pada 15 Januari 2016
Untuk keterangan lanjut, sila klik pautan "Surat Urusan Pemangkuan Bagi Jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U36 ke Gred U38".
Selamat Maju Jaya !!!!
Tuesday, 24 November 2015
KENYATAAN KETUA PROFESION BERHUBUNG ISU GELARAN YANG AKAN DIGUNAPAKAI DI DALAM RANG UNDANG-UNDANG FARMASI (RUUF)
Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM
Petaling Jaya, Selangor.
24 November, 2015
SEMUA
WARGA PPF KKM
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa,
Saya terpanggil untuk
membuat sedikit kenyataan berhubung dengan Isu “Penjenamaan Baharu Profesion PPF” untuk RUUF (Rang Undang-Undang
Farmasi) yang melanda warga PPF kita diseluruh negara dalam beberapa bulan ini.
Saya telah dijemput oleh Pengerusi Majlis Gabungan PPF Malaysia, En
Zamri Ariffin yang juga selaku Presiden
Kesatuan Kebangsaan PPF Kerajaan Semenanjung Malaysia, untuk membincangkan
isu ini bersama-sama dengan YDP dan Exco
Persatuan PPF Malaysia pada 21 Nov
2015 ( Sabtu ) lalu di sebuah hotel di ibu negara.
Saya rasa berbangga
kerana kedua-dua pihak terlibat ( Exco
Kesatuan & Persatuan ) boleh duduk semeja bersama-sama saya untuk
merungkai permasalahan yang melanda profesion kita melalui media sosial yang saya rasa sudah sampai ke tahap yang tidak
sepatutnya.
Saya mengharapkan
tuan/puan faham objektif sebenar penjenamaan profesion kita untuk dimasukkan
kedalam RUUF.
Pihak JK RUUF BPF KKM
mendesak saya sebagai Ketua Profesion untuk memberikan maklumbalas mengenai
perkara ini dalam masa yang terlalu singkat dengan penerangan yang juga agak
samar-samar. Semua warga PPF Malaysia harus faham bahawa isu perundangan adalah
sesuatu yang agak ‘Classified’ dan
bukan untuk Perbahasan Umum sehingga telah dibentangkan, apatah lagi ianya
melibatkan Keputusan Parlimen.
Surat yang terkini yang
dikeluarkan oleh Timbalan Pengarah,
Bahagian Dasar & Pengurusan, Dr. Ramli Zainal menerangkan dengan begitu
terperinci :
Ruj: KKM-55/BPF/305/002/17 ( 39 )
23 November,
2015.
4. Dimaklumkan juga
bahawa nama gelaran baharu yang
dipilih tersebut sangat penting kerana ia akan dimasukkan dan digunapakai dalam
RUUF. Ia tidak mengubah
nama Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi sebagaimana yang telah
dipersetujui oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2009 (rujukan : JPA(BPO)(S)324/14/24
Klt.24 (49))
berkuatkuasa mulai 2 Julai, 2009.
5.
Untuk makluman tambahan, di dalam RUUF gelaran Ahli Farmasi digunapakai untuk merangkumi semua Ahli
Farmasi disektor awam, swasta dan pendidikan. Manakala gelaran Pegawai
Farmasi digunakan dalam perkhidmatan
awam.
Nota : Kandungan surat
ini boleh dicapai oleh mana-mana
warga PPF di Malaysia atau dimana-mana ada perhubungan internet, melalui : ppfkkm.blogspot.my
Rasional disebalik penjenamaan ini ialah supaya kandungan RUUF itu nanti
akan boleh digunapakai untuk PEMEGANG
DIPLOMA FARMASI terutama di Sektor
Swasta dan Industri yang selama ini pun tidak semua menggunakan gelaran PPF.
