Search This Blog

Wednesday, 21 December 2016

MAKLUMAT KONTRAK FABRIK PAKAIAN SERAGAM - PEMBEKALAN TAHUN 2017-2019.

Merujuk kepada surat daripada Bahagian Khidmat Pengurusan KKM, memaklumkan bahawa Bahagian Perolehan Dan Penswastaan Kementerian Kesihatan Malaysia telah memuktamadkan kontrak Tawaran Membekal Fabrik Pakaian Seragam KKM bagi tempoh 2017 - 2019.

Gelungsurilah pautan di bawah untuk maklumat lebih jelas dan padat.
Salam Muhibbah.

URUSAN PEMANGKUAN BAGI JAWATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U38 KE GRED U40.

Assalamualaikum Dan Salam Sihat 1Malaysia,

Merujuk kepada surat daripada Bahagian Sumber Manusia KKM (rujukan : KKM.500-2/56/40(2) bertarikh 6 Disember 2016, urusan pemangkuan tersebut kini dibuka untuk permohonan bagi semua PPF yang berkelayakan. 

Sila gelungsuri pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
Selamat Mencuba. Semoga Berjaya.

Thursday, 15 December 2016

PELAKSANAAN ELAUN KHAS MENGIKUT LOKASI DAN TAHAP KESUSAHAN (EKMLTK)SERTA ELAUN BALIK KAMPUNG (EBK)

Assalamualaikum Dan Salam Sihat 1Malaysia,

Foto hiasan.
Berikut adalah Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil.03 Tahun 2016 yang jelas memaklumkan pelaksanaan Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan serta Elaun Balik Kampung.
Dalam surat pekeliling ini menyatakan bahawa anggota-anggota KKM yang berkhidmat di ; Pedalaman 1 (P1) akan dibayar RM500.00 sebulan
Pedalaman 2 (P2) akan dibayar RM1,000.00 sebulan
Pedalaman 3 (P3) akan dibayar RM1500.00 sebulan.
Semoga insentif ini akan memberi nilai tambah dalam membangunkan modal insan individu dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka meski pun bertugas  jauh di pedalaman sana.

Sekian dimaklumkan.
Salam Kecemerlangan.

Wednesday, 14 December 2016

CABARAN MENARIK BERTUGAS DI BALIK TEMBOK BATU DAN JERIJI BESI

Tentu ada kalangan PPF sendiri yang kurang menyedari bahawa profesion kita telah mula melebarkan sayapnya hingga ke Jabatan Penjara Malaysia. Ianya bermula pada Januari 2015 apabila 4 orang Pegawai Kader PPF perintis yang berani menongkah arus melangkah ke tembok batu penjara demi kebajikan para penghuni yang sedang menjalani hukuman di situ. Mereka adalah Puan Balkis Binti Omar, PPF Gred U36 (Ibupejabat JPjM Kajang - kini telah bersara), En Mohd Nasir Shahul Hamid, PPF U36 (Penjara Bentong, Pahang), En. Mahadzir Saad, PPF U36 (Penjara Pokok Sena, Kedah) dan Puan Zaila Mohammad Zahibi, PPF U36 (Penjara Sg. Buloh, Selangor). Kini beberapa orang daripada mereka telah pun beralih angin kerana kenaikan pangkat, dsbnya.

Di Borneo pula yang tersohor dengan penduduk berdarah pejuangnya - turut dibuktikan dengan kesediaan Puan Normala Bolhassan (PPF U29) menganggotai JPjM di Penjara Sandakan, Sabah pada  April 2015.


Rentetan daripada kehebatan wira dan wirawati PPF di atas yang berani mengubah tanggapan negatif bertugas dalam penjara sebelum ini, maka pada Mac 2016, semakin ramai PPF yang berminat berkhidmat kepada penghuni penjara di Jabatan Penjara Malaysia di seluruh negara. 
Kumpulan kedua seramai tujuhbelas orang PPF Gred U29 pula telah menerima dihantar berkhidmat di negeri-negeri Selangor, N. Sembilan, Perak, Perlis, Kelantan, Terengganu, P. Pinang, Sabah, Sarawak dan Labuan. Tahniah diucapkan kepada mereka semua ! Sesungguhnya kesanggupan serta ketabahan mereka memecah 'stigma kelam' yang biasa digambarkan oleh masyarakat tentang imej bertugas di balik tembok batu dan jeriji besi seharusnya dipandang tinggi oleh warga PPF sekalian. Syabas kalian semua !!