Walaupun di dalam RUU gelaran pemegang Diploma Farmasi disebut sebagai “Juruteknologi Farmasi”, tetapi kita
masih dikenali sebagai Penolong Pegawai
Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi Kanan, Ketua Penolong Pegawai Farmasi
sepertimana Ahli Farmasi dalam RUUF
masih dikenali sebagai Pegawai Farmasi,
Pegawai Farmasi Kanan, Ketua Pegawai Farmasi atau Penolong
Pengarah Farmasi, Penolong Pengarah Farmasi Kanan, Ketua Penolong Pengarah atau
Ketua Penolong Pengarah Kanan di
institusi kesihatan sektor awam.
Gelaran ini tidak akan mengubah skop tugas, aspek kenaikan gred, pola
perjawatan dan aspek profesion yang sedia ada.
Masalah utama pada peringkat awal dahulu, semua pihak pun tidak mendapat
penerangan yang jitu berhubung perkara ini tetapi kita tetap didesak untuk
memberikan maklumbalas kerana isu ini perlu dibentangkan kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia (YBMK) pada kadar segera.
Masalah ini ditambah pula dengan kehebatan
media sosial di mana sebilangan warga PPF kita telah mula membuat rancangan
yang melampaui objektif sebenar sehingga ke tahap telah memecahbelahkan warga
PPF sendiri.
( Saya meneliti setiap isu yang dibincangkan
dalam media social group : ‘Whatsup’
dan ‘Telegram’ samada, saya ada dalam kumpulan tersebut atau tidak )
Pungutan undi yang dibuat sekarang juga tidak bersifat muktamad dan lebih kepada undian majoriti sebagai
menghormati hak tuan/puan dan kepentingan profesion kita.
Saya ingin menyeru kepada tuan/puan supaya menyumbangkan idea
bersama-sama saya untuk merealisasikan perkara berikut :
- Kertas Kerja untuk Skim Bersepadu Profesion PPF
- Kertas Kerja komprehensif untuk mendapatkan Elaun Kritikal bagi PPF
- Kertas Kerja untuk memperbanyakkan Pos Basik yang relevan dengan Profesion PPF
- Perjuangan untuk mendapatkan Bayaran Imbuhan Pos Basik (BIPB) untuk Aseptik.
- WISN yang sesuai untuk pertambahan jawatan PPF di Bahagian Perubatan dan Kesihatan Awam.
Tuan/Puan yang saya sayangi sekalian, buktikan perjuangan kita dengan bertindak
secara kolektif, positif dan bersatu padu serta penuh etika profesionalisma
dalam ertikata Kesatuan dan Persatuan untuk mencapai Objektif kelima-lima
perkara tersebut diatas.
KALAU KITA BOLEH MEREALISASIKAN PERKARA INI
HALATUJU PROFESION KITA MENJADI LEBIH JELAS DAN BERMAKNA.
Terima kasih diatas kefahaman dan kesediaan tuan/puan untuk menerima
penjelasan ini.
Saya Sedia Berbakti Untuk Profesion PPF Malaysia
HJ. ABU BAKAR BIN IBRAHIM
Ketua Profesion PPF
Unit Pembangunan Profesion
Bahagian Dasar & Pengurusan,
BPF KKM.
( 03 7841 3232 017-8176060
: abubakar_ibrahim@moh.gov.my
Wednesday, 18 November 2015
PUNGUTAN SUARA GELARAN BAGI PEMEGANG DIPLOMA FARMASI UNTUK TUJUAN DIGUNAPAKAI DI DALAM RANG UNDANG-UNDANG FARMASI (RUUF)
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sihat 1 Malaysia.
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan Farmasi sedang melaksanakan pungutan suara gelaran nama jawatan bagi semua pemegang Diploma Farmasi sebagaimana dinyatakan dengan jelas maksudnya dalam surat yang dilampirkan bersama-sama ini.
3. Pohon pihak Tuan/Puan membantu menjalankan urusan ini pada kadar SEGERA dan mengemukakan kesemua hasil undian secara telus kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi pada atau sebelum 26/11/2015.
4. Segala perhatian dan kerjasama pihak Tuan/Puan diucapkan terima kasih.
Untuk keterangan lanjut berhubung perkara ini sila klik pautan berikut:
4.1 Surat Pungutan Suara Bagi Gelaran Baharu Profesion Penolong Pegawai Farmasi Untuk Tujuan Digunapakai Di Dalam RUUF
4.2 Borang Pemilihan Nama Gelaran Jawatan Diploma Farmasi (RUUF)
4.1 Surat Pungutan Suara Bagi Gelaran Baharu Profesion Penolong Pegawai Farmasi Untuk Tujuan Digunapakai Di Dalam RUUF
4.2 Borang Pemilihan Nama Gelaran Jawatan Diploma Farmasi (RUUF)
Sekian dimaklumkan.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya yang menurut perintah,
Hj Kamalr @ Kamalruzaman Bin Yusof
b/p Ketua Profesion Penolong Pegawai Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
No. Tel. : 03-7841 3615
Hj Kamalr @ Kamalruzaman Bin Yusof
b/p Ketua Profesion Penolong Pegawai Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
No. Tel. : 03-7841 3615
Thursday, 5 November 2015
PENEMPATAN PEMANGKUAN PPF GRED U36 & U38 NOV 2015
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PPF KKM YANG BERJAYA DALAM URUSAN PEMANGKUAN GRED U36 & U38
Seksyen Pembangunan Profession PPF, Bahagian Dasar & Pengurusan, BPF KKM mengucapkan TAHNIAH kepada PPF KKM yang Berjaya dalam urusan pemangkuan bagi Gred U36 dan U38 yang berkuatkuasa pada 16 November, 2015.
Diharapkan Denman kenaikan pangkat tuan/puan akan menjadi satu pendorong untuk meningkatkan lagi Mutu Perkhidmatan tuan/puan ditempat bertugas masing-masing.
Untuk mendapatkan maklumat penempatan, sila klik disini
Monday, 5 October 2015
SENARAI TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI PELBAGAI GRED DI HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sihat 1 Malaysia
Di akhir-akhir ini terdapat banyak rungutan di kalangan Penolong Pegawai Farmasi tentang pertindihan tugas di antara Penolong Pegawai Farmasi dengan Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi gred kekananan dengan Penolong Pegawai Farmasi gred U29 dan tidak kurang juga ada yang melepaskan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada orang yang bukan sepatutnya memikul tanggungjawab tersebut.
Justeru, Bahagian ini telah menyediakan senarai tugas yang terbaru hasil dari bengkel yang telah diadakan. Senarai tugas yang baru ini akan memperjelaskan lagi skop kerja Penolong Pegawai Farmasi dari Gred U29 sehinggalah ke Gred U40.
Namun begitu senarai tugas yang disediakan ini adalah bersifat generik. Walaubagaimanapun setiap institusi perlu menyesuaikannya mengikut kesesuaian fasiliti masing-masing tetapi perlu mematuhi peraturan umum yang telah ditetapkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi.
Sila klik pada pautan yang disediakan:-
Wednesday, 2 September 2015
PENGUKUHAN PERANAN PEGAWAI FARMASI DAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI DI FARMASI PENJAGAAN AMBULATORI
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sihat 1 Malaysia.
Sukacita dimajukan surat yang bertarikh 7 Jun 2012 yang bernombor rujukan KKM-BPF/104/012/10 Jld. 7 (92) untuk makluman dan tindakan saudara / saudari.
Sila klik pautan ini
Tuesday, 4 August 2015
PEMBERITAHUAN PERTUKARAN DAN PENEMPATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U29 BIL. 2/2015 KKM
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Sihat 1 Malaysia.
Saudara/i,
Bahagian ini mengucapkan tahniah dan
syabas kepada Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 yang dapat bertukar.
Bahagian ini juga mengucapkan semoga maju jaya serta diharapkan agar dapat mengekalkan dan
mempertingkatkan produktiviti serta kualiti tugas saudara/i apabila bertugas di
tempat yang baharu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut
berhubung keputusan pertukaran dan penempatan bagi Penolong Pegawai Farmasi
Gred U29 sila klik pada pautan di bawah.
Sunday, 5 July 2015
PENJELASAN KP PPF BERHUBUNG PENJENAMAAN GELARAN PROFESION PPF UNTUK RUU FARMASI
Salam Sihat 1M untuk semua PPF Malaysia,Pemimpin2 Kesatuan /Persatuan PPF Malaysia.