Tahukah anda bahawa masih ada lagi kekosongan jawatan PPF di JPjM ? 

Berikut adalah status terkini perjawatan di institusi tersebut sehingga November 2016 ;


Status perjawatan PPF di JPjM sehingga November 2016
(Sumber : Pn Goh Lian Choo - Penyelia PPF, IPJPjM)

**
Sila klik DI SINI untuk imej lebih jelas.
Sekian.
Salam Kecemerlangan !!........

Monday, 5 December 2016

KERTAS CADANGAN PERTAMA PENUKARAN PAKAIAN SERAGAM PPF KKM.

Siaran 17102016-Artikel "Uniform Oh Uniform !!" di pautan : http://ppfkkm.blogspot.my/2016/10/uniform-oh-uniform.html
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Rakan-rakan PPF semua,

Rentetan daripada penyiaran artikel berjudul "Uniform! Oh Uniform!!", bertarikh 17 Oktober 2016 yang lalu, kami telah menerima beberapa kertas cadangan yang agak menarik untuk dipaparkan dalam blog ini sebagai pencetus minda semua rakan PPF di luar sana yang rata-ratanya sangat kreatif, inovatif serta punya daya imaginasi luar jangkauan normal ! Wow !! Hebatnya kalian. 
Buat permulaan, kami paparkan dahulu sebuah kertas cadangan daripada rakan PPF kita yang kami fikir sangat baik dijadikan contoh untuk kalian mengorak langkah sama ke arah mempelbagaikan cadangan rekabentuk/warna baharu unifom PPF KKM.

Kepada rakan-rakan di luar sana, aktifkanlah pancainderamu ! Peluang dibentang luas di hadapan. Terokai dunia lain penuh berbeza seketika dan serlahkan bakatmu. Cabarlah diri sendiri demi penghasilan produk berkualiti dan WOWWWW !!  
"Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..........". 

Gelungsuri pautan berikut untuk info berkaitan ;
Selamat berkreatif. 
Salam Kecemerlangan.

Monday, 28 November 2016

TERBAHARU !! : TATA ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL ANGGOTA KKM.

Salam Sejahtera,
Berkaitan juga dengan siaran dalam blog ini pada 6 November yang lalu menerusi judul " Penjawat Awam Vs Media Sosial : Mendedahkan Maklumat Terperingkat Kerajaan - Surat Peringatan KSU Kepada Semua Anggota KKM ", berikut ini dilampirkan info terperinci tentang isu tersebut.


Sekian untuk perhatian dan tindakan kita semua.
Salam Kecemerlangan.....!

Friday, 11 November 2016

JEMPUTAN SEBAGAI PETUGAS BARU DALAM TH MEDICAL TEAM KE TANAH SUCI 1438 HIJRAH/2017 MASIHI.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera Dan Salam Sihat 1Malaysia,

Untuk makluman rakan-rakan PPF (muslim sahaja), tawaran tersebut telah pun dibuka bagi penghantaran borang permohonan. Sila bertindak segera bagi mengelakkan kalian terlepas peluang keemasan pada musim haji akan datang ini.
Untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat permohonan menganggotai Rombongan Petugas Haji (Perubatan) Musim Haji 1438h/2017M ini , sila klik pautan berikut ;                                             http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/1666 atau terus sahaja ke Portal Rami Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selamat Mencuba dan Salam Kecemerlangan........ 

Thursday, 10 November 2016

BENGKEL PENYELARAS PPF NEGERI (23-24 NOV 2016) DI ILKAP, BANGI.



Sila skip ke pautan berikut untuk maklumat selanjutnya ; 
http://ppfkkm.blogspot.my/2016/10/menjelang-bengkel-penyelaras-penolong.html

Bagi kemudahan mendapatkan surat jemputan ke program ini sila klik di sini.

Jumpa di sanaaa..!...di sanaaa....!!!
Salam Kecemerlangan.

Monday, 7 November 2016

PENJAWAT AWAM Vs MEDIA SOSIAL !! : MENDEDAHKAN MAKLUMAT TERPERINGKAT KERAJAAN - SURAT PERINGATAN KSU KEPADA SEMUA ANGGOTA KKM.

Salam Sejahtera Dan Salam Sihat 1Malaysia,

Berikut dilampirkan surat ingatan tegas daripada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato Seri Chen Chaw Min bertarikh 1 November 2016 [Rujukan : Bil.(4)dlm.KKS)-280(20/836)Jld.6] kepada semua anggota KKM berkaitan surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - [Rujukan JPA.BK(S)328/2Jld(9)] mengenai situasi semasa kecenderungan/keterlibatan segelintir penjawat awam yang membocorkan dokumen atau maklumat terperingkat Kerajaan Malaysia kepada pihak luar/pihak yang tidak berkepentingan khususnya melalui aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi serta media sosial seperti Youtube, Faecebook, Twitter, WhatsApp, Telegram dan sebagainya.

Perlu ditegaskan bahawa semua Perkara Terperingkat terutama Rahsia Besar, Rahsia Sulit Dan Terhad TIDAK BOLEH disampaikan dengan salah kecuali untuk menjalankan tugas rasmi.

Mana-mana anggota yang terbabit boleh didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 atau dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993] setelah dibuktikan kesalahannya terlibat dengan perbuatan kecuaian, kelalaian dan perlanggaran keselamatan yang membahayakan Perkara-perkara Terperingkat tersebut kerana disifatkan telah melanggar peraturan 4, (P.U.(A)385/1993) - jika sabit kesalahan, penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga hukuman buang kerja.

Sila rujuk lampiran di bawah untuk paparan surat asal.


Tuesday, 1 November 2016

PEMANGKUAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U32 KE GRED U36 & GRED U29 KE GRED U32 (BERKUATKUASA 07 NOVEMBER 2016)

Salam keriangan kepada semua PPFKKM seluruh negara,
Sukacita dimaklumkan bahawa seramai 19 orang PPF Gred U32/Gred U32(KUP) dan seramai 38 orang lagi PPF Gred U29 masing-masing  telah berjaya dinaikkan pangkat ke Gred U36 dan Gred U32 untuk ditempatkan di fasiliti kesihatan dan hospital seluruh negara sebagaimana surat edaran makluman penempatan pemangkuan jawatan dari Bahagian Sumber Manusia KKM bertarikh 26 Oktober 2016 [rujukan : (14 & 32)dlm.KKM-2/36/44].
Tahniah daripada Cawangan Pembangunan Profesion PPF KKM kepada semua PPF yang berjaya..!! Semoga berita ini menggembirakan kalian dan akan menerima tawaran tersebut demi kebaikan dan masa hadapan sendiri, keluarga dan profesion keseluruhannya. 
Untuk info selanjutnya, sila gelungsuri pada pautan berikut ;
Sekian dimaklumkan. 
Salam Kecemerlangan.

Edisi TERKINI : PLAN STRATEGIK DAN PLAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (2016 - 2020)

PLAN STRATEGIK KKM 2016 - 2020.

Tahukah anda Pelan Strategik KKM 2016 - 2020 digunapakai oleh KKM untuk menetapkan halatuju sektor kesihatan bagi Aktiviti dan Program ke arah mencapai Wawasan 2020. Ia merupakan rujukan bagi semua organisasi di bawah KKM untuk memastikan aktiviti dan sumber yang diberi disalurkan bagi mencapai matlamat utama KKM.


Inisiatif yang terkandung di dalam pelan ini mampu memberi impak yang tinggi terhadap pengukuhan penyampaian perkhidmatan kesihatan dan peningkatan tahap kesihatan rakyat. Ianya merupakan langkah-langkah ke arah transformasi sistem kesihatan lebih menyeluruh yang sedang dibangunkan oleh KKM supaya sistem ini lebih saksama (equitable), berkualiti tinggi, mampu untuk diperolehi, mudah untuk diakses dan mempunyai daya ketahanan untuk jangkamasa yang panjang. Pelan Strategik KKM 2016-2020 ini memberi penekanan terhadap perkhidmatan promotif dan preventif kesihatan, peningkatan efisiensi penyampaian sistem kesihatan serta penglibatan rakyat dalam penjagaan kesihatan. Tidak dilupakan juga pembangunan terhadap nilai-nilai murni, etos dan integriti akan disemai ke dalam jiwa setiap anggota KKM.

Lihat info lanjut menerusi pautan berikut ;


PLAN TINDAKAN KKM 2016 - 2020.

Berikut adalah 4 Teras Strategik yang ditetapkan dalam Plan Tindakan terbaharu.