Hari ini saya dikejutkan lagi dengan gejala negatif Media Sosial (Whatsup/Messengers/Telegram) yang sepatutnya digunakan untuk penyaluran info penting bagi profesion tetapi digunakan untuk tujuan penyebaran maklumat yang belum sahih, pertelagahan dikalangan ahli group dan tuduh menuduh yang mencerminkan betapa kita TIDAK BERSATU dalam perjuangan Kesatuan/Persatuan dalam memartabatkan Profesion kita.
(PPF yang pernah menghadiri sesi jelajah ceramah saya di semua negeri di Malaysia tentunya masih ingat 'AMARAN' saya supaya berhemah dalam menggunakan media sosial jika ianya berkaitan dengan Profesion PPF)
Isu penjenamaan gelaran PPF untuk RUU Farmasi bukanlah perkara baru. Saya telah umumkan kepada PPF tertinggi Gred U40 dan sebilangan U38 pada 6 April 2015 semasa pihak BPF KKM mengadakan Bengkel Hala Tuju dan Senarai Tugas PPF KKM. Saya telah berusaha sebaik mungkin untuk merungkai kekusutan ini dengan mengusahakan pembentukan MAJLIS GABUNGAN PPF MALAYSIA pada 9 April 2015 (minggu yang sama Bengkel di adakan) dengan harapan semua pemimpin-peminpin dilantik dapat menjalankan amanah selaras dengan aspirasi semua ahli masing-masing.
Tambahan pula dengan desakan yang bertalu-talu dari Dr. Salmah Bahari (Pengarah Penguatkuasa Farmasi) yang bertanggungjawab dalam urusan pembentangan RUU di Parlimen, saya tidak ada pilihan melainkan terpaksa mengarahkan anggota saya untuk mengusahakan satu pungutan suara di kalangan PPF Msia melalui ppfkkm.blogspot.com sebab pihak saya tidak menerima sebarang kenyataan/maklumbalas rasmi dari mana-mana Kesatuan/Persatuan PPF Malaysia melainkan kenyataan-kenyataan melalui whatsup group sahaja.
Hasil pungutan suara yang telah anggota saya jalankan, sekurang-kurangnya mencapai 25% dari jumlah PPF di Malaysia dan terdapat banyak cadangan penjenamaan yang memberikan gambaran tentang "suara hati" PPF di Malaysia.
Pihak Urusetia RUU Farmasi BPF KKM memberikan mandat kepada saya sebagai Ketua Profesion untuk menguruskan perkara ini dan saya mengambil keputusan untuk menyerahkan pencapaian keputusan ini melalui suara semua PPF di Malaysia yang berjumlah 4,000 ++.
Tidak ada cara lain selain dari memberikan mandat kepada Kesatuan dan Persatuan untuk mendapatkan cadangan dari ahli masing-masing. (Sila rujuk ppfkkm.blogspot bertarikh 25 Mei, 2015)
Pada 29 Jun yang lalu pihak Lembaga Farmasi Malaysia meminta saya senarai nama pemimpin Kesatuan/Persatuan untuk dijemput dalam sesi perjumpaan dengan Urusetia RUU Farmasi di BPF KKM untuk sesi perbincangan tentang penglibatan Profesion PPF dalam RUU Farmasi termasuklah penjenamaan gelaran, penglibatan dalam Akta Farmasi, senarai tugas baru dan isu pendaftaran PPF.
Sekali lagi saya terpaksa memaklumkan pihak pemimpin Kesatuan dan Persatuan berhubung perkara tersebut di atas untuk persediaan mereka berhadapan dengan Urusetia RUU Farmasi.Saya telah berkali-kali memberitahu pihak Kesatuan/Persatuan bahawa sebarang keputusan adalah berpaksikan suara majoriti ahli masing-masing dan bukan keputusan Exco semata-mata. (Saya sendiri menghadiri Mesyuarat Exco Kesatuan Kebangsaan PPF Semenanjung Malaysia di Kota Bharu baru-baru ini dan menegaskan pihak Kesatuan/Persatuan perlu mendapatkan cadangan dari ahli kerana mereka yang memberikan mandat semasa Mesyuarat Agung Kesatuan dan Persatuan).