Teras Strategik 1 : 
Mengukuhkan Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan Bagi Setiap Tahap Penyakit Khususnya Penjagaan Kesihatan Primer. (Strategic Thrust 1: Strengthen Delivery Of Healthcare Services For Each Level Of Disease Spectrum, Emphasising On Primary Health Care)

Teras Strategik 2: 
Mengukuhkan Tadbir Urus Sistem Kesihatan Dan Keupayaan Organisasi. (Strategic Thrust 2: Strengthening Health System Governance And Organisational Capacity)

Teras Strategik 3 : 
Memperkasakan Individu, Keluarga Dan Masyarakat Mengenai Kesihatan. (Strategic Thrust 3: Empowering Individual, Family And Community In Health Matters)

Teras Strategik 4: 
Mempergiat Kerjasama Antara Sektor Awam, Swasta Dan NGO. (Strategic Thrust 4: Intensifying Collaboration With Public Sector, Private Sector And NGOs)

Gelungsuri pautan di bawah untuk info selanjutnya ;

Friday, 28 October 2016

SENARAI PROJEK R & D PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2016

Berikut adalah senarai projek RnD yang sedang diusahakan oleh anggota-anggota PPF terlibat mulai 2015. Ini adalah projek pertama yang melibatkan PPF dalam RnD. Terima kasih kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM dan Bahagian Pengurusan Latihan KKM kerana memberi peluang ke arah pembangunan dan kecemerlangan profesion PPF Malaysia.
Kepada semua individu dan team RnD PPF, terus semarakkan usaha sehingga mencapai jaya.
Mari Kita bersama membuktikan bahang kehebatan    " PPF Boleh !! "
Salam Kecemerlangan.


Monday, 24 October 2016

HEBAHAN HARI KELUARGA PERSATUAN PPF MALAYSIA (PPPFMY) 2016



Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia akan menganjurkan Hari Keluarga 2016 pada 10 - 11 Disember, 2016 di Melaka.
Tuan/ Puan adalah dialu-alukan untuk menyertai program ini.
Bersama-sama ini dilampirkan  aturcara dan borang pendaftaran program tersebut.
Sila klik pada pautan di bawah ;

Monday, 17 October 2016

UNIFORM ! OH UNIFORM !!.....

Salam Sejahtera,
Beberapa waktu dahulu sekumpulan sepuluh orang PPF KKM dilihat asyik berdiskusi di lobi sebuah hotel yang agak mewah, seusai berakhirnya sebuah program profesion PPF di sebuah negeri di Malaysia. Amboi !.... seronoknya mereka bercerita, sampaikan mak mentua lalu pun tak nampak.....

Mencuri-curi dengar juga perbincangan abang-adik-kakak PPF yang semakin hangat......! Patut pun...! mereka serius nampaknya berbicara perihal 'uniform' kita yang sudah puluhan tahun menjadi isu dan keluh-kesah warga marhaen PPF seMalaysia, khususnya PPF KKM ! 
Betulkah begitu ?!..............

Isu uniform kita sering diperkatakan oleh hampir kebanyakan daripada kita....
Ada yang tidak puas hati dengan konsep 'bush-jacket' nya... Ada yang tidak selesa dengan jenis kainnya.... Ada juga yang samar-samar dengan warna bertuah - 'executive-grey' nya.... Dan bermacam-macam lagi rintihan dan komen... Yang membina dan yang sekadar usik-usik manja semata-mata. 
Hakikatnya, kita tidak begitu serius mahu memberi yang terbaik demi profesion kita. Ada yang banyak idea namun tidak mampu mengaplikasikannya melalui platform yang betul dan paling sesuai. Akhirnya segala hujah dan lontaran idea hanya tinggal kenangan...... Ada juga yang hanya berhangat-hangat tahi ayam...Bahang semangatnya seketika cuma. Segalanya lenyap di pertengahan jalan sahaja.

Jika diperhatikan, dalam setiap sesi dialog dan road tour nya, KPPPF KKM sering memperlihatkan perhatiannya yang berat terhadap ragam dan sikap segelintir orang kita yang lebih gemar bersuara tetapi tidak suka berusaha menggerakkan jari-jemari serta urat-sendi bagi menghasilkan sebuah kertas kerja berkualiti demi meraih sesuatu objektif profesion.  Justeru itu, apabila perkara ini dipandang serius oleh beliau, bermakna semua anggota PPF KKM harus mengambil peluang dan bertindak dengan sewajarnya. Seandainya kita benar-benar memikirkan bahawa sudah tiba masanya uniform sekarang dijenamakan semula atau diberi sentuhan semasa seiring dengan perubahan arus perdana, maka bertindaklah mengikut prosedur dan kaedah yang betul supaya hasrat dan cita-cita murni menjadi realiti.

Sesiapa pun dalam profesion ini boleh melontarkan idea dan menyediakan kertas kerja ke arah matlamat itu. Mungkin juga paduan pelbagai idea dalam sebuah Jawatankuasa Teknikal Negeri akan mampu melahirkan hasil yang lebih kreatif dan berkualiti.  
Apa yang penting, kertas kerja-kertas kerja yang dikeluarkan hendaklah disalurkan kepada organisasi yang tepat. Nampaknya, Exco-exco KKPPFKSM sudah boleh bersiap-siaga menerima kertas kerja-kertas kerja pertukaran uniform  daripada anggota PPF untuk disaring, dibincang, dipresent dan diputuskan pemilihannya di peringkat nasional !....

Bila lagi ! INI KALILAH !! 

Berikut dilampirkan contoh kertas kerja pertukaran pakaian seragam yang boleh dijadikan panduan oleh PPFKKM.


Salam Kecemerlangan........ 




Friday, 14 October 2016

MENJELANG BENGKEL PENYELARAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI NEGERI (PROGRAM PERUBATAN & KESIHATAN AWAM) ILKAP, BANGI (23-24 Nov 2016).

Salam Sejahtera PPF KKM.

Dimaklumkan bahawa menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Profesion PPF KKM yang berlangsung pada 13 Oktober 2016 yang lalu, kesemua ahli jawatankuasa telah sepakat memutuskan untuk mengadakan Bengkel Penyelaras PPF Negeri Program Perubatan Dan Kesihatan Awam pada 23-24 November 2016 nanti. Lokasi program telah ditetapkan di Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Bengkel itu diadakan sebagai platfom perbincangan, pengemaskinian fungsi dan tugas-tugas Penyelaras PPF Negeri. Dalam bengkel itu juga nanti, semua Penyelaras PPF Negeri akan membentangkan laporan aktiviti-aktiviti perkhidmatan farmasi peringkat negeri. Harus diingatkan kembali bahawa sebagai tanda pengiktirafan daripada JKN kepada semua PPF yang terlibat yang telah menunjukkan komitmen serta kebolehan yang terbaik, pelantikan kesemua Penyelaras PPF Negeri itu telah dilaksanakan sendiri oleh Pengarah Kesihatan Negeri masing-masing.

Sila lihat senarai di lampiran berikut ;
Sehubungan dengan itu, sebagai persiapan awal, kesemua Penyelaras Negeri haruslah bersiap-siaga untuk membawa laporan aktiviti pembangunan profesion bagi dibentangkan dalam mesyuarat itu nanti berdasarkan TOR yang dinyatakan dalam surat pelantikan.

Senarai TOR Penyelaras PPF Negeri ;
Berikut adalah lampiran format Laporan Pembentangan Aktiviti Perkhidmatan Farmasi Program Perubatan & Program Kesihatan Awam KKM yang boleh dijadikan panduan kepada semua Penyelaras PPF Negeri dalam Bengkel itu nanti.


Sila click pautan di bawah mendapatkan Surat Jemputan Rasmi menghadiri bengkeltersebut ;

Sekian dimaklumkan.
Salam Kecemerlangan Daripada Cawangan Pembangunan Profesion PPF KKM.

Thursday, 13 October 2016

INFO PORTAL RASMI KKM : PENCALONAN BAGI MENGIKUTI KURSUS ECONOMIC PARTNERSHIP PROGRAM (EPP) - HEALTH EFFECT OF HEAVY METAL EXPOSURE FOR HEALTH PROFESSIONALS

Untuk makluman, JPA telah menawarkan Kursus Economic Partnership Program (EPP) - Health Effect Of Heavy Metal Exposure For Health Professionals di Jepun dari 30 Januari 2017 hingga 27 Februari 2017 (29 hari). Semua kakitangan dari kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Kumpulan Pelaksana (Gred 27 ke atas) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon bagi mengikuti kursus tersebut berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti dalam surat JPA.
Suhubungan dengan itu, setiap permohonan perlulah mengisi borang-borang seperti di bawah. 
i)    Borang JPA(L)DP 1B/96 [Pin.1/2010] (Diisi oleh pemohon) - 1 salinan; dan
ii)    JICA Application Form (Diisi oleh pemohon) - 2 salinan
Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2, Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk perakuan Jawatankuasa Latihan sebelum atau pada 21 Oktober 2016 (Jumaat) ke alamat berikut:
                    Setiausaha Bahagian
                    Bahagian Pengurusan Latihan
                    Kementerian Kesihatan Malaysia
                    Aras 6, No.26 Persiaran Perdana, 
                    Presint 3, 
                    62675 Putrajaya.
                    (u/p : Unit Latihan 
                              Dalam Perkhidmatan 2)

Semua urusan permohonan berkaitan hendaklah melalui TPKN(F) masing-masing sahaja. Jika terdapat sebarang pertanyaan, Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai di bawah :
i)         Puan Noorfizawati binti Saidin
No. Tel          : 03-88850692
ii)        Encik Abdul Hafiz bin Abdullah
No. Tel          : 03-88850600 samb. 6165

Thursday, 8 September 2016

BENGKEL HALA TUJU PENOLONG PEGAWAI FARMASI KKM 2016 - LANGKAWI

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Sihat 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.