Pada 30 Jun (surat tersilap type 30 Julai) saya telah menghantar e-mail kepada semua ahli Majlis Gabungan Malaysia untuk TINDAKAN SEGERA dan cuma memberikan masa 3 hari untuk maklumbalas. KKM-55/BPF/305/002/17(31). Sehingga tarikh akhir 3hb Julai, pihak saya cuma menerima maklumbalas melalui whatsup dari Kesatuan KPPFSM / Surat dari YDP Persatuan PPF Malaysia dan whatsup dari Setiausaha Persatuan PPF Sabah. Pihak SMSU Sarawak pula sempat mengadakan mesyuarat khas dan menghantar kertas kerja komprehensif lengkap dengan data cadangan dari 74% ahli-ahlinya.Kertas Kerja Cadangan telah saya siapkan dan hantar kepada Dato' Pengarah Kanan, Pengarah Amalan dan Perkembangan, Pengarah Penguatkuasa Farmasi, Timbalan Pengarah Dasar & Pengurusan dan Ketua Penolong Pengarah Lembaga Farmasi Malaysia pada pagi Jumaat 3 Julai 2015.
Untuk makluman semua PPF Malaysia adalah tidak wajar untuk kita mengaitkan penjenamaan gelaran ini sebagai sesuatu yang terlalu penting berbanding dengan isu pengisian dan penambahan jawatan, kenaikan gred, penyelarasan senarau tugas dan penyelarasan PPF di Program 2,3 dan 6.
Halatuju profesion kita yang belum jelas pun menjadi satu halangan yang besar sekarang ini. Setakat ini kita hanya melihat 'perjuangan' melalui forum, media sosial dan kenyataan yang tidak pernah sampai ke pengetahuan saya selaku Ketua Profesion dalam bentuk kertas kerja.
Saya telah menganjurkan Bengkel Halatuju dengan menjemput PPF yang dikenalpasti sebagai "Thing Tanks" yang berupaya untuk mencapai sesuatu yang konkrit untuk profesion kita,tetapi saya beranggapan bahawa bengkel itu gagal tetapi berjaya pula dengan pemurnian Senarai Tugas yang lebih spesifik.
Selaku Ketua Profesion, saya sentiasa menghadapi CABARAN dari pelbagai pihak termasuk dari kalangan PPF sendiri. Tentunya tidak terkecuali dari pihak Pengurusan Tertinggi di BPF KKM dan juga Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, KKM.
Sebagai insan biasa saya juga tidak lari dari membuat kesalahan dan saya telah memaklumkan Y.Bhg. Dato' Pengarah Kanan pada hari pertama saya menjawat jawatan Ketua Profesion, jika saya tidak dapat menjalankan tugas saya dengan baik, saya rela menarik diri dan memberi laluan kepada yang lebih berkemampuan. Ini termasuk jika ada undi ketidakpercayaan Kesatuan dan Persatuan terhadap saya.
Sekian,
HJ. ABU BAKAR BIN IBRAHIM
Ketua Profesion Penolong Pegawai Farmasi
Unit Pembangunan Profesion
Bahagian Dasar dan Pengurusan
Bahagian PerkhidmatanFarmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Monday, 29 June 2015
PEMANGKUAN PPF KKM GRED U40 BIL 1/2015
Setinggi ucapan tahniah daripada Ketua Profesion dan Ahli Jawatan Kuasa Teknikal PPF BPF KKM di atas pelantikan untuk pemangkuan gred U40 kepada yang berjaya. Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berintegriti.
Sila klik pada pautan ini untuk melihat senarai PPF yang berjaya untuk memangku gred U40.
Sila klik pada pautan ini untuk melihat senarai PPF yang berjaya untuk memangku gred U40.