Alhamdulillah, pada 26 - 29 September 2016 nanti, Cawangan Pembangunan Profesion PPF Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik Farmasi KKM akan mengadakan Bengkel Hala Tuju Profesion Penolong Pegawai Farmasi yang bakal berlangsung di Hotel Langkasuka, Langkawi. 
Objektif penganjuran bengkel ini antaranya adalah untuk merangka dasar dan perancangan profesion PPF KKM yang meliputi perkhidmatan farmasi  Program Perubatan dan Program Kesihatan Awam bagi tujuan perkembangan kerjaya, perjawatan, kebajikan dan hal-hal berkaitan sebelum ianya diluluskan dan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tindakan selanjutnya.
Bengkel ini nanti akan disertai oleh seramai 45 orang anggota farmasi termasuk 6 orang Panel/Fasilitator yang dipilih. 
Pada kali ini, bengkel akan menggabungkan tenaga dan buah fikir 40 orang Penolong Pegawai Farmasi angkatan baru dan senior dengan bantuan dan seliaan para fasilitator berpengalaman dalam bidang masing-masing. Kita berharap supaya kombinasi sihat ini bakal membuahkan percambahan minda yang produktif dan berkualiti yang mampu memantapkan kemajuan profesion di persada dunia. Tahniah kepada anggota yang terpilih. Ingat ! Komitmen dan kesungguhan kalian sepanjang program berlangsung, sangat-sangat diharapkan oleh lebih 4000 rakan PPF kita di luar sana demi pencapaian objektif program kali ini.
Kepada kalian semua, Selamat Menjana Idea Terbaik Demi Pemerkasaan Peranan PPF di Mata Dunia !! Syabas dan Selamat Maju Jaya !.... 

Berikut dilampirkan surat jemputan para peserta.

Dokumen :

Friday, 12 August 2016

PELANTIKAN PENYELARAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI NEGERI (PROGRAM PERUBATAN DAN KESIHATAN AWAM) 2016-2018.

Salam Sejahtera, Salam Sihat 1Malaysia Dan Salam Sehati Sejiwa.....

Apa khabar rakan-rakan PPF KKM yang sedang berkhidmat di kota, di desa atau di mana sahaja di seluruh Negara ? Mudah-mudahan kita semua sentiasa sejahtera dan terus semarak jiwa-raga, bersungguh-sungguh melaksanakan semua tugasan yang diamanahkan demi perkhidmatan terbaik untuk kepentingan masyarakat dan Negara tercinta.

Di kesempatan ini sukacita di maklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan Farmasi dengan kelulusan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM telah mengemukakan barisan nama-nama Penyelaras Penolong Pegawai Farmasi Negeri bagi Program Perubatan dan Program Kesihatan Awam.
Pelantikan bagi tempoh masa dua (2) tahun (2016-2018) ini adalah usahasama di antara Bahagian ini dengan Jabatan Kesihatan Awam KKM. Kalungan penghargaan kepada semua anggota terlibat yang telah bertungkus lumus dalam merealisasikan usaha murni ini. Syabas !
Nampaknya profesion kita maju setapak lagi ke hadapan dengan bukti perhatian yang kedua-dua pihak (BPF-KKM dan JKA-KKM) berikan terhadap perkembangan profesion ini.

Tahniah kepada rakan-rakan PPF di Program Perubatan dan Program Kesihatan Awam di atas pelantikan rasmi ini. Cawangan Pembangunan Perkembangan Profesion Penolong Pegawai Farmasi, BPF KKM sangat-sangat mengalu-alukan pelantikan tersebut dan berharap supaya peluang yang diamanahkan itu disambut dengan penuh semangat dan sukacita. Semoga peranan berat di peringkat negeri ini dapat digalas dengan penuh komitmen dan tanggungjawab. Bakti dan sumbangan anda sangat penting demi pembangunan dan kemajuan perkhidmatan PPF.

Sayugia diingatkan bahawa semua pelantikan telah dilaksanakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri di negeri masing-masing sebagaimana dinyatakan menerusi surat KKM-55/305/002/17(43) bertarikh 30 Jun 2016 yang lalu. 

Sila klik link berikut untuk maklumat lanjut.


Wednesday, 10 August 2016

PEMBERITAHUAN PENEMPATAN PEMANGKUAN JAWATAN PEN. PEGAWAI FARMASI GRED U32 / GRED U36 SERTA PENEMPATAN/PERTUKARAN PPF GRED U29 (BERKUATKUASA 05 SEPTEMBER 2016)


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa dan Salam Sihat 1 Malaysia

Tuan/Puan yang dihormati sekalian.
Cawangan Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Farmasi, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan/puan yang telah berjaya di dalam urusan pemangkuan Gred U29 ke Gred U32 dan Gred U32 ke Gred U36 serta penempatan/pertukaran PPF Gred U29 yang berkuatkuasa pada 05 September, 2016.
Semoga dengan kenaikan pangkat serta pertukaran ke fasiliti pilihan ini akan memberi lebih semangat serta motivasi kepada tuan/puan supaya menjadi lebih profesionalisme, berintegriti dan berinovasi.
Berikut disertakan surat pemberitahuan penempatan pemangkuan dan pertukaran  Penolong Pegawai Farmasi Gred U29, Gred U32 dan U36.
Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan surat pemberitahuan tersebut.

*  Penempatan Pemangkuan Jawatan PPF U32          Bil.(24)dlm.KKM.500-2/36/43 - kuatkuasa 05 September 2016
*  Penempatan Pemangkuan Jawatan PPF U36           Bil. (11)dlm.KKM.500-2/36/44 - kuatkuasa 05 September 2016 
*  Penempatan Pertukaran PPF Gred U29                      Bil. (50)dlm.KKM.500-2/14/14 - kuatkuasa 05 September 2016







Monday, 8 August 2016

LATIHAN SANGKUTAN PENJAGAAN FARMASEUTIKAL & AMBULATORI PPF JABATAN PENJARA MALAYSIA (JPjM) DI FARMASI HOSPITAL-HOSPITAL KKM.

Salam Sejahtera Dan Salam Sehati Sejiwa Buat Semua PPF KKM......
Syukur Alhamdulillah, mulai hari ini, 8 Ogos 2016, bermulalah Latihan Sangkutan mengikut jadual bagi sahabat-sahabat PPF kita yang berkhidmat di Institusi-Institusi Penjara, Jabatan Penjara Malaysia (JPjM) di Farmasi Hospital-hospital KKM.

Pada sesi kali ini seramai duapuluh orang Pegawai Kader PPF dari seluruh negara terlibat dalam latihan selama lima hari itu. Institusi-institusi Penjara yang terlibat adalah ;
Penjara Lelaki & Wanita Kajang, Selangor; Penjara Seremban, N. Sembilan;  Penjara Taiping, Perak; Penjara Machang,                                         
Kelantan; Penjara Marang, Terengganu;  Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak; Penjara Seberang Perai, P. Pinang; Penjara P. Pinang; Pusat Koreksional Perlis; Penjara Tawau, Sabah; Penjara Kota Kinabalu, Sabah; Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sabah; Penjara Sandakan, Sabah; Sekolah Henry Gurney, Keningau, Sabah; Penjara Puncak Borneo, Kuching, Sarawak; Penjara Miri, Sarawak; Penjara Labuan, WP Labuan. 
Latihan ini adalah latihan ulangkaji sebagai langkah menyegar-semarakkan kembali kemahiran dan pengetahuan anggota-anggota yang terlibat supaya dapat dimanfaatkan semula dalam perkhidmatan di sana. Satu modul khusus telah pun disediakan oleh Cawangan Penjagaan Farmaseutikal ( Amalan  & Perkembangan Farmasi ) KKM di bawah seliaan En Mohammad Nazri Md Dazali, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Seksyen Teknikal Farmasi). 
Harus kita mengucapkan penghargaan kepada Dr. Ramli Zainal, Pengarah Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi KKM serta Puan Abida Haq Syed M. Haq, Pengarah Amalan Dan Perkembangan Farmasi KKM yang sentiasa berusaha membantu mempertingkatkan mutu perkhidmatan PPF di JPjM meskipun mereka di bawah payung KDN. Pengkhususan penghargaan kepada En Mohammad Nazri Dazali yang sangat positif melihat profesion kita mempunyai lebih banyak peluang untuk diperkembangkan mengikut peredaran masa. Beliau mengharapkan inisiatif berganda daripada kalangan PPF sendiri jualah yang mampu membina dan meletakkan kedudukan profesion kita di persada KEMAJUAN & KEJAYAAN !. 