Wednesday, 24 June 2015
REKA BENTUK DAN WARNA PAKAIAN SERAGAM PENOLONG PEGAWAI FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Bahagian ini sering diajukan soalan berhubung permasalahan yang berkaitan dengan pakaian seragam bagi Penolong Pegawai Farmasi. Bagi memudahkan semua Penolong Pegawai Farmasi untuk mendapatkan maklumat berkenaan perkara ini, sila klik pada pautan di bawah.
Monday, 1 June 2015
Garispanduan dan Tatacara Permohonan Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan, Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) dan Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG)
Bahagian ini sering menerima panggilan daripada Penolong Pegawai Farmasi yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Farmasi. Bagi memudahkan mereka yang ingin melanjutkan pengajian, Bahagian ini mengambil pendekatan untuk mewarwarkan Garispanduan dan Tatacara Permohonan Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan, Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) dan Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) di dalam laman blog ini. Diharapkan melalui pendekatan ini akan memberi pemahaman yang jelas kepada Penolong Pegawai Farmasi yang ingin memohon melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Berikut adalah syarat kelayakan masuk ke program Ijazah Sarjana Muda (Farmasi) yang diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA):
1. Lulus
STPM atau setara dengan mendapat CGPA/NGMP 3.0 dan ke atas termasuk
sekurang- kurangnya mendapat gred B dalam mata pelajaran Kimia. Pemohon
warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan
sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam SPM atau setara dan wajib lulus
minimum band 3 dalam MUET sebelum bergraduat; atau
2. Lulus A-Level dengan mendapat 3B atau 2A 1 C
atau 1A 1B 1C dalam Biologi dan Kimia dan Fizik atau Matematik dengan mendapat sekurang-kurangnya
gred B dalam mata pelajaran Kimia; Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C
dalam SPM atau setara dan wajib lulus minimum band 3 dalam MUET sebelum
bergraduat;
(Dengan
merujuk sistem skor Universities and
Colleges Admission Service (UCAS) yang dilaksanakan di UK bagi keputusan
A-Level iaitu dengan ketetapan skor A+= 140, A= 120, B= 100 dan C= 80). atau
3. Lulus Matrikulasi / Pra Pengajian Farmasi / Perubatan dari mana-mana Pemberi
Pendidikan Tinggi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNG 3.0 dan ke atas dengan
sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Kimia*; dan program perlu
dijalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun serta lulus SPM dengan
sekurang-kurangnya 5 B dalam Biologi dan Kimia dan Fizik dan Matematik (atau
Matematik Tambahan) dan 1 mata pelajaran lain diperingkat Sijil Persekolahan
atau setara; atau
4. Foundation dalam Sains dengan mendapat
sekurang-kurangnya PNG 3.5 ke atas dengan sekurang- kurangnya gred B dalam mata
pelajaran Kimia*; dan program perlu dijalankan dalam tempoh sekurang- kurangnya
1 tahun serta lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 5 B dalam Biologi dan Kimia
dan Fizik dan Matematik (atau Matematik Tambahan) dan 1 mata pelajaran lain
diperingkat Sijil Persekolahan atau setara; atau
5. Diploma Sains (Kimia atau Biologi atau Fizik)
dengan mendapat PNGK 3.75 dan ke atas termasuk gred B dalam mata pelajaran
Kimia*; atau
6. Diploma Farmasi dengan mendapat
sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas*;
Nota:
*Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam SPM atau setara dan wajib lulus
minimum band 3 dalam MUET sebelum bergraduat; dan
- Lulus SPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam 5 mata pelajaran iaitu Biologi, Kimia, Fizik, Matematik / Matematik Tambahan dan satu mata pelajaran lain ; atau
7. Lulus ijazah sarjana muda dalam bidang Sains
dengan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.75 dan ke atas.
Para pemohon dikehendaki klik pada pautan yang disediakan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan garispanduan dan tatacara permohonan serta borang permohonan untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (Farmasi).
Tuesday, 26 May 2015
Pungutan Suara Penjenamaan Semula Gelaran Bagi Profesion Penolong Pegawai Farmasi
Salam sejahtera dan salam sihat 1 Malasyia.
Soal Selidik Penjenamaan Semula Gelaran Bagi Profesion Penolong Pegawai Farmasi
Bahagian Perkhidmatan Farmasi ingin memohon jasa baik semua Penolong Pegawai Farmasi memberikan idea-idea yang bernas berhubung penjenamaan semula gelaran bagi profesion Penolong Pegawai Farmasi. Gelaran jawatan berkenaan hendaklah sesuai untuk digunapakai bagi pemegang Diploma Farmasi yang berkhidmat di perkhidmatan awam, swasta dan juga industri yang mana gelaran tersebut akan dimasukkan ke dalam Akta Farmasi kelak.
Sehubungan dengan itu, Bahagian ini telah menyediakan satu set soal selidik bagi mendapatkan pandangan dan idea semua Penolong Pegawai Farmasi berhubung penjenamaan semula gelaran ini. Tarikh tutup bagi menjawab soal selidik ini adalah sebelum atau pada 1 JUN 2015.
Kerjasama semua Penolong Pegawai Farmasi dalam menjawab soal selidik berkenaan serta lontaran idea yang diberikan amatlah dihargai.
Sila klik pautan di bawah untuk menjawab soal selidik berkenaan.
Soal Selidik Penjenamaan Semula Gelaran Bagi Profesion Penolong Pegawai Farmasi
Saturday, 23 May 2015
Urusan Pemangkuan Bagi Jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U32 / KUP Gred U32 Ke Gred U36 Di Kementerian Kesihatan Malaysia
Sukacita ingin dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia
telah mengeluarkan iklan bagi pemangkuan jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred
U32 / KUP U32 ke Gred U36.
Berikut adalah butiran iklan berkenaan:-
Tarikh
Iklan
|
08-05-2015
|
Penerangan
|
Sila
Rujuk Lampiran
|
Tarikh
Tutup Permohonan
|
08-06-2015
(ISNIN)
|
Lampiran
|
Friday, 22 May 2015
PERMOHONAN PEMINJAMAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI (GRED U32) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KE LEMBAGA TABUNG HAJI
Sukacita ingin dimaklumkan bahawa Lembaga Tabung Haji memerlukan jawatan Penolong Pegawai Farmasi KKM Gred U32 / U32 KUP yang berkelayakan untuk bertugas di Lembaga Tabung Haji secara pinjaman. Untuk makluman, permohonan ini adalah terbuka kepada Penolong Pegawai Farmasi KKM Gred U32 atau U32 KUP, LELAKI yang berumur tidak melebihi 40 tahun. Sehubungan dengan itu, sekiranya ada yang berminat untuk menyertai Lembaga Tabung Haji sila hantar resume yang lengkap beserta gambar berukuran passport yang berwarna ke sekretariat yang disenaraikan di bawah sebelum atau pada 28 Mei 2015.
- Tn. Hj. Abu Bakar bin Ibrahim - abubakar_ibrahim@moh.gov.my
- Pn. Hjh. Juriah binti Hj. Wakidi - umie_julie@yahoo.com.my
- Tn. Hj. Kamalruzaman bin Yusof - dzarskamal@gmail.com
- En. Indra Shahril bin Abdul Hamid - indra.s@moh.gov.my
Mohon supaya pemohon membaca syarat permohonan dan senarai tugas dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk menghantar resume ke Bahagian ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan perkara ini, sila klik pada pautan yang tertera di bawah:-
SURAT PERMOHONAN PEMINJAMAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI (GRED U32) KKM KE LEMBAGA TABUNG HAJI
Thursday, 21 May 2015
Wednesday, 20 May 2015
Status Mengenai Larangan Penggunaan Surat Sokongan & Pengaruh Luar
Tahukah anda penggunaan surat sokongan & pengaruh luar adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan 4(2) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993?