Thursday, 2 June 2016

Pemberitahuan Penempatan Pemangkuan Jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U36 Ke Gred U38 Dan Pertukaran Penolong Pegawai Farmasi Gred U38 Kementerian Kesihatan Malaysia Bilangan 1/2016

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa dan Salam Sihat 1 Malaysia

Tuan/Puan yang dihormati sekalian.

Cawangan Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Farmasi, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan/puan yang telah berjaya di dalam urusan pemangkuan Gred U36 ke Gred U38 dan urusan pertukaran Penolong Pegawai Farmasi Gred U38 yang berkuatkuasa pada 6 Jun 2016.

Diharapkan dengan kenaikan pangkat dan penempatan di tempat tugas yang baharu ini akan memberi satu suntikan semangat serta motivasi kepada tuan/puan supaya menjadi lebih profesionalisme, berintegriti dan berinovasi.

Bersama-sama ini disertakan surat pemberitahuan penempatan pemangkuan dan pertukaran Penolong Pegawai Farmasi Gred U38 Bil. 1/2016. Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan surat pemberitahuan tersebut.


Friday, 27 May 2016

Senarai Aktiviti Kajian Bagi Profesion Penolong Pegawai Farmasi Tahun 2016 (Lantikan Fasilatator)

 Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Tuan/puan,

Untuk makluman tuan/puan, susulan dari bengkel penyelidikan di kalangan Penolong Pegawai Farmasi yang telah diadakan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland pada 11-13 Mei 2016 yang lalu, bersama-sama ini disertakan tajuk-tajuk kajian yang sedang/ akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai yang terlibat.

Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan/puan untuk melantik dan memberikan nama fasilatator (dari kalangan pegawai farmasi yang mempunyai latarbelakang penyelidikan) yang akan memantau pelaksanaan kajian mereka ini di peringkat negeri agar PPF yang terlibat dalam pelaksanaan kajian ini dapat melaksanakan mereka dengan baik. Adalah diharapkan agar penyelidik-penyelidik PPF ini juga dapat dibantu dan diberi kerjasama dari segi kaedah penyelidikan yang betul agar hasil kajian kajian yang dilaksanakan dapat memberi impak kepada perkhidmatan farmasi.

Pihak saya akan memaklumkan penyelidik-penyelidik utama kajian ini agar sentiasa merujuk fasilatator yang dilantik dan penyelaras R&D negeri untuk sebarang tunjuk ajar dan pandangan semasa mereka melaksanakan kajian ini. Kajian-kajian ini juga akan sentiasa dipantau pelaksanaannya pada setiap 6 bulan.

Mohon kerjasama tuan/puan agar mengembalikan makluman berkenaan dengan fasilatator yang dilantik kepada saya pada/sebelum 10 Jun 2016.

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

SYMP,

Siti Fauziah Abu
Timbalan Pengarah (Penyelidikan & Pembangunan Farmasi)
Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-78413250
Fax: 03-79682222
Email: siti _fauziah@moh.gov.my

Thursday, 26 May 2016

Urusan Kenaikan Pangkat Bagi Jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U36 Ke Gred U38 Di Kementerian Kesihatan Malaysia

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sihat 1 Malaysia

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia sedang melaksanakan urusan kenaikan pangkat bagi jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U38. Urusan ini adalah untuk penyandang Penolong Pegawai Farmasi Gred U36 yang memangku Gred U38 mulai 16.11.2015.

Untuk keterangan lanjut sila klik pautan di bawah:-

Surat Urusan Kenaikan Pangkat PPF U36 Ke U38

Wednesday, 4 May 2016

JEMPUTAN KE BENGKEL MENGINTERPRETASI DATA DAN PENULISAN MANUSKRIP PENYELIDIKAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Assalamulaikum, salam sejahtera, salam sehati sejiwa dan salam sihat 1 Malaysia.

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi akan mengadakan Bengkel Menginterpretasi Data Dan Penulisan Manuskrip Penyelidikan Penolong Pegawai Farmasi seperti ketetapan berikut:-

Tarikh                : 11 - 13 Mei 2016 (Rabu - Jumaat)
Tempat              : Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting Hihlands, Pahang
Check In            : 2.00 pm

Tuan/Puan hendaklah berpakaian kemas di sepanjang sesi bengkel berlangsung. Tuan/Puan juga dikehendaki membawa laptop masing-masing bagi melancarkan program tersebut.