Penubuhan Majlis Gabungan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sihat 1 Malaysia
Sukacita ingin dimaklumkan, satu mesyuarat berkenaan penubuhan Majlis Gabungan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia telah diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 09 April 2015
Masa : 1.00 tghari - 2.00 petang
Tempat : Bilik Bincang Firuz, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, BPF KKM
Untuk maklumat lanjut sila lihat Minit Mesyuarat yang dilampirkan
Friday, 24 April 2015
Kursus Pemantapan Perkhidmatan Pembekalan Ubat Farmasi Pesakit Dalam
Unit Farmasi Pesakit Dalam menyediakan perkhidmatan untuk pesakit-pesakit yang dimasukkan ke dalam wad. Sistem pembekalan yang digunakan adalah secara "unit of use" atau "Unit Dose".Perkhidmatan farmasi ini juga merangkumi perkhidmatan membekalkan ubat-ubat "floor stock" kepada unit-unit dalaman iaitu wad-wad.
Bagi memperkasakan perkhidmatan pembekalan ubat ke wad-wad secara "Unit Dose", Bahagian Perkhidmatan Farmasi akan menganjurkan Kursus Pemantapan Perkhidmatan Pembekalan Ubat Farmasi Pesakit Dalam.
Kepada peserta yang dicalonkan boleh melihat nama mereka di dalam surat jemputan menghadiri kursus yang telah diedarkan.
Thursday, 23 April 2015
Bengkel Penyeragaman dan Pemurnian Buku Log Bagi Pelatih Penolong Pegawai Farmasi
Bahagian ini sering mendapat aduan berkenaan kesukaran Local Preceptor (LP) untuk membuat penilaian dan mengisi buku log Pelatih PPF kerana pelbagai versi yang telah disediakan oleh setiap kolej yang menawarkan Diploma Farmasi. Atas dasar itu, Bahagian Perkhidmatan Farmasi bersama-sama Bahagian Pengurusan Latihan akan mengadakan satu bengkel bagi penyeragaman dan pemurnian buku log Pelatih Penolong Pegawai Farmasi samada dari kolej IPTA mahupun IPTS.
Bengkel ini turut melibatkan beberapa LP dari hospital-hospital yang terpilih. Bengkel ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 30 April 2015 (KHAMIS)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Petaling Jaya.
Untuk makluman surat panggilan menghadiri bengkel ini telahpun dikeluarkan.
Wednesday, 22 April 2015
Pelaksanaan Temuduga Pemangkuan Penolong Pegawai Farmasi Gred U36 ke U38 dan Gred U38 ke U40
Bahagian Perkhidmatan Farmasi mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada calon-calon yang akan menghadiri sesi temuduga pemangkuan Penolong Pegawai Farmasi dari Gred U36 ke U38 dan Gred U38 ke Gred U40. Untuk membuat semakan berhubung sesi temuduga sila klik link di bawah:-
Tuesday, 14 April 2015
Bengkel CPE Online Penolong Pegawai Farmasi
Sukacita dimaklumkan Bahagian Perkhidmatan Farmasi akan mengadakan satu bengkel bagi mewujudkan laman sesawang CME Online bagi memudahkan Penolong Pegawai Farmasi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan Perkhidmatan Farmasi secara atas talian di samping dapat mengumpul mata CPD.
Bengkel ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 28 hingga 29 April 2015.
Tempat : Makmal Komputer, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Petaling Jaya
Objektif Utama Bengkel:
- Mewujudkan laman sesawang untuk "CPE Online" bagi memudahkan Penolong Pegawai Farmasi mendapatkan maklumat semasa yang berkaitan dengan Perkhidmatan Farmasi secara atas talian.
Objektif Khusus:
- Memudahkan Penolong Pegawai Farmasi untuk mencapai mata CPD maksimum 20 point bagi kategori "CME Online".
- Masalah ketidakcukupan dalam pengumpulan mata CPD pada akhir tahun semasa oleh Penolong Pagawai Farmasi dapat diatasi.
Sebarang pertanyaan atau maklumbalas berhubung dengan bengkel yang akan diadakan sila hubungi pihak penganjur iaitu Pn. Juriah binti Wakidi di talian 03-7841 3233 atau En. Indra Shahril bin Abdul Hamid di talian 03-7841 3615
Sebarang idea dan pandangan tuan/puan amat dialu-alukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